Kanna Curry House Nasi Daun Pisang Best Ever
26 August 2024(Isnin) Throwback Syukur Alhamdulillah selesai urusan pindah barang rumah. Masa pindah barang rumah, Daus sekolah. Makcik tak bagi dia cuti, cik yuyi datang temankan makcik. Selepas semua barang rumah sampai, makcik ajak cik yuyi jemput Daus balik sekolah.
Sampai sekolah Daus dalam pukul 2, waktu persekolahan Daus tamat pukul 2.40.Jadi sementara tunggu Daus keluar kami tunggu dalam kereta.
Selepas ambik Daus, cik yuyi ajak makcik makan nasi daun pisang dekat Kanna Bukit Tinggi. Makcik ok je, minggu ni tekak rasa macam nak makan nasi daun pisang. 23/8 Jumaat malam, makan nasi daun pisang BananaBro Aeon B. Tinggi tapi macam rasa tak puas hati. Tak tahu kat mana silapnya
Macam biasa, Kanna curry house tak pernah tak ramai orang. Nasib baik ada meja kosong. Syukur Alhamdulullah.
Nasi dihidang di atas daun pisang bersama 3 jenis sayur, 2 jenis kari, Papadom, Rasam, cili kering and pickle.
3 jenis sayur. Boleh tambah, tak perlu bayar
Kari pun sama, boleh tambah
Aroma kari betul2 membangkit selera makan
Lupa dah apa ni
Daus order sambal telur, ambik sekali datang 2 biji. Jenuh Daus nak menghabiskan
Cik yuyi order kari ikan tenggiri, conformlah bahagian ekor & Mutton varuval. Sedap giler.
Rasam hirup panas2, segar je rasa badan
Kanna pressure ayam goreng makan panas2, sedap
Makcik suka makan nasi bersama cili ni, menambah selera makan. He he he
Heavennya, makan nasi daun pisang bersulam dengan nescafe panas. Sesekali ok lah kan
Lapar bebenor ni Daus
Kanna Curry House @ Bukit Tinggi
20 Lorong Bafu Nilam 34B
Bandar Bukit Tinggi 2
41200 Klang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://iniblogcikinadodocheng.blogspot.com/2024/09/kanna-curry-house-nasi-daun-pisang-best.html