Kari Ikan Ekspres Tanpa Santan


Beraroma, Berempah dan Menyelerakan Kari Ikan Utara, khususnya di Pulau Pinang sememangnya menjadi pujaan ramai. Sesiapa saja, baik warga Pulau Pinang sendiri mahupun pengunjung-pengunjung dari luar pasti takkan melepaskan peluang daripada menikmati sepinggan nasi kandar kuah kari ikan banjir bersama ikan atau ayam goreng dan bendi segar. Wah, perasaan nikmat yang anda dapat pada suapan pertama itu memang tiada tandingannya!
Keunikan dan kelainan kari ikan Pulau Pinang ini sememangnya tak dapat dihasilkan semula kecualilah anda mendapat resepi daripada anak jati Pulau Pinang yang membesar dan hidup dengan kari ikan. Bak kata pepatah, hanya jauhari dapat mengenal manikam, kan?
Bukan Kari Ikan Yang Dicari… Sebagai seorang kelana di bandar metropolitan Kuala Lumpur ini, tipulah kalau saya tak rindukan masakan negeri kelahiran saya sendiri, khususnya kari ikan. Malangnya, kesemua kedai nasi kandar yang saya kunjungi di Kuala Lumpur memang cukup menghampakan saya.
Ada saja yang tak kena dengan lidah saya. Ada yang terlalu cairlah, tak cukup rasa rempahlah, banyak santanlah. Mungkin anda fikir saya agak cerewet tapi apakan daya saya. Apabila anda pernah cuba kari ikan paling sedap di dunia, adakah anda boleh makan kari yang lain? Mestilah tak!
Rasa Padu Walau Tiada Santan atau Rempah Orang tua-tua kata, kalau ikut resmi tin kosong, memang bunyinya bising. Oleh itu, daripada saya cuba buat anda faham, lebih baik saya kongsi sendiri resepi kari ikan warisan keluarga saya yang diturunkan kepada mama saya, dan seterusnya kami empat beradik oleh Tok Umi saya.
Bezanya kari ikan Tok Umi berbanding kari ikan lain ialah resepi beliau tak menggunakan santan mahupun rempah halba. Tapi, rasanya memang cukup memukau. Rasa rempah dan manis bawang besar cukup terserlah tanpa perlukan lauk sampingan untuk jadikan kari ikan anda lebih enak. Paling penting sekali, kari ikan ini dapat disediakan dalam 30 minit saja! Memang berbaloi untuk dicuba sekali.
Bahan-Bahan:
6 ekor bawal putih kecil atau 6 ketul ikan potong, dicuci dengan garam dan asam jawa 2 biji bawang besar, dihiris nipis 5 ulas bawang putih, dihiris 2 paket kecil serbuk rempah ikan 1 inci halia, dihiris2 batang serai, dititik 3 biji cili hijau, dibelah tengah 3 biji tomato kecil, dibelah empat 6 biji bawang merah, dihiris 6 batang bendi 2 tangkai daun kari1/cawan air asam jawa atau 2 sudu besar pes asam jawa, Cara-Cara:
Dalam satu bekas, campurkan serbuk rempah kari dengan 2 cawan air, hirisan bawang putih dan satu tangkai daun kari. Kacau hingga rata. Kepekatan bancuh rempah kari ini mestilah tak begitu cair. Dalam periuk, panaskan 3 sudu besar minyak atas api sederhana besar. Masukkan hirisan bawang merah dan daun kari lalu tumis hingga lembut dan wangi. Masukkan bancuhan rempah kari. Masukkan air hingga penuh 3/4 periuk. Tutup periuk dan biar bancuhan rempah mereneh selama 10-15 minit. Apabila kuah sudah pecah minyak dan mendidih, masukkan air asam jawa dan kacau rata. Biar mereneh selama 1-2 minit.Masukkan ikan, hirisan halia dan serai. Tutup periuk selama 15-20 minit. Kecilkan api jika api dibuka terlalu besar. Apabila ikan sudah setengah masak, masukkan bendi, hirisan bawang besar dan cili hijau/ Perasa dengan garam dan gula secukup rasa. Jika puas hati, padamkan api. Ini Barulah Kari Ikan! Saya rasa anda sudah faham maksud saya dengan rasa kari ikan yang betul-betul asli. Kalau anda memang suka makan ikan, resepi kari ikan ini adalah satu-satunya resepi kari ikan yang anda akan simpan selepas ini. Sejujurnya, tiada kari ikan yang menyerlahkan rasa manis isi ikan itu sendiri kecuali resepi Tok Umi ini. Oleh itu, saya cadangkan gunakan ikan segar untuk sediakan resepi ini. Tak rugi cuba!
Mungkin ada antara anda yang mungkin tak sukakan resepi kari ikan ekspres ini. Jadi, kalau anda ada resepi kari ikan keluarga anda sendiri ataupun anda merasakan penambahan beberapa bahan tertentu akan jadikan kari ikan ini lebih enak, jangan malu-malu untuk berkongsi bersama saya dengan menghantar komen, cadangan ataupun resepi anda sendiri di laman Instagram dan Facebook Butterkicap.
Sementara itu, saya nak nikmati kari  ikan ini dulu. Kuah? Mesti kena banjir!
The post Kari Ikan Ekspres Tanpa Santan appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/kari-ikan-ekspres-tanpa-santan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Resepi Kari Kepala Ikan Yang Sedap Mabeles Sekali Makan Susah Nak Lupa

11 Resepi Kari Kepala Ikan Yang Sedap Mabeles Sekali Makan Susah Nak Lupa

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 552 hits
11 Resepi Kari Kepala Ikan Yang Sedap Mabeles Sekali Makan Susah Nak Lupa Resepi kari kepala ikan memang ramai orang suka Tak tahulah kenapa tapi antara badan dan kepala memang kepala ikan yang besar besar ni sering menjari rebutan Antara i...
Kari Ikan Bawal Azie Kitchen

Kari Ikan Bawal Azie Kitchen

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 849 hits
Alhamdulillah Juita selesa di hotel yang disediakan Terima kasih kepada keprihatinan kerajaan yang mementingkan keselesaan warga yang menjalani kuarantine Makanan yang dihidangkan juga nampak sedap Dihantar 2 hidangan sekali Mungkin untuk m...
2 500 Kg Ikan Untuk Warga Seberang Takir

2 500 Kg Ikan Untuk Warga Seberang Takir

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 273 hits
Oleh Hailmey MansorKUALA NERUS 22 April Sebanyak 2 500 kilogram ikan diagihkan kepada 19 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung di Dewan Undangan Negeri Seberang Takir bagi meringankan beban penduduk sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanak...
Ikan Lumba Lumba Mati Di Pantai Serandu Bukan Akibat Pukat Nelayan

Ikan Lumba Lumba Mati Di Pantai Serandu Bukan Akibat Pukat Nelayan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 371 hits
KUANTAN 22 April Bangkai ikan lumba lumba yang ditemukan terdampar di Pantai Serandu Pekan dekat sini semalam dipercayai bukan mati akibat tersangkut pukat nelayan Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Abdullah Jaafar berkata punca kematian ika...
Resepi Cekodok Bawang Ikan Bilis Cekodok Legend Sepanjang Zaman

Resepi Cekodok Bawang Ikan Bilis Cekodok Legend Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 396 hits
assalamualaikum semlm da share now turn cekodok bawang pulak cekodok ni lagi legend sarapan boleh minum petang boleh kalau nak makan cekodok bawang time supper pun onzz uolls pendek kata anytime lah Ramadhan apa lagi buat la semangkuk buat ...
577 Penternak Terima Bantuan Makanan Ikan

577 Penternak Terima Bantuan Makanan Ikan

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 340 hits
Dr Azman Ibrahim Oleh Hidayah AzlinSETIU 22 April Kerajaan Terengganu memperuntukkan sebanyak RM115 400 untuk agihan bantuan makanan ikan kepada 577 orang penternak di seluruh negeri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan P...
Ikan Jenahak Masak Taucu Paling Simple Cara Memasaknya

Ikan Jenahak Masak Taucu Paling Simple Cara Memasaknya

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 1552 hits
IKAN JENAHAK MASAK TAUCU PALING SIMPLE CARA MEMASAKNYARasa dia sedap yakmat even simple Memang harus makan bertambah
Resepi Ikan Bakar Berinti Bantut Aroma Kantan Menyelerakan

Resepi Ikan Bakar Berinti Bantut Aroma Kantan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 482 hits
Resepi Ikan Bakar Berinti Bantut Aroma Kantan MenyelerakanPKP masih lagi belum habis masih pening fikir nak masak apa harini Apa kata kita bakar ikan pulakJom lihat bahan bahanBahan2nya
Resipi 8k Share Ikan Siakap Stim Ala Thai Patut Cuba Terliur Dibuatnya

Resipi 8k Share Ikan Siakap Stim Ala Thai Patut Cuba Terliur Dibuatnya

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 611 hits
Anak anak suka makan ikan tapi dah buntu masak macam mana Digoreng dengan garam kunyit sudah masak kicap sudah buat sambal pun sudah masak taucu pun dah buat Pusing pusing itu je cara masak ikan Sampai anak pun dah pandai mengadu bosan Mend...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh