Kari Ayam Noxxa Gas Habis


 Assalamualaikum...
KARI lagi? Kata Iman bila Pak Inche hantar mesej dalam grup whatsapp minta masakkan kari ayam dan ayam goreng untuk makan malam semalam. Tak apolah Iman, hari tu pun awak dah dapat makan Asam Pedas Ayam, jadi ni kita bagi chance kat babah pulak makan lauk kegemaran. 
Sk rendam ayam lebih kurang pukul 2.30, pukul 3.30 lebih, semua kerja BDR siap, ingatkan bolehlah mulakan kerja memasak sambil tunggu kerja-kerja yang diarahkan dari semasa ke semasa. Teringat pulak Iman kata nak makan burger hitam mekdi, esok (hari ini), dia periksa, karang kempunan pulak anak aku 🤭. Jadi, kayuh sekejap la ke Mcd Bukit Indah. Tak sampai 20 minit pun, dah sampai semula ke rumah. Sejak taman perumahan belakang dibuka dan boleh tembus ke Gelang Patah serta keluar ke lebuhraya /Plaza Tol Perling, memang dekat sangat kalau nak ke Bukit Indah ni. Tak sampai 10 minit pun, nak nak masa pkp ni, kereta tak banyak, tak stress asyik kena berhenti di traffic light kalau ikut jalan Pontian.
Sampai rumah, makan petang sambil tengok-tengok laporan kehadiran kelas dalam talian. Gedebak-gedebuk dah jam 5. Hajat nak masak awal tak jadi, rehat-rehat dulu, pukul 6 baru nak kopek bawang 🤭 Tengah menumis bawang, rempah kari pun belum masuk, gas habisssssss!
Sambunglah memasak guna periuk noxxa 🧑‍🍳

Siap jugaklah kari ayam dalam pada kehabisan gas. Dulu, memang ada simpanan tong gas kat rumah ni tapi lama-lama dah malas nak isi semula. Ada tu ha tong gas kosong 😆. Lagipun kat taman Sk ni banyak jer kedai jual gas dan Sk biasanya guna khidmat penghantaran. Yang tu siap hantar terus ke dapur dan gantikan tong gas kita

Untuk kari ayam ni, macam biasa guna rempah kari daging cap o. Masa menumis rempah, Sk masukkan juga serbuk cili dan serbuk kunyit. Sk guna dua peket kecil rempah kari sebab tak pandai nak buat kari cair. Selalu Sk guna empat sudu besar rempah kari tapi ni sebab nak habiskan peket-peket kecik rempah yang Sk beli masa balik kampung tahun lepas 😜

Sambal belacan adalah wajib setiap kali masak kari. Buat banyak-banyak supaya senang nak makan lain kali. Yang hijau-hijau tu kulit limau kasturi. Pak Inche kata, sambal belacan pedas sekali, padahal Sk tak guna cili padi. Sk pulak tak terasa pedas, siap kunyah cili yang dicampak dalam kari. Pedas manja jer, kalau tak pedas mana datang sedapnya, ya tak 😂
Mula ingat hari ni jer nak suruh orang hantar gas, nak  bakar belacan dan goreng ayam guna air fryer tapi fikir-fikir kerja bertangguh tak menjadi, kan... Lagipun mana sedap ayam goreng guna air fryer, bagi tenggelam minyak jugak yang sedap, kannn.. hihi. Saing-saing pulak gas sampai dengan Pak Inche balik kerja. Legaaaa..





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/07/kari-ayam-noxxa-gas-habis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kari Ayam Yang Lebih Sedap

Kari Ayam Yang Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 442 hits
Hari ini 4 Julai adalah hari jadi suami saya Hari jadi yang ke 60 Sekarang ini kami meraikan hari jadi masing masing dengan hanya makan makan sahaja Sekarang PKPD kami order makanan dan makan di rumah Tapi ramai sahabat handai yang menghant...
Hiburan Makan 2 Ekor Ayam 15 Biji Telur Sehari Saharul Ridzwan Habis Ribuan Ringgit Bina Badan

Hiburan Makan 2 Ekor Ayam 15 Biji Telur Sehari Saharul Ridzwan Habis Ribuan Ringgit Bina Badan

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 173 hits
Tampil berbeza dari sebelumnya pelakon Saharul Ridzwan baru baru ini ada berkongsikan pengalaman mengamalkan diet ketat di mana dia perlu makan dua ekor ayam dan 15 biji telur separuh masak setiap hari bagi mendapatkan bentuk tubuh idaman S...
Ayam Kampung Masak Kari

Ayam Kampung Masak Kari

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 232 hits
Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai pembaca semua Bonde teringin makan Ayam Masak Kari Kebetulan Ayam yang Bonde beli pakej tiga ekor Ayam Kampung dengan kawan pejabat masih berbaki 2 ekor This is a content summary only Visit my website f...
Resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk Dan Sambal Cili Api Pedas Meletop

Resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk Dan Sambal Cili Api Pedas Meletop

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 430 hits
Assalamualaikum dan Selamat pagi Lama teringin makan Nasi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk dengan Sambal Cili Api Pedas Meletop dekat The H Damansara tu Kalau sebelum PKP ni memang selalu Bonde pergi This is a content summary only Visit my website ...
Resepi Homemade Sosej Ayam Sayuran

Resepi Homemade Sosej Ayam Sayuran

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 236 hits
Homemade Sosej Ayam Sayuran Bahan bahan 4 5 ketul dada ayam2biji telorApa2 sayuran Sebiji bawang besar4 5 ulas bawang putihSedikit lada hitam lada sulah dan garamTepung ubi 4suduCara campurkan kesemua dan bland masukkan bahan bahan tersebut...
Poster Ayam Dan Sardin Polis Akan Rakam Percakapan Fahmi Reza Dalam Masa Terdekat

Poster Ayam Dan Sardin Polis Akan Rakam Percakapan Fahmi Reza Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 201 hits
June 23 2021 Polis akan merakam percakapan aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung poster sindiran ayam dan sardin yang dikaitkan dengan Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad Ketua Polis...
Resepi Ayam Popcorn Rangup

Resepi Ayam Popcorn Rangup

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 210 hits
Resepi ayam popcorn rangup Dah tidak perlu membeli di kedai ayam poocorn boleh saja dimasak di rumah dan ianya sangat rangup dan juicy Bertih ayam atau popcorn ayam hidangan yang terdiri daripada kepingan kecil ayam yang dipotong kecil dan ...
Resepi Kubis Bungkus Inti Ayam Chicken Cabbage Rolls

Resepi Kubis Bungkus Inti Ayam Chicken Cabbage Rolls

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 304 hits
Resepi Kubis Bungkus Inti Ayam Chicken Cabbage Rolls Hai korang Bertemu lagi kita dalam rancangan Aku masak kau teringin hehe Ala ala azfar heri gituww Okay untuk entri kali ni aku nak try this resepi First time buat alhamdulillah jadi seba...
Ayam Bakar Super Simper Tapi Sedapnya Ya Ampunn

Ayam Bakar Super Simper Tapi Sedapnya Ya Ampunn

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 231 hits
Hari ni rasa nak makan ayam bakar Tapi tak nak beli nak cuba resipi simple yang dikongsi oleh Asrinna Bakri Sejak mencuba resipi ni As dah tak cari resipi lain dah Senang nak prepare tapi hasil sangat puas hati Dah tak payah masak lauk lain...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara