Kan Dah Kena Baca Doa Makan Kawan Dengan Melayu Gelagat Anak Cina Baca Doa Makan Tarik Perhatian Ramai
Anak-anak kecil kita yang sedang membesar mudah menyerap segala ilmu yang dipelajarinya begitu juga dengan rakan-rakan sekeliling.
Gelagat comel seorang anak kecil berbangsa Cina yang membaca doa makan ketika makan di restoran bersama ibunya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, terikut-ikut dengan kebiasaan rakan-rakannya, anak kecil itu membaca doa makan terlebih dahulu sebelum makan. Semuanya selepas melihat rakan-rakan Islam lain yang berbuat hal yang sama sebelum mereka makan.
“Kawan dengan Melayu lagi kan dah kena baca doa makan,” tulisnya dikapsyen.
Apa yang menariknya, anak kecil itu mampu membaca doa makan dengan begitu lancar sekali sebelum menjamah makanan yang dihidangkan dihadapannya.
Tidak hanya itu, bahkan anak kecil itu turut meminta rakan ibunya untuk turut sama berdoa sebelum makan.
Rata-rata wargamaya turut meninggalkan pelbagai komen malah memuji anak kecil itu yang begitu lancar membaca doa makan.
Menarik: “Suami Nampak Je Kekurangan Kita Tapi Dia Diamkan” Luahan Hati Seorang Isteri, Jarang Nak Kongsi!
“Duit Raya Anak RM800, Tak Balik Modal..” Ubah Mentaliti Mak Ayah Kumpul Duit Raya Anak, Niatlah Sedekah!
“Air Dalam Badan Kering, Paru-Paru Kecut” Bayi 2 Tahun Meninggal Dunia, Mangsa Strok Haba!
Namun ada juga yang turut menjelaskan hal yang sebenarnya dimana rupa-rupanya kawan kepada ibu anak kecil itu yang berbangsa Cina terpaksa turut sama membaca doa makan sebelum makan.
Semuanya gara-gara selepas anaknya yang meminta kesemua membaca doa makan terlebih dahulu sebelum makan.
Kredit: @ric_callmeric
View this post on Instagram
A post shared by RESIPI | MASAKAN | MAKANAN | (@resipi_masakan_makanan)
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di
SINI
The post “Kan Dah Kena Baca Doa Makan” Kawan Dengan Melayu, Gelagat Anak Cina Baca Doa Makan Tarik Perhatian Ramai! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kan-dah-kena-baca-doa-makan-kawan-dengan-melayu-gelagat-anak-cina-baca-doa-makan-tarik-perhatian-ramai/