Kanak Kanak Palestin Cacat Akibat Serangan Kimia Fosforus Putih
Bumi Palestin yang diserang lebih daripada 13 tahun kembali dibedil oleh rejim Israel Jumaat lalu sehingga mengorbankan puluhan nyawa
Rakyat Palestin yang terselamat terpaksa menjalani kehidupan dengan penuh kesukaran terutamanya akibat kecacatan fizikal dialami selepas zionis Israel menggunakan serangan udara bahan kimia
Bahan kimia amat berbahaya iaitu fosforus putih yang menyebabkan kulit terbakar menyebabkan kecacatan seumur hidup
Beberapa gambar dikongsi Ahmad Abu Alrish di Facebooknya memaparkan kecacatan beberapa rakyat Gaza terutama kanak-kanak yang tidak boleh dirawat
Ahmad Abu juga turut memuat naik status memberitahu supaya masyarakat yang melihat keadaan mereka tidak berasa takut
"Jangan takut atau jijik dengan keadaan mereka. Ini bukanlah kesan daripada filem. Inilah apa yang Israel lakukan terhadap kanak-kanak di Gaza," tulisnya
Perkongsian gambar tersebut kini tular di media sosial selepas 3,600 netizen seluruh dunia berkongsi gambar tersebut dan rata-rata ramai bersedih dan simpati di atas kejadian yang menimpa rakyat Palestin
Netizen juga mengecam tindakan dilakukan Israel dan mendoakan rakyat di Gaza sentiasa dilindungi ALLAH daripada kekejaman dilakukan rejim Zionis
“Sangat meruntun jiwa dan saya tidak sanggup melihat kekejaman dilakukan Israel terhadap mereka walaupun mereka tidak melakukan kesalahan
"Hanya ALLAH sahaja yang dapat menghentikan kekejaman dilakukan. Marilah kita berdoa untuk mereka,” tulis Shammioon Ahmad
Antara reaksi netizen yang sedih dan bersimpati di atas kejadian yang menimpa rakyat Palestin dan mereka juga mengecam tindakan yang dilakukan oleh Israel dan mendoakan agar rakyat di Gaza sentiasa dilindungi ALLAH daripada kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis
Ahmed Ali pula berkata, sememangnya kaum Zionis Israel tidak mempunyai perasaan dalam melakukan kekejaman
"Cubalah mereka bayangkan kalau kanak-kanak ini semua adalah anak-anak mereka. Ya ALLAH, kau lindungilah rakyat Gaza dan berilah mereka kekuatan untuk menghadapi kaum Yahudi ini," tulisnya.
Sumber: Sinar Harian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sensasi247.blogspot.com/2019/11/kanak-kanak-palestin-cacat-akibat.html