Kan Dah Kena Penjara 3 Bulan Suruh Duduk Rumah Jer Bro


Seorang penganggur menjadi individu pertama di Melaka dikenakan hukuman akibat ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila dia dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Mohamad Saiful Bahari Mohamad, 33, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Had waktu yang diberikan dan dituduh melakukan kesalahan itu di Pasaraya Tesco Melaka, Jalan Panglima di sini, pada jam 7.05 petang semalam,

Pertuduhan mengikut Peraturan 3(1)(b)Peraturan-Peraturan Pencegahan dan penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh dijatuhi hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal di hadapan Majistret, Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Puteri Nor Nadia, mencadangkan hukuman yang setimpal terhadap lelaki itu bagi mencerminkan kepentingan umum berhubung penularan koronavirus (Covid-19) memandangkan semalam Melaka telah mencatatkan 33 kes Covid-19 selain berlaku peningkatan kes baharu di seluruh negara.

Ketika negara menghadapi situasi ini kepentingan umum adalah jauh lebih penting berbanding kepentingan peribadi dan masyarakat serius mematuhi arahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan Covid-19.Hukuman bersifat pengajaran perlu bukan sahaja kepada OKT malah kepada orang ramai sebagai iktibar dan mengambil kira keadaan serta kepentingan semua pihak semasa tempoh ini.
Mohamad Saiful Bahari yang tidak diwakili peguam telah memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum.

Sementara itu lelaki tersebut turut dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas dia sebelum itu, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang pengawal keselamatan, Dayang Azura Sufri, 34, pada tarikh dan tempat yang sama.

Berdasarkan fakta kes, seorang pengawal keselamatan ketika menjalankan tugas di tempat itu didatangi tertuduh yang memberitahu hendak masuk ke pasar raya tersebut untuk membeli air.

Pengawal keselamatan berusia 33 tahun itu telah menerangkan waktu operasi pasar raya berkenaan adalah jam 7 pagi hingga 7 malam sahaja, namun lelaki itu enggan mematuhi arahan dan bertindak agresif dengan menampar pipi kiri pengawal keselamatan itu sebelum mengejarnya dengan memasuki kawasan pasar raya itu.

Kali ini dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda maksima RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan secara serentak bermula dari tarikh tangkapan, semalam.

Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/kan-dah-kena-penjara-3-bulan-suruh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Susah Nak Jumpa Masyarakat Sekarang Kerajaan Suruh Duduk Di Rumah Pun Turun Melawat

Dulu Susah Nak Jumpa Masyarakat Sekarang Kerajaan Suruh Duduk Di Rumah Pun Turun Melawat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 813 hits
Masa berkuasa Susah nak jenguk rakyat2 yang kena TIPU Laa dah hilang kuasa dia pulak acah2 perihatin masalah rakyat tak kena masa Kerajaan suruh DUDUK DALAM RUMAH Itu pun susah nak faham ke MR Ada PHD tak menulis ni Untuk dapatkan berita da...
Kerajaan Suruh Duduk Rumah Dahlah Degil Bodoh Pula

Kerajaan Suruh Duduk Rumah Dahlah Degil Bodoh Pula

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 311 hits
POLIS memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan video tular seorang lelaki mempertikai Perintah Kawalan Pergerakan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa di Kedah Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Ji...
Digi Mengingatkan Pengguna Untuk Duduk Di Rumah Pada Status Selular Peranti

Digi Mengingatkan Pengguna Untuk Duduk Di Rumah Pada Status Selular Peranti

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 433 hits
Kita di hari ketiga arahan pengurangan pergerakan oleh kerajaan bagi merendah keluk penyebaran wabak Covid 19 Walaupun arahan telah diberikan berkali kali oleh pihak berkuasa masih ramai rakyat Malaysia yang tidak cakna dan masih melakukan ...
Sila Lapar Berjadual Asyik Nak Mengunyah Je Masa Duduk Rumah Ni Caw Pemakanan Kkm

Sila Lapar Berjadual Asyik Nak Mengunyah Je Masa Duduk Rumah Ni Caw Pemakanan Kkm

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 796 hits
Bila berada di rumah tanpa buat apa apa pasti akan ada rasa lapar yang berpanjangan Ya mesti ada sahaja makanan yang akan di masak sebelum ini sibuk dengan bekerja dan sebagainya Namun ada juga yang keluh apabila berat badan mereka kian nai...
Duduk Rumah Boleh Tidur Peluk Laki Lama Lama

Duduk Rumah Boleh Tidur Peluk Laki Lama Lama

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 446 hits
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan ramai artis yang menasihatkan semua pihak agar mematuhi arahan tersebut bagi membendung penularan wabak COVID 19 yang kini mencatatkan sebanyak 1 000 kes Tidak ketinggalan Rozita Che Wan t...
Muhyiddin Dipuji Beri Mesej Ikhlas Rayu Rakyat Duduk Di Rumah

Muhyiddin Dipuji Beri Mesej Ikhlas Rayu Rakyat Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 339 hits
PETALING JAYA Pakar komunikasi memuji Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana berucap dalam nada kasual menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di seluruh negara kelmarin Mereka berkata sikapnya tanpa kepura puraan adalah men...
Langkah Berjaga Jaga Wanita Hamil Disarankan Berada Dalam Rumah Selama 3 Bulan Di Uk

Langkah Berjaga Jaga Wanita Hamil Disarankan Berada Dalam Rumah Selama 3 Bulan Di Uk

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 351 hits
Wanita hamil di UK akan diberitahu bahawa mereka perlu tinggal di rumah selama tiga bulan bermula dari hujung minggu ini kerana mereka adalah antara golongan yang paling mudah terdedah kepada coronavirus Kerajaan UK telah menambah golongan ...
Bukan Rakyat Biasa Tak Faham Bekas Menteri Pun Bangang Nak Faham Duduk Di Rumah

Bukan Rakyat Biasa Tak Faham Bekas Menteri Pun Bangang Nak Faham Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 567 hits
Ramai yg TAK PAHAM BAHASA Kerajaan suruh duduk di rumah Jgn keluar kecuali hal2 yg PENTING sahaja Biar MKN PM dan MENTERI yg terlibat sahaja buat kerja bagi memutuskan rangkaian virus covid 19 Yang TIADA kaitan sila DUDUK DI RUMAH Jgn nak r...
Brader Ni Buat Video Persenda Perintah Kawalan Pergerakan Dan Menganjing Mereka Yang Duduk Di Rumah

Brader Ni Buat Video Persenda Perintah Kawalan Pergerakan Dan Menganjing Mereka Yang Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 533 hits
Foto FacebookOrang nak femes kita bagi dia femes Status FB Harrena Hambali Sikap anda mengundang ketidakpuasan hati dan kemarahan kami Adakah pengorbanan semua yang bertungkus lumus berkorban segalanya demi keselamatan rakyat Malaysia pada ...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa