Kari Ikan Temenung Teringat Kat Kampung


 Assalamualaikum...
HARI tu gi pasaraya kecik kat taman ni jer. PKP kali ni pergerakan tak boleh lebih radius 10 km, kan. Yang dulu pun sama, tapi masih boleh ngelak-ngelak lagi tapi kali ni, mana-mana jalan keluar dari taman perumahan Sk ni ada sekatan jalanraya, haaaa.. sayang duit oo kalau tetiba kena saman 5,000. Jadi, pergi jer la pasaraya-pasaraya kecik dalam taman ni yang mana kita selesa.
Kat pasaraya, nampak ikan kembung. Pak Inche kata, lama tak makan ikan temenung. Temenung tu sama tak dengan termenung? Tanya Sk, sambil meletakkan tapak tangan ke dagu, gaya orang sedang termenung. Pak inche kata, sama laa 😂😂😂. Sk pun pilih enam ekor. Hari ni kita masak kari. Nak makan tu, Pak Inche kata, haaa.. macam kat Kola Ketil.. keciannnn 😜😜😜

Selalu Sk ngelat, masak kari tak letak santan. Ni Sk letak la supaya taklah cayaq sangat. Orang Kedah panggil kari cair-cair ni, gulai, kan. Kat Johor ni, gulai tu maksudnya asam pedas. Ingat lagi dulu, masa baru kahwin, Sk cakap PI, nak masak gulai, suka bebeno la dia. Siap hidang dia merajuk, sebab rupanya Sk masak asam pedas 🤣
Oh, ni pertama kali cuba guna santan jenama Saji 😍

Siap hidang dah.. mai makan lekaih🧑‍🍳

Dua ekor masuk dalam gulai, yang lain semua perap garam kunyit. Goreng dua ekor dulu, yang lain goreng kemudian. 

Ikan goreng wajib, lepas tu nak makan panas-panas. Dah nak makan nasi, baru goreng. Lepas tu sendiri yang terkitai jari sebab cubit ikan panas-panas


Sambal belacan dan Kicap potong bawang dan cili padi. Ulam timun aje, tak ada stok sayur. 

Ada budak tu tak makan ikan termenung. Eh, sejak bila dia tak makan, tatawlah. Dia mintak gorengkan telur mabuk


Jangan mabuk makan telur ni dah laaa. Goreng telur, bubuh kicap lepas tu hancurkan. Yang bagi nama telur mabuk, pensyarah Sk kat kolej dulu, hihi. Terikut sampai sekarang panggil telur mabuk


Tu jer lauk ni, curah sikit kicap potong tadi. Sedap jugak makan macam ni 😂
Fikir.. malam ni nak masak apa pulak🧑‍🍳🧑‍🍳🧑‍🍳




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/06/kari-ikan-termenung-teringat-kat-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kari Ikan Tenggiri Ala Kakya

Kari Ikan Tenggiri Ala Kakya

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 467 hits
Kari Ikan Tenggiri Ala KakYa Dulu kalau KakYa nak buat kari ikan mesti nak kena ada daun kari sebab dah biasa masak dengan mak mertua kalau buat kari jer wajib letak daun kari dan bijik sawi Tapi sekarang ni ada daun kari ke takde daun kari...
Maaflah Cik Kak Oii Walaupun Cheq Ada Istana Kat Malaysia Ni Tapi Cheq Tak Makan Ikan Salmon Rizalman

Maaflah Cik Kak Oii Walaupun Cheq Ada Istana Kat Malaysia Ni Tapi Cheq Tak Makan Ikan Salmon Rizalman

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 508 hits
Pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim mended4hkan dirinya tidak menggemari ikan salmon Menerusi kemaskini di Instagram Stories Rizalman memberitahu pembantu yang juga rakan baiknya Faizul serta anaknya mungkin menggemari ikan terseb...
Ikan Siakap Masak Kari Pembuka Selera

Ikan Siakap Masak Kari Pembuka Selera

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 468 hits
Ikan Siakap Masak Kari Pembuka Selera Masak apa hari ni kekawan Pasti masak sedap sedap untuk family tersayang walau sekadar telur mata tuang kicap Itu faveret lauk saya tu saya memang orang yang tak cerewet pasal makanan kalau lauk tak sed...
Asam Pedas Ikan Kari Yang Sangat Sedap

Asam Pedas Ikan Kari Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 707 hits
Hari ini adalah hari lahir cucunda saya Nur Hana Medina yang ke2 tahun Sedih hati melihat gambar mereka tiga beranak menyanyikan Happy Birthday dan memotong kek Ya lah dalam lock down Siapa pun tidak dapat menjangka yang kita berada dalam p...
Tak Yakin Buat Donat Ini Rahsia Donat Kampung Kembang Bulat Cantik Doh Lembut Gebu

Tak Yakin Buat Donat Ini Rahsia Donat Kampung Kembang Bulat Cantik Doh Lembut Gebu

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 418 hits
Donat sudah semestinya menjadi kesukaan anak anak kita Sebut sahaja donat anak berebut rebut suka Malah tak sabar sabar hendak menikmatinya Di musim PKP ini apa kata anda sediakan kuih donat ini untuk stok anak anak di rumah Jom cuba donat ...
Resipi Nasi Air Asli Dari Terengganu Ubati Rindu Di Kampung

Resipi Nasi Air Asli Dari Terengganu Ubati Rindu Di Kampung

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 320 hits
Siapa di sini rindu sangat nak makan makanan yang ada di kampung Rasa rindu yang dah tertanggung sangat Nak rentas negeri memang tak boleh jadi jom kita buat sendiri ikut resipi WanShila Wan Hasan Menurut WanShila setiap kali dia balik kamp...
Keluarga Kes Indeks Kluster Matang Terkilan Disisih Orang Kampung

Keluarga Kes Indeks Kluster Matang Terkilan Disisih Orang Kampung

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 305 hits
Pada ketika ini kluster Matang dikenal pasti sebagai kluster terbesar COVID 19 di daerah Hulu Terengganu Kes indeks kluster Matang dikenal pasti daripada seorang lelaki yang mendapat kebenaran untuk melakukan perjalanan rentas negeri bagi m...
Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Tkbpg 3 November Tkbpg Top 5 By Octavio

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Selamat Pengantin Haru

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Lebih Ramai Bukan Bumiputera Akan Masuk Sebagai Ahli Bersekutu Bersatu Pahang Dalam Masa Terdekat Ini

Cara Buat Link Whatsapp

Bekas Penjaga Gol Lagenda Pulau Pinang Meninggal Dunia Ketika Beraksi

Menu Kering Kering Je Hari Ni