Kandungan Overdue Patutnya Sudah Bersalin Bahaya Tak Pada Ibu Bayi Kalau Lambat


Kandungan ‘overdue’ atau kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin memang merisaukan ramai ibu-ibu hamil. Ibarat menunggu buah yang tidak gugur, ibu-ibu akan rasa resah menantikan saat melahirkan.
Sudah tentu ibu-ibu hamil akan tertanya-tanya bila akan bersalin dan bagaimana keadaan bayi dalam kandungan. Mungkin ramai ibu yang tidak menyedarinya, tetapi situasi ini sering berlaku.
Kandungan ‘Overdue’ Patutnya Sudah Bersalin
Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.
Seandainya usia kandungan anda mencecah 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Ketika ini, doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi serta saiznya. Bukaan servik si ibu juga akan diperiksa untuk melihat sama ada sudah bersedia untuk proses bersalin atau tidak.
Bahaya Tak Pada Ibu & Bayi Kalau Lambat
Faktor Yang Menyebabkan Kelahiran Overdue:
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin biasanya terjadi kepada ibu yang mempunyai ciri-ciri ini:
1. Tidak pasti tarikh hari pertama datang haid yang terakhir sebelum hamil
Ini sering berlaku, ibu tidak membuat catatan tentang tarikh kedatangan haid dan menyebabkan ketika hamil, doktor tidak dapat memberi tarikh jangkaan bersalin yang tepat kepada mereka.
Oleh itu, ibu yang mahu mengandung disarankan untuk menyimpan rekod kedatangan haid agar doktor mudah untuk merujuk tarikh itu dan meberi tarikh jangkaan yang tepat atau tidak ‘lari’ jauh dari hari bersalin.
2. Kehamilan pertama
Ibu yang mengandungkan anak pertama biasanya tidak arif tentang hari pertama haid yang terakhir sebelum hamil. Ini boleh menjadi sebab kelahiran sedikit lewat dari tarikh jangkaan bersalin.
3. Sejarah Overdue
Jika ibu tersebut pernah melahirkan anak terlewat dari tarikh jangkaan bersalin, tidak mustahil situasi ini akan berulang pada kelahiran yang seterusnya.
4. Ibu Menghidap Obesiti
Buat ibu hamil yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, masalah kelahiran overdue boleh berlaku.
6. Bayi Bermasalah
Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).
Jika ibu hamil mengalami kandungan overdue, doktor akan menyarankan agar ibu diberi indius. Proses indius dilakukan dengan dua cara berlainan, bergantung kepada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Kaedah indius akan ditentukan sama ada ibu diberi indius yang menggunakan ubat-ubatan mahupun alat-alatan.

Pemilihan ubat ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim:
1. Prostaglandin
Ia merupakan sejenis hormon yang dimasukkan melalui vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
2. Oxytocin atau pitocin
Ia diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Salah satu cara induksi yang lain adalah membrane sweeping yang boleh dibuat jika ibu hamil daripada minggu ke 38 ke atas. Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran.
Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim. Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.
Berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.

Adakah overdue berbahaya?
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
1. Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.
2. Fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.
3. Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami sindrom ‘aspirasi mekonium’ yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke 40.
4. Bayi mati dalam kandungan.
5. Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.
6. Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.
7. Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.
Sumber: Majalah Pa&Ma
The post Kandungan ‘Overdue’ Patutnya Sudah Bersalin, Bahaya Tak Pada Ibu & Bayi Kalau Lambat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kandungan-overdue-patutnya-sudah-bersalin-bahaya-tak-pada-ibu-bayi-kalau-lambat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tumpah Darah Selepas Bersalin Ibu Hamil Dengan Risiko Tinggi Perlu Lebih Hati Hati Termasuk Yang Bersalin Caesarean

Tumpah Darah Selepas Bersalin Ibu Hamil Dengan Risiko Tinggi Perlu Lebih Hati Hati Termasuk Yang Bersalin Caesarean

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 219 hits
merupakan salah satu komplikasi yang biasa terjadi semasa proses perlu bersiap sedia menghadapi pelbagai komplikasi dan risiko selepas bersalin Kelahiran terutama sekali secara aesarean atau pembedahan mendedahkan ibu kepada risiko yang tin...
Ibu Bunuh Bayi Karena Cibiran Tetangga Di Sumbawa Ntb Terancam 20 Tahun Penjara

Ibu Bunuh Bayi Karena Cibiran Tetangga Di Sumbawa Ntb Terancam 20 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 171 hits
Kasat Reskrim Polres Sumbawa Iptu Regi Halili mengatakan pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap sejumlah saksi serta ahli medis
Anemia Bahaya Kepada Ibu Hamil Ketahui Penyebab Langkah Rawatan

Anemia Bahaya Kepada Ibu Hamil Ketahui Penyebab Langkah Rawatan

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 204 hits
atau kurang darah di kalangan tidak boleh dianggap remeh sebab kesannya cukup bahaya pada bayi Bagi kebanyakan ibu akan rasa mudah letih berasa tidak sihat emosi mudah terganggu dan tubuh lemah Penyebab utama anemia di kalangan ibu mengandu...
Kepala Bayi Tertinggal Di Rahim Saat Melahirkan Ibu Di Bangkalan Laporkan Bidan Ke Polisi

Kepala Bayi Tertinggal Di Rahim Saat Melahirkan Ibu Di Bangkalan Laporkan Bidan Ke Polisi

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 119 hits
Kepala bayi terputus dan tertinggal dalam rahim sang ibu saat melahirkan di puskesmas Bangkalan
Ibu Hamil Segeralah Buka Buku Pink Jangan Tangguh Tangguh Berisiko Untuk Ibu Bayi

Ibu Hamil Segeralah Buka Buku Pink Jangan Tangguh Tangguh Berisiko Untuk Ibu Bayi

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 207 hits
Bila boleh buka pastinya antara yang sering bermain difikiran wanita yang pertama kali Buku pink atau nama rasminya adalah Rekod Kesihatan Ibu ini merupakan buku yang merekodkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh Umumnya seorang yang s...
Ibu Hamil Berhati Hatilah Salah Posisi Tidur Boleh Sebabkan Bayi Mati Mengejut

Ibu Hamil Berhati Hatilah Salah Posisi Tidur Boleh Sebabkan Bayi Mati Mengejut

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 134 hits
Ibu ibu berhati hatilah ketika tidur Jika salah mama boleh membahayakan dalam kandungan Posisi tidur memberikan impak besar kepada janin dalam kandungan Silap kedudukan boleh buat bayi mati dalam kandungan Menginjak ke trimester kedua dan k...
Mak Ayah Perlu Ada Ilmu Periksa Tanda Tanda Bahaya Ni Pada Bayi Baru Lahir

Mak Ayah Perlu Ada Ilmu Periksa Tanda Tanda Bahaya Ni Pada Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 236 hits
Melahirkan anak pertama sememangnya saat yang dinanti nantikan oleh yang baru bergelar ibu dan ayah Namun dalam rasa teruja itu banyak perkara yang perlu dikisahkan terutama permasalahan pada bayi yang baru lahir Sedikit demi sedikit ibu be...
Cerita Korban Tppo Yang Hendak Dijual Ke Timor Leste Rp100 Juta Digagalkan Ibu Tapi Pelaku Dilepas Polisi

Cerita Korban Tppo Yang Hendak Dijual Ke Timor Leste Rp100 Juta Digagalkan Ibu Tapi Pelaku Dilepas Polisi

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 134 hits
Ibu korban ST mengaku sangat menyayangkan sikap kepolisian yang melepas GH bersama alat bukti berupa handphone
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba