Kanada Arah Tamat Mogok Kru Kabin Air Canada




OTTAWA, 17 Ogos – Kerajaan Kanada pada Sabtu mengarahkan langkah segera untuk menamatkan mogok kru kabin Air Canada dengan meminta Lembaga Perhubungan Perindustrian Kanada (CIRB) melaksanakan timbang tara mandatori.
Menteri Pekerjaan, Patty Hajdu, berkata langkah itu bertujuan mengarahkan kedua-dua pihak iaitu syarikat penerbangan dan kesatuan kembali ke meja rundingan sekali gus menamatkan mogok yang mencetuskan kekacauan perjalanan udara di seluruh negara.
Mogok itu bermula tengah malam Sabtu apabila ribuan kru kabin yang diwakili Kesatuan Pekerja Awam Kanada (CUPE) mengadakan mogok berhubung pertikaian kontrak gaji.
Tindakan itu menyebabkan Air Canada terpaksa membatalkan kira-kira 700 penerbangan sehari.
Keadaan itu menyebabkan lebih 100,000 penumpang terjejas, sama ada terkandas atau perlu mencari penerbangan alternatif.
Air Canada dalam kenyataan memaklumkan, operasi penuh dijangka mengambil masa empat hingga lima hari untuk dipulihkan sekiranya arahan kerajaan dilaksanakan.
Syarikat penerbangan berpangkalan di Montreal itu sebelum ini menawarkan kenaikan pampasan keseluruhan sebanyak 38 peratus dalam tempoh empat tahun, termasuk kenaikan gaji 25 peratus pada tahun pertama.
Namun, CUPE menolak tawaran itu dan menuntut bayaran untuk masa bekerja di darat, termasuk ketika membantu penumpang menaiki pesawat.
Presiden CUPE bahagian Air Canada, Wesley Lesosky, berkata tiada rundingan tambahan dijadualkan selepas beberapa siri rundingan yang berbulan-bulan gagal menemui kata sepakat.
Ratusan kru kabin mengadakan piket di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson, dengan demonstrasi serupa berlangsung di lapangan terbang utama lain seperti Montreal, Calgary dan Vancouver.
Air Canada berkata, pembatalan turut membabitkan penerbangan tambang murah Air Canada Rouge, manakala penerbangan syarikat sekutunya, Air Canada Jazz dan PAL Airlines, beroperasi seperti biasa. – REUTERS
Menurut sumber, CUPE turut menuntut kenaikan gaji dengan kru Air Transat, syarikat penerbangan leisure Kanada, yang tahun lalu meluluskan kontrak baharu dengan kenaikan terkumpul 30 peratus dalam tempoh lima tahun – sekali gus menjadikan mereka kru kabin dengan bayaran tertinggi di negara itu. – REUTERS


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/16/kanada-arah-tamat-mogok-kru-kabin-air-canada/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketahui Sebab Tali Pinggang Kru Kabin Berbeza Dengan Penumpang

Ketahui Sebab Tali Pinggang Kru Kabin Berbeza Dengan Penumpang

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 168 hits
Ketahui Sebab Tali Pinggang Kru Kabin Berbeza Dengan Penumpang Kapal terbang merupakan antara pilihan utama orang ramai untuk melakukan perjalanan jarak jauh sama ada dalam mahupun luar negara Setiap kali menaiki pesawat ramai yang teruja m...
Bomba Selamatkan Dua Lelaki Cedera Di Air Terjun Taman Eco Rimba

Bomba Selamatkan Dua Lelaki Cedera Di Air Terjun Taman Eco Rimba

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 202 hits
Bomba selamatkan dua lelaki cedera di air terjun Taman Eco Rimba Dua lelaki termasuk seorang remaja warga Indonesia berusia 19 tahun cedera ketika mandi di air terjun di Taman Eco Rimba Jalan Kanching di sini hari ini Foto Bomba RAWANG Dua ...
Rabung Dan Ikan Air Tawar Rezeki Yang Tak Perlu Dibeli

Rabung Dan Ikan Air Tawar Rezeki Yang Tak Perlu Dibeli

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 214 hits
Ikan air tawar dari kolam buat lauk untuk makan malam Rezeki tidak terduga dari segenap arah Minggu lalu masuk ke ruang dapur rumah ternampak beberapa ekor ikan air tawar dan rebung muda yang siap dibersihkan kulit rebung yang berbulu tebal...
Berbagai Program Di Kelantan Termasuk Program Bekalan Air

Berbagai Program Di Kelantan Termasuk Program Bekalan Air

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 188 hits
Hadir ke rencana terakhir di Kelantan untuk menutup Program MADANI Rakyat Negeri Kelantan 2025 di Kota Bharu Saya tegaskan bahawa kemajuan negeri lebih mudah tercapai jika Kerajaan Persekutuan dan Negeri bergerak seiring dalam pelaksanaan p...
Dia Kuat Tapi Sayu Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

Dia Kuat Tapi Sayu Ibu Zara Qairina Menitis Air Mata Semasa Proses Pengecaman

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 270 hits
Dia kuat tapi sayu Begitulah gambaran momen penuh sebak yang dilalui oleh Noraidah Lamat ibu kepada arwah Zara Qairina Mahathir ketika proses pengecaman jenazah anak tunggalnya dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I Kota ...
Laksana Program Air Percuma Bukti Jelas Kerajaan Pahang Kini Semakin Stabil Di Tangan Orang Yang Betul

Laksana Program Air Percuma Bukti Jelas Kerajaan Pahang Kini Semakin Stabil Di Tangan Orang Yang Betul

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 319 hits
KUANTAN Pelaksanaan Program Air Percuma Pahang 1st oleh Kerajaan Negeri Pahang merupakan manifestasi jelas bahawa kestabilan pentadbiran negeri bukan sahaja berjaya dikekalkan malah diterjemahkan dalam bentuk manfaat terus kepada rakyat Ket...
Hutang Dengan Tnb Rm61 Juta Syarikat Air Kelantan Masih Bermewahan

Hutang Dengan Tnb Rm61 Juta Syarikat Air Kelantan Masih Bermewahan

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 236 hits
HarapandailyKetua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Jeli Wan Mahussin Wan Zain tampil menyelar rekod hutang Air Kelantan Sdn Bhd yang mencecah kira kira RM61 juta dengan Tenaga Nasional Berhad Beliau menyifatkan AKSB bermewahan dalam keadaan ...
Lirik Lagu Rasa Takdir Nyanyian Amira Othman Dan Irfan Haris

Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Istana Pahang Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Tengku Ampuan Pernah Tawar Sebarang Bentuk Bantuan Di Tiktok

Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg

Ex Mp Demands Transparency Over Govt S Plan To Introduce Nuclear Power

Chronology Of Push To Oust Muhyiddin

Bermain Sambil Belajar Ilmu Kewangan Di Mortgagecalculator Org

Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Apa Yang Mereka Pentaskan Di Perhimpunan Agung Bersatu

Every Awas Speed Camera Locations Complete List 2025

Pulut Kuning Azie Kitchen Dan Bab Pentaksub

Buku Taubatku Untuk Siapa Renungan Mendalam Tentang Taubat Karya Ibnu Jauzi

The New Jbl Sense Lite

Rumah Perdana Menteri Nepal Dibakar Penunjuk Perasaan