Kapal Mikeno Dipintas Ardell Aryana Ditahan


Kapal Mikeno Dipintas, Ardell Aryana Ditahan
Kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF), Mikeno yang membawa sukarelawan dari Malaysia, Ardell Aryana disahkan telah dipintas oleh Israel di perairan antarabangsa.
Sumud Nusantara Official di Facebook berkata perkembangan lanjut mengenai perkara terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Dalam satu kiriman yang lain, NGO itu juga memuat naik video mesej SOS daripada Ardell susulan penahanannya.
“Nama saya Ardell Aryana, saya adalah warganegara Malaysia. Jika anda melihat video ini, ini bermakna saya telah ditangkap dan dibawa secara paksa oleh tentera Israel.
“Misi kemanusiaan kami adalah aman, tidak bersifat ganas dan sepenuhnya mematuhi undang-undang antarabangsa.
“Saya dengan segera merayu kepada kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasan saya serta-merta dan tanpa syarat,” kata Ardell menerusi video itu.
Video itu mengesahkan keadaan terkini pelakon terbabit, sekaligus menamatkan teka-teki mengenai keberadaan kapal Mikeno yang dilaporkan telah memasuki perairan Gaza pada petang tadi.
BACA JUGA: Anwar Hubungi Setiausaha Negara AS, Desak Campur Tangan Bebaskan Aktivis GSF Sementara itu, Kementerian Luar memaklumkan bahawa semua 15 rakyat Malaysia yang ditahan oleh Israel ketika menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) pada Khamis berada dalam keadaan selamat. Mereka juga akan dihantar pulang melalui negara ketiga.
Kementerian itu juga berkata sokongan konsular dan bantuan sewajarnya akan diberikan bagi menjamin kesemua sukarelawan itu pulang dengan selamat.
Sukarelawan yang ditahan ialah Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif yang menaiki kapal Free Willy.
Selain itu, penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius) juga turut ditahan.
Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio bagi menuntut campur tangan serta tindakan segera tanpa sebarang kelewatan untuk membebaskan semua sukarelawan yang ditahan.
Sumber: Sumud Nusantara Official
The post Kapal Mikeno Dipintas, Ardell Aryana Ditahan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/02/kapal-mikeno-dipintas-ardell-aryana-ditahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nadir Al Nuri Update Keadaan Terkini Kapal Dinaiki Ardell Aryana Tak Pasti Jika Peserta Masih Berada Di Dalamnya

Nadir Al Nuri Update Keadaan Terkini Kapal Dinaiki Ardell Aryana Tak Pasti Jika Peserta Masih Berada Di Dalamnya

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 278 hits
Perkembangan terkini mengenai kapal Mikeno masih menjadi tanda tanya apabila Pusat Kawalan Global Sumud Flotilla tidak dapat mengesahkan keadaan sebenar kapal tersebut Menurut rekod tracker dan sistem AIS Mikeno dilihat berada dalam kawasan...
Hiburan Pelayaran Gsf Aktivis Malaysia Ditahan Tentera Israel Enam Kapal Dipintas

Hiburan Pelayaran Gsf Aktivis Malaysia Ditahan Tentera Israel Enam Kapal Dipintas

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 314 hits
Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla menuju Gaza sekali lagi berdepan tindakan agresif apabila kapal kapal mereka dipintas tentera laut Israel di perairan antarabangsa awal pagi tadi 06 59 Pagi Seramai 13 rakyat Malaysia yang menyertai mi...
Status Sebenar Kapal Dinaiki Ardell Belum Diperoleh

Status Sebenar Kapal Dinaiki Ardell Belum Diperoleh

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 203 hits
KOSMO Status kapal Mikeno yang dinaiki Ardell Aryana bersama beberapa lagi sukarelawan dari negara lain PETALING JAYA Aktivis kemanusiaan Nadir Al Nuri memaklumkan status sebenar kapal Mikeno yang dinaiki selebriti Ardell Aryana bersama beb...
Marinette Kapal Terakhir Gsf Masih Berlayar Selepas Yang Lain Dipintas

Marinette Kapal Terakhir Gsf Masih Berlayar Selepas Yang Lain Dipintas

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 280 hits
Marinette Kapal Terakhir GSF Masih Berlayar Selepas Hampir Semua Yang Lain Dipintas Marinette kini menjadi kapal tunggal dalam misi Global Sumud Flotilla yang masih berlayar menuju ke Gaza selepas kapal yang lain dipintas Israel semalam Ber...
Nadzmi Tahan Sebak Kapal Ardell Hampiri Red Zone Sampai Punya Jaga Diri

Nadzmi Tahan Sebak Kapal Ardell Hampiri Red Zone Sampai Punya Jaga Diri

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Pelakon Nadzmi Adhwa sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila perbualannya bersama isteri tercinta Ardell Aryana yang kini berada dalam misi kemanusiaan ke Gaza tular di media sosial Kata Semangat Buat Ardell Menerusi satu...
Kapal Mikeno Gsf Masuki Perairan Gaza

Kapal Mikeno Gsf Masuki Perairan Gaza

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 223 hits
Kapal Mikeno GSF Masuki Perairan Gaza ISTANBUL 2 Okt Kapal Mikeno yang terpisah daripada flotila bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla sampai ke perairan wilayah Gaza pada pagi Khamis lapor Anadolu Ajansi Menurut penjejak rasmi flotila ...
Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Beberapa kapal bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla menuju Gaza dipintas dan dinaiki tentera Israel di perairan antarabangsa pada Rabu malam waktu tempatan memetik laporan CNN Dalam kenyataan GSF berkata kapal Alma Sirius ...
Hiburan Ardell Aryana Tiba Tiba Rebah Di Klia Ketika Bawa Anak Suami Panik Dapatkan Bantuan

Hiburan Ardell Aryana Tiba Tiba Rebah Di Klia Ketika Bawa Anak Suami Panik Dapatkan Bantuan

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 247 hits
Suasana di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi bertukar cemas apabila pelakon dan aktivis kemanusiaan tiba tiba rebah sewaktu menuju ke bas selepas sidang media kepulangan sukarelawan Global Sumud Flotilla L...
Misi Gsf Nadzmi Adhwa Kongsi Keadaan Kesihatan Ardell Aryana Tekanan Darah Dia Rendah

Misi Gsf Nadzmi Adhwa Kongsi Keadaan Kesihatan Ardell Aryana Tekanan Darah Dia Rendah

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 275 hits
Ramai ternanti nanti perkembangan dan perkongsian sukarelawan Malaysia yang sudah dibebaskan dari penjara Israel Kesemuanya kini berada di Turki dan antara sukarelawan yang menjadi tumpuan adalah adik beradik Heliza dan Hazwani Helmi Zizi K...
Bulan Pembersihan Hutang Ukraine Ambil Langkah Berani Menuju Kestabilan Kewangan

How To Fully Secure Your Cloud Accounts And Prevent Data Leaks

Our November Floods Prove That We Need Stronger Sustainability Governance

Sesi Temu Ramah Aysar Hadi Shapri Persiapan Dan Harapan Menjelang Aksi Penuh Cabaran

Roti Telur Tuna Resipi Paling Mudah Sedap Untuk Sarapan Cepat

Perodua Jelaskan Klausa Bateri Ev Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

Sebelum Musibah Menimpa

Cara Pilih Cermin Mata Ikut Bentuk Muka Panduan Lengkap Untuk Lelaki Wanita


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kemenhaj Tunda Seleksi Ppih Kloter Dan Ppih Arab Saudi Di Provinsi Sumatera Utara Sumatera Barat Dan Aceh

Dapat Ole Ole Dari China

Jbl Bandbox Amplifier Dan Pembesar Suara Berkuasa Ai Yang Serba Baharu

Satu Tabiat Yang Selamatkan Aku

Panas Dari Cambodia Bongkar Realiti Hitam Perangkap Kerja Mewah Sidang Media Ppim 03 12 2025

Drama Perempuan Tidak Ternikah