Kari Ikan Bawal Azie Kitchen



Alhamdulillah Juita selesa di hotel yang disediakan. Terima kasih kepada keprihatinan kerajaan yang mementingkan keselesaan warga yang menjalani kuarantine. Makanan yang dihidangkan juga nampak sedap. Dihantar 2 hidangan sekali. Mungkin untuk more atau sahur kot. 

Setiap petang kami akan membuat video call. Kalau masa di Manchester susah sikit sebab perbezaan zone masa. Insya Allah lagi 10 hari Juita akan selesai kuarantin dan akan kembali ke pangkuan kami sekeluarga. 

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi kegemaran suami saya iaitu kari ikan. Kalau pergi makan nasi kandar,  dia akan memilih kari ikan sedang saya dan anak anak akan pilih lauk ayam madu atau lauk lain seperti sotong.  

Semasa di kampung saya tidak pernah makan kari ikan kerana arwah Bonda memang tak pernah masak kari ikan. Kalau kari, mesti ayam atau daging atau itik serati sahaja. Jadi kari ikan adalah sesuatu yang baru buat saya. Jadi terus terang, agak sukar untuk tekak saya menerimanya.

Selepas berkahwin saya melihat keluarga mertua selalu menyediakan kari ikan. Hatta, ikan kembung pun dimasak kari juga. Suami pun suka makan kari. Jadi saya belajar dan belajar cara untuk menyediakan kari yang sedap untuk hidangan suami dan anak anak. 

Antara orang yang menjadi rujukan saya ialah kakak ipar yang memang sedap masakan karinya. Nak masakan sedap, memang tak boleh lokek. Dulu saya pernah tengok dia menyediakan kari ikan, segenggam besar diguna asam jawa. 

Saya pun dah terikut ikut suka kari ikan yang agak masam masam ala kari Mamak. Bila masam, baru tak terasa hanyir ikan. Kami orang Kelantan memang kalau ikan untuk dimasak berkuah kami akan rebus dulu ikan. Cara keluarga saya lah. Ada juga ikan kecil seperti ikan selar kuning yang terus dimasak gulai kuning. 

Jom layan cara saya menyediakan kari ikan mengikut cara kakak ipar yang saya ubahsuai di sana sini mengikut citarasa saya sendiri. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kari Ikan Bawal HitamOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 ekor ikan bawal 1 sudu besar halba campur2 tangkai daun kari3 tangkai cili padi - potong kecil1 paket kecil rempah kari ikan 1 sudu kecil serbuk cili1 sudu besar pes asam jawa¾ sudu besar garam 300 gram santanAir secukupnya
Bahan hiris:7 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 
Bahan sayuran:6 batang bendi2 batang cili hijau - patah 21 biji tomato buah - belah 4
Cara cara:Panaskan minyak yang banyak dan masukkan halba campur dan cili padi hiris. Masukkan pula bawang merah dan bawang putih serta daun kari. Tumis sehingga wangi.

Bancuh rempah kari dengan sedikit serbuk cili dengan sedikit air, jika suka pedas. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga rempahnya agak garing. Nota: saya goreng rempah kari kering dengan sedikit serbuk cili yang tak dibancuh air. Kacau dengan cepat beberapa minit sebelum dimasukkan sedikit air.

Setelah garing, masukkan air dan santan. Masukkan pes asam jawa. 
Setelah kuah mendidih, perlahankan api dan masukkan ikan. Kemudian biarkan kuah merenih dengan api kecil sehingga pecah minyak. Nota: jangan biarkan kuah mendidih besar ketika ini kerana ia akan menyebabkan ikan hancur.
Masukkan bendi, tomato buah dan cili hijau. Akhir sekali masukkan garam. 


Setelah kuah terbit minyak dan cantik, boleh tutup api. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/04/kari-ikan-bawal-azie-kitchen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap

Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 889 hits
Sementara menunggu Juita landed saya menyediakan kuih seri muka Alhamdulillah Juita telah selamat mendarat dalam pukul 2 30 petang Sebaik mendarat beliau perlu membuat saringan pemeriksaan terlebih dahulu Kemudian dibawa menaiki bas dengan ...
11 Resepi Kari Kepala Ikan Yang Sedap Mabeles Sekali Makan Susah Nak Lupa

11 Resepi Kari Kepala Ikan Yang Sedap Mabeles Sekali Makan Susah Nak Lupa

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 609 hits
11 Resepi Kari Kepala Ikan Yang Sedap Mabeles Sekali Makan Susah Nak Lupa Resepi kari kepala ikan memang ramai orang suka Tak tahulah kenapa tapi antara badan dan kepala memang kepala ikan yang besar besar ni sering menjari rebutan Antara i...
Kari Ikan Ekspres Tanpa Santan

Kari Ikan Ekspres Tanpa Santan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 386 hits
Beraroma Berempah dan Menyelerakan Kari Ikan Utara khususnya di Pulau Pinang sememangnya menjadi pujaan ramai Sesiapa saja baik warga Pulau Pinang sendiri mahupun pengunjung pengunjung dari luar pasti takkan melepaskan peluang daripada meni...
577 Penternak Terima Bantuan Makanan Ikan

577 Penternak Terima Bantuan Makanan Ikan

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 379 hits
Dr Azman Ibrahim Oleh Hidayah AzlinSETIU 22 April Kerajaan Terengganu memperuntukkan sebanyak RM115 400 untuk agihan bantuan makanan ikan kepada 577 orang penternak di seluruh negeri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan P...
2 500 Kg Ikan Untuk Warga Seberang Takir

2 500 Kg Ikan Untuk Warga Seberang Takir

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 313 hits
Oleh Hailmey MansorKUALA NERUS 22 April Sebanyak 2 500 kilogram ikan diagihkan kepada 19 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung di Dewan Undangan Negeri Seberang Takir bagi meringankan beban penduduk sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanak...
Kedai Ikan Masin

Kedai Ikan Masin

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 1056 hits
Suasana di kedai ikan masin yang terletak di Sinsuran bersebelahan dengan hotel Le Meridien Kinabalu kala penjual sedang menunggu pelanggan masuk Kat sinilah anda boleh beli banyak peket ikan ikan bilis bungkus dan ikan masin bungkus pada h...
Resipi 8k Share Ikan Siakap Stim Ala Thai Patut Cuba Terliur Dibuatnya

Resipi 8k Share Ikan Siakap Stim Ala Thai Patut Cuba Terliur Dibuatnya

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 661 hits
Anak anak suka makan ikan tapi dah buntu masak macam mana Digoreng dengan garam kunyit sudah masak kicap sudah buat sambal pun sudah masak taucu pun dah buat Pusing pusing itu je cara masak ikan Sampai anak pun dah pandai mengadu bosan Mend...
Resepi Ikan Bakar Berinti Bantut Aroma Kantan Menyelerakan

Resepi Ikan Bakar Berinti Bantut Aroma Kantan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 547 hits
Resepi Ikan Bakar Berinti Bantut Aroma Kantan MenyelerakanPKP masih lagi belum habis masih pening fikir nak masak apa harini Apa kata kita bakar ikan pulakJom lihat bahan bahanBahan2nya
Mcdonald S Perkenalkan Foldover Ikan Rangup Sempena Ramadhan

Mcdonald S Perkenalkan Foldover Ikan Rangup Sempena Ramadhan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 589 hits
McDonald s Perkenalkan Foldover Ikan Rangup Sempena Ramadhan Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Rasanya bulan ramadhan ikutkan tanggal beberapa hari lagi Tapi kan Cikza saja lah scroll Apps Mc Donald s kekonon tak mau makan nasi Rupanya a...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch