Kantin Buka Bulan Ramadhan Bikin Polemik




Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan arahan pembukaan kantin sekolah sepanjang Ramadan termaktub dalam Pekeliling Pengurusan Kantin Sekolah, yang mana ia perlu dibuka sepanjang sekolah beroperasi.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata perkara itu bukan dasar baharu dan ia dilaksanakan khusus untuk sekolah yang mempunyai murid bukan Islam."Saya sudah tegaskan penting untuk proses memahamkan pelajar bukan Islam mengenai ibadah oleh rakan-rakan mereka yang beragama Islam, dan mereka saling-menghormati antara satu sama lain."Saya tidak mahu ada anak bukan Islam dan tidak berpuasa ini makan dalam stor atau makan di tempat yang tidak wajar, sedangkan semua sekolah ada kantin. Jadi mereka harus pergi kantin untuk makan.Begitu pun, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Ahmad Yahaya dilapor menyifatkan arahan pembukaan kantin sekolah di bulan Ramadan sebagai keterlaluan dan seolah-olah tidak menghormati bulan mulia ini“Perkara ini boleh berlaku secara harmoni tanpa perlu ada arahan supaya kantin dibuka ketika para pelajar berada dalam bulan Ramadan. Bukan bermaksud kita menghalang pelajar bukan Islam untuk makan di siang hari, cuma ia juga satu bentuk didikan supaya mereka menghormati bulan Ramadan sejak di alam persekolahan.
“Mereka boleh hadir ke sekolah dengan bekal makanan dan makan di ruangan yang dibenarkan. Itu sudah memadai tanpa perlu arahan agar kantin dibuka yang dilihat agak keterlaluan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook DUPP hari ini.
Ironinya, tambah Ahmad, DUPP melihat menteri sendiri gopoh dalam mengeluarkan arahan sedemikian seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan dan para pelajar Muslim yang harus diasuh untuk berpuasa sejak daripada kecil


PERTELINGKAHAN KEANAK-ANAKANSaya melihat pertelingkahan ini adalah satu pertelingakahan keanak-anakan. Dimana Islam telah lama bertapak di Malaysia sebagai agama rasmi dan sekolah di Malaysia bukan setahun dua menghadapi persekolahan semasa bulan Puasa.
Dan pertelingkahan ini sekalii lagi lagi saya melihat apabila unsur polituk dimasukkan kedalam situasi ini maka ia telah lari dari topik sebenar, Pendapat Menteri Pendidikan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat ini kedua-duanya benar belaka cuma telah diputar belitkan oleh sesetengah pihak. 


PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH TIDAK BODOHPerkara sedemikian biarlah pihak sekolah yang menguruskannya. Pengetua atau Guru Besar sekolah ini bukannya bodoh. Mereka tahu apa nak buat.
Selama beberapa tahun pihak sekolah menghadapi persekolahan dalam bulan Ramadan ini takkan baru tahun ini kecoh pasal kantin pula. Sebelum ini macam mana pula, Pihak sekolah akan memikirkan nak buka atau nak tutup.
Selain itu apa fungsi PIBG sekolah yang merupakan jambatan penghubung pihak sekolah dan ibubapa. Bawa usul ini ke mesyuarat PIBG berkenaan kantin ni.
Dan pada zaman moden ini dengan generasi A yang kuat memberontak dan ibubapa yang asik menangkan anak. Adakah anda rasa pihak pengurusan sekolah akan membuat perkara bodoh dalam menyelesaikan masalah kantin di bula puasa ini.


KANTIN DIBUKA PADA BULAN RAMADHANKatakan dalam sekolah tersebut terdapat 20% pelajar bukan Islam dan selebihnya pelajar sekolah, sudah tentu kantin patut dibuka tetapi bagaimana untuk memastikan pelajar tersebut menghormati bulan Ramadhan ialah pihak sekolah menyediakan lokasi makan yang tertutup.
Pihak sekolah juga harus berbincang dengan pihak kantin, bagaimana untuk memastikan pihak kantin tidak rugi kerana menyediakan makanan yang berjumlah kecil sudah harganya agak mahal dan pihak mungkin akan sediakan tambahan subsidi.
Saya bersekolah di bandar hilir Melaka dan kadar pelajar bukan islam dan Islam hampir sama banyak. Bulan puasa kantin kami dibuka dan pelajar pun makan dalam bilik makan guru yang disediakan, Itu perkara biasa ler,


KANTIN DITUTUP PADA BULAN RAMADHANATAU pihak sekolah mengeluarkan memo meminta pandangan ibubapa bukan muslim bahawa kantin akan tutup sepanjang bulan Ramadhan. Mereka boleh katakan, pihak kantin tidak mampu beroperasi dengan jumlah pelajar bukan muslim yang sedikit dan ia akan merugikan pihak kantin.
Atau semasa mesyuarat PIBG keluarkan usul kantin harus dibuka pada waktu bulan Ramadan atau tidak. 
Maklumat ini mudah diberitahu kerana semua kelas sekarang mempunyai telegram kelas dan maklumat ini boleh disampaikan dengan mudah.
Dan ibubapa bukan muslim ini bolehlah buat persediaan awal menyediakan makanan untuk anak mereka . Hanya satu bulan sahajakan takkan tak bolehkan. Pihak sekolah sediakan lokasi untuk mereka semua ini.


PELAJAR /GURU MUSLIM TIDAK BOLEH BERPUASASELAIN itu kita perlu ingat ada pelajar muslim atau guru yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan disebabkan masalah kesihatan harus diambil kira dalam pertelingkahan ini .
Masalah kantin tidak dibuka ini pada bulan puasa juga melibatkan golongan ini. Bukan sahaja golongan bukan muslim.
Ada dua cara atasi masalah ini ialah perkara diatas yang telah kita bincangkan.


KESIMPULAN
1. Berikan peluang pada Pengetua dan Guru Besar yang lebih mahir dalam perkara ini.2. Jangan kecilkan pembukaan kantin ini melibatkan bukan muslim sahaja tetapi ada pelajar/ guru muslim yang seperti saya katakan tidak boleh berpuasa.3. Atasi masalah ini gunakan PIBG sebagai jambatan antara pihak sekolah dan ibubapa4. Jangan komplek kan perkara tidak kompleks.
Nak tanya sikit benarkah pada bulan puasa untuk kantin yang tidak dibuka, bukan muslim ini makan di stor yang kotor atau tepi tandas seprti yang diwar-warkan...hehehehee




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hanifidrus.blogspot.com/2024/03/kantin-buka-bulan-ramadhan-bikin-polemik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Kantin Bulan Ramadan Wanita Keadilan P Pinang Sanggah Ketua Ulama Pas

Buka Kantin Bulan Ramadan Wanita Keadilan P Pinang Sanggah Ketua Ulama Pas

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 198 hits
Wanita KEADILAN Pulau Pinang melahirkan rasa kecewa atas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Ahmad Yahya yang mendakwa Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebagai tidak menghormati bulan Ramadan dan sengaja mencetuskan polemik apabila menga...
Koleksi Resepi Dessert Viral Untuk Juadah Di Bulan Ramadhan

Koleksi Resepi Dessert Viral Untuk Juadah Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 278 hits
Koleksi Resepi Dessert Viral Untuk Juadah di Bulan Ramadhan 5 atau makanan manisan semestinya merupakan kegemaran rakyat di negara ini Dessert viral yang sering menjadi sebut sebutan akhir akhir ini iaitu Rainbow Jelly Ball Cromboloni dan K...
Zikir Harian Sepanjang Bulan Ramadhan Jom Kita Buat

Zikir Harian Sepanjang Bulan Ramadhan Jom Kita Buat

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 152 hits
Zikir Harian Sepanjang Bulan Ramadhan Jom kita Buat Selain dari usaha untuk khatam al quran pada bulan ramadhan kita perbanyakkan juga zikir supaya hati lebih tenang lebih mendekatkan diri kita dengan Allah dan lebih pahala yang kita dapat ...
Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2024

Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2024

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 179 hits
11 March 2024 Esok 1 Ramadhan 2024 Selamat berpuasa kepada semua umat islam Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan kepada kita dalam menjalankan ibadah puasa Tulang lembu ayam udang ikan cencaruDalam peti ais makcik dah takde st...
Ayat Pembuka Pintu Rezeki Fadhilat Mengamalkan Surah Al Ikhlas Di Bulan Ramadhan

Ayat Pembuka Pintu Rezeki Fadhilat Mengamalkan Surah Al Ikhlas Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 272 hits
Ayat Pembuka Pintu Rezeki Fadhilat Mengamalkan Surah Al Ikhlas di Bulan Ramadhan 8 Surah Al Ikhlas adalah salah satu surah daripada Al Quran memiliki fadhilat dan manfaat untuk orang yang membacanya Manfaat tersebut bukan hanya dirasakan ol...
Kisah Cili Hijau Di Bulan Ramadhan

Kisah Cili Hijau Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 289 hits
Alkisahnya cerita ni berlaku Jumaat lepas di bulan Ramadhan Seperti mama cakap sebelum ni mama memang takde idea nak masak apa utk Ramadhan tahun ni Tetiba terasa macam nak buat ikan bilis goreng kicap dan mama suruh en husband belikan cili...
Ada Sinar Berkat Bulan Ramadhan

Ada Sinar Berkat Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 255 hits
nbsp Ada Sinar Berkat Bulan Ramadhan Kata orang jangan suka sangat benda belum ada hitam putih Tapi for me ia sesuatu yang sangat diharapkan dan nieyl perluan sokongan doakan dari orang orang yang mengenali nieyl walaupun hanya di alam maya...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife

Importance Of Good Manners In Life


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


10 Peranan Penting Tips Menarik Seorang Tour Leader Dalam Perjalanan Berkumpulan

Circle Kecil Hati Tenang Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Kagum

Sue Tuya Seafood And Shell Laut

Kompang Warisan Johor

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5