Karenah Penyewa


Haih..Okey, ni sesi meluah perasaan..Seperti yang sedia maklum, k.fiezz & mr hubby mencari penyewa rumah kitaorang di Semenyih ni, agak lama juga sebelum jumpa dengan penyewa sekarang.

Boleh baca di sini << ada yang mencari rumah sewa atau rumah nak beli di area semenyih.html>>

Alhamdulilllah berjaya juga jumpa penyewa selepas beberapa lama. Penyewa ni kawan gamers mr hubby. Mr hubby cuba up di group game dia, kalau-kalau ada antara kawan-kawan dia yang mencari rumah sewa di area Semenyih. Kebetulan ada seorang kawan mr hubby ni respon..

Set tarikh & masa, kitaorang bawa kawan mr hubby & family dia tengok-tengok rumah ni. Yelah, kenalah tunjuk kan. Berkenan ke tidak. Lepas hasil sesi perbincangan suami isteri kawan mr hubby ni, diaorang setuju untuk sewa rumah kitaorang ni. Alhamdulillah..Walaupun rate sewa sebenarnya tak menguntungkan kitaorang pun. Bagi kitaorang, ada orang nak sewa pun dah alhamdulillah. Biasa lah rumah bila lama sangat terbiar kosong, tak berseri. Kalau ada orang duduk, at least nampak sikit rumah tu berjaga. Lagi pun kitaorang fikir, ada juga duit backup dari sewa bulanan yang kitaorang bayar tu. Bayar pada bank & kitaorang dapat bayaran dari penyewa semula.
JADI MEMBER UNTUK DPT AKSES KADMemandangkan rumah kitaorang di Semenyih ni ada guard di entrance taman, jadi untuk keluar masuk ke dalam kawasan perumahan, better jadi member ..Dapat aksess kad..senang nak lalu di entrance tu. Kalau tak jadi member, kena register keluar & masuk setiap kali lalu. Leceh kan. Kitaorang masa tinggal situ dulu, memang member. Bila dah keluar dari situ, automatik terus jadi non member. Bila penyewa baru ni masuk, mr hubby advice untuk dia jadi member juga. Senang nak keluar masuk. Dan untuk pendaftaran baru ni, kena bayar RM200 something. Mr hubby bagi kelonggaran pada penyewa ni, tolak RM200 dari bayaran sewa rumah bagi bulan pertama. Kira bayar balance je pada kitaorang..See baik tak mr hubby ku..haha..Jadi bulan pertama tu, kitaorang dapat RM*** 
TAK BAYAR SEWA SEBAB KENA CAJ SAKIT GIGI ANAK, RM400Bulan kedua, which is bulan lepas, mr hubby whatsapp penyewa merangkap kawan dia ni untuk remind bayar sewa bulan. dan jawapan yang diterima ' sorry, bang. bulan ni tak ada duit nak bayar sewa sebab ada masalah duit, minggu lepas hari sabtu anak mengadu sakit gigi tengah malam, esok pagi terpaksa bawa anak ke klinik gigi & kena bil RM400. Ni pun tinggal duit belanja sampai hujung bulan ni je, bang. maaf sangat-sangat, bang'..huhu.. lepas tu mr hubby beritahu yang kawan dia ni dah tak ada kerja & wife dia pula dah habis kontrak. 

Rasa-rasa logik tak..dah tahu tak ada duit yang bawa anak ke klinik swasta dah kenapa?oo..mungkin sebab hari cuti, klinik kerajaan tutup. yang buka klinik swasta je..tapi tapi yang jadi persoalan betul ke kena bil sampai RM400? anak dia umur 3-4 tahun, mahal sangat tu sampai RM400 kena caj pi klinik swasta. Kalau dewasa tu, percaya lah juga. Sebab k.fiezz pun pernah ke klinik gigi swasta, cabut gigi kena sampai RM400..ni budak2 je, sampai 400..what the???

Entah lah.k.fiezz pun tak nak lah komen lebih-lebih. Kita fikir positive je lah, anak dia betul-betul sakit gigi & kerosakan gigi teruk sangat sampai total bil RM400. huhu. 
TERTUNGGAK KENA BAYAR JUGA LAHSo k.fiezz buat note berapa bulan dia tak bayar. Lepas tu suruh mr hubby hantar pada kawan dia tu. Kang dia ingat, burn yang mana dia tak boleh nak bayar tu. 

Eh..cantik banyak sangat tu. Sebab k.fiezz risau dia ambil kesempatan memandangkan mr hubby banyak sangat tolak ansur dari mula dia pindah masuk ke rumah kitaorang.

Ni mr hubby beritahu, kawan dia baru dapat kerja, hope dia bayar lah sewa rumah seperti yang dipersetujui termasuk yang tertunggak. Haritu mr hubby boleh pula cakap, ni yang tertunggak ni nak kira ke macamana..Eh..kena kira lah. Apoo nak deduct? 

We wait & see kalau 3 bulan dia tak bayar juga, memang beritahu mr hubby, suruh dia keluar je lah. 

Ingat sewakan rumah, meringankan beban.huhu.tak berapa nak ringan rasanya. Fikir positif, kesiankan anak-anak dia yang kecil tu je lah

LEARN FROM MISTAKE

Huhu. bila mengadap karenah penyewa macam ni. Lain kali, kena buat perjanjian antara penyewa & kitaorang sebagai tuan rumah kalau kawan mr hubby ni tak boleh bertahan nak sewa rumah kitaorang. Sebab yang ni, mr hubby tak ada buat sebarang perjanjian memandangkan kawan. Masuk pun tak ada sebarang downpayment. haha. baik tak mr hubby ku..baik kannn..

Lepas tu bayaran bulanan pun, penyewa ni minta tengah bulan. Sebab masa tu gaji dia dapat tengah bulan katanya. Mr hubby okey je janji bayar.

Bulan kedua iaitu bulan lepas, tak boleh nak bayar sebab (seperti k.fiezz dah cerita atas ni). 

Bulan ketiga ni, nanti tengok pula apa alasan dia. huhu. Baru dapat kerja, gaji tak boleh nak put aside sebab nak bayar benda-benda lain yang lagi mustahak selain dari sewa rumah. Yelah, kawan kan..boleh tolak ansur. Yelah, rumah kitaorang rumah kebajikan. Orang boleh duduk, tak perlu nak bayar sewa. kitaorang kan tuan rumah yang baikkk gitu..haha (gelak geram)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2019/11/karenah-penyewa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyewa Jasa Prostitusi Publik Figur Pa Diduga Pengusaha

Penyewa Jasa Prostitusi Publik Figur Pa Diduga Pengusaha

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 271 hits
Satu tersangka diduga muncikari berinisial JL ditangkap saat berada di kamar yang lain Sedangkan satu orang diketahui sebagai sopir diamankan saat menunggu di hotel
Tiba Tiba Dengar Bunyi Tak Tak Tak Makhluk Hitam Bertanduk Anaknya Asyik Kacau Penyewa Tak Senang Duduk

Tiba Tiba Dengar Bunyi Tak Tak Tak Makhluk Hitam Bertanduk Anaknya Asyik Kacau Penyewa Tak Senang Duduk

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 442 hits
Walaupun tak dapat dilihat dengan mata kasar kita perlu mengakui wujudnya makhluk lain di sekeliling kita Oleh itu kita perlu menjaga segala perlakuan dan saling menghormati atas bumi yang dikongsi bersama ini Namun bagaimana pula jika kita...
Karenah Penjual Atau Pembeli

Karenah Penjual Atau Pembeli

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 311 hits
KARENAH PENJUAL ATAU PEMBELI Assalamualaikum saya nak order barang ni masih available Mesej pertama dihantar kepada Penjual atas talian pada jam 5 45 petang dan disertakan sekali gambar barang yang ingin dibeli supaya memudahkan Penjual Sel...
Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Immersify Kuala Lumpur A Mesmerising Multi Dimensional Media Art Experience

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Unique Gift Ideas For Jewish Holidays And Life Events

Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Expo Raya Galaxy Sewaan Serendah Rm30 Sehari Parking Percuma Harapan Daily 11 02 2025

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Dokumentasi Persaraan Borang Dokumen Perlu Disediakan