Kampung Semelor Royal Belum


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Seperti yang dijanjikan, hari Zumal akan kupas lebih lanjut tentang perkampungan orang asli yang telah Zumal lawati bersama Team Travelogue Malaysia baru-baru ini. 
Perkampungan yang Zumal maksudkan adalah Kampung Semelor. Walaupun kami ke sana menaiki bot tetapi Kampung Semelor bukannya terletak di pulau-pulau yang berada di Tasik Temenggor ini tetapi ianya terletak di mainland cuma jalan darat untuk ke kampung ini sangat jauh dan mencabar. Kita kena lalui jalan balak dan amat berbahaya di samping berhadapan dengan haiwan-haiwan liar yang bebas berkeliaran. Zumal pun tak nak jadi lauk pak belang. Oleh itu penggunaan bot adalah lebih baik dan cepat. Perjalanan menaiki bot dari jeti Belum Rainforest Resort mengambil masa lebih kurang 45 minit

Kami menaiki bot untuk ke Kampung Semelor

Selain itu dengan menggunakan bot, kami dapat nikmati pemandangan yang cukup indah yang tak dapat kami hayati di tempat lain. Di sini kami dapat lihat pulau-pulau, kegiatan masyarakat setempat seperti menangkap ikan juga dapat lihat burung-burung berterbangan dan kalau nasib baik dapat lihat haiwan liar dari Royal Belum ini

Tasik yang sangat tenang airnyaPermulaan kami menjejak kaki
Bila dah nampak bot menghapiri daratan, Zumal tercari-cari jeti kat mana? Rupanya tiada jeti, bila bot sampai ke tebing kita kenalah memanjat naik ke daratan. Gambar di atas tu Eddy ambil dari dalam bot. Macam tu la rupanya laluan pertama kami untuk ke Kampung Semelor. Pendakian tebing hingga ke tempat di mana pacuan 4 roda bakal membawa kami ke Kampung Semelor. Kena menapak dalam 200 meter juga. 
Gambar rakan-rakan media sebelum diangkut ke Kampung Semelor
Dari kiri Khalis, Ivan, Izryl, Eddy, Naff dan Sienny Dalam gambar berlatar belakang kampung tapi bukan disitu tempat tujuan kami. Kami dibawa ke Kampung Semelor dengan pacuan empat roda. Perjalanan dengan pacuan 4 roda ke Kampung Semelor dalam anggaran 15 minit melalui jalan tanah merah. 
Inilah Kampung SemelorKampung Semelor adalah perkampungan orang asli yang telah mengecapi kemodenan. Mereka telah menerima bekalan elektrik dan air. Kediaman mereka juga dah ada yang dibuat dengan batu sepenuhnya. 
Setibanya di Kampung Semelor, Zumal teruja melihat bersihnya kampung ini. Bersihnya macam tempat ini tidak dihuni manusia maklumlah yang buat kotor tu selalunya manusia. Jangan dikata pembungkus makanan atau botol air, malah puntung rokok pun tidak kelihatan di bumi Semelor ini. 
Di sana kami telah disambut oleh tok batin Kampung Semelor iaitu Pak Samad. Pak Samad ini seorang yang peramah dan mudah mesra. Macam-macam kisah hidup yang diceritakan beliau kepada kami sehinggalah beliau diangkat menjadi tok batin. 
Dua dari kiri adalah Pak Samad, tok batin Kampung Semelor
Pak Samad sedang bercerita tentang Kampung Semelor
Untuk pengetahuan semua Kampung Semelor mulanya didiami oleh masyarakat Temiar tetapi kini telah pun bercampur dengan kaum lain juga. Pak Samad telah menekankan kebersihan kepada penduduk kampung ini dan katanya kalau kampung kotor mereka akan diserang pelbagai penyakit tapi untuk ke klinik sangat jauh. Oleh itu masyarakat di sini sangat menjaga kebersihan kampung mereka. Kampung ini didiami oleh 180 orang penduduk yang terdiri daripada 43 keluarga

Kampung Semelor pernah dinobatkan sebagai kampung paling bersih di Negeri Perak pada tahun 2005 dan 2006. Kampung ini juga telah diangkat sebagai kampung pelancongan pada tahun 2011. EMKAY Group juga telah menjadikan Kampung Semelor sebagai kampung angkat

Chalet di Kampung SemelorSebagai sebuah kampung pelancongan, Kampung Semelor turut membina beberapa unit chalet untuk kemudahan penginapan pelancong yang ingin merasai pengalaman berada di perkampungan orang asli ini

Dari segi pendidikan, Kampung Semelor ini sangat jauh dari sekolah dan jika mereka ingin ke sekolah mereka perlu tinggal di asrama. Kebanyakan keluarga orang asli sukar melepaskan anak-anak mereka tinggal berjauhan. Oleh itu EMKAY Group bersama JAKOA telah membina sebuah Toy Library iaitu sebuah konsep pendidikan sambil bermain di Kampung Semelor. Toy Library membawa konsep seperti pra-sekolah yang memberi fokus kepada penekanan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Mereka juga didedahkan dengan penguasaan Bahasa Inggeris

Signboard Toy Library
Zumal dihadapan Toy Library
Encik Taufik menerangkan tentang Toy Library
Sewaktu pengajaran dijalankan
Kanak-kanak di sini mudah mesra
Team media bergambar bersama pelajar dan guruBagi korang yang ingin membantu anak-anak orang asli dalam pendidikan mereka, korang boleh menjadi sebahagian Belum Forest Friend satu usaha inisiatif Yayasan EMKAY. Untuk maklumat lanjut sila ke https://www.brainsfeed.org/bff
Travelogue Perak ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh EMKAY Group. Terima kasih untuk penaja utama kami – Belum Rainforest Resort dan Aidil Travel & Tour serta tak lupa juga Castella Cafe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.duniazumal.com/2018/12/kampung-semelor-royal-belum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hutan Hujan Tropika Royal Belum Perak

Hutan Hujan Tropika Royal Belum Perak

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 406 hits
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua Pada 9 hingga 11 Disember 2018 yang lalu Zumal telah berkesempatan menyertai Team Travelogue Malaysia dalam siri Travelogue Perak iaitu ke Belum Rainforest Resort yang terletak di Gerik Perak Un...
Belum Rainforest Resort Penginapan Terbaik Dan Mendamaikan Di Royal Belum

Belum Rainforest Resort Penginapan Terbaik Dan Mendamaikan Di Royal Belum

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 572 hits
BELUM RAINFOREST RESORT PENGINAPAN TERBAIK DAN MENDAMAIKAN DI ROYAL BELUMAssalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua Seperti yang dijanjikan dalam entri dalam entri kali ini Zumal akan kongsikan penginapan semasa menyertai Team Travelogue...
Timses Jokowi Ke Kubu Prabowo Sasar Jateng Belum Tentu Dapat Jabar Malah Kehilangan

Timses Jokowi Ke Kubu Prabowo Sasar Jateng Belum Tentu Dapat Jabar Malah Kehilangan

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 263 hits
Anggota Dewan Penasehat Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf itu mengatakan kubu Prabowo cuma berkhayal dan berimajinasi bisa merebut suara PDIP di Jateng Dia mencontohkan Demokrat 10 tahun berkuasa gagal menguasai Jateng
Aktiviti Menarik Di Belum Rainforest Resort

Aktiviti Menarik Di Belum Rainforest Resort

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 479 hits
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua Kali ini masih dengan entri mengenai Belum Rainforest Resort Seperti yang korang tahu Zumal telah mengikuti misi bersama Team Travelogue Malaysia ke Negeri Perak Darul Ridzuan baru baru ini Untu...
Ibu Sudah Kehilangan Satu Anggota Badan Dan Masih Tidak Tahu Linda Dan Diana Rafar Belum Berani Untuk Beritahu

Ibu Sudah Kehilangan Satu Anggota Badan Dan Masih Tidak Tahu Linda Dan Diana Rafar Belum Berani Untuk Beritahu

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 512 hits
Ibu Sudah Kehilangan Satu Anggota Badan Dan Masih Tidak Tahu Linda Dan Diana Rafar Belum Berani Untuk BeritahuIbu Sudah Kehilangan Satu Anggota Badan Dan Masih Tidak Tahu Linda Dan Diana Rafar Belum Berani Untuk Beritahu
Belum Sempat Berbakti Pada Ibu Gadis Ini Akhirnya Bertemu Illahi Setelah Bertarung Nyawa

Belum Sempat Berbakti Pada Ibu Gadis Ini Akhirnya Bertemu Illahi Setelah Bertarung Nyawa

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 437 hits
Belum Sempat Berbakti Pada Ibu Gadis Ini Akhirnya Bertemu Illahi Setelah Bertarung Nyawa Akibat Accident Segala urusan ajal m4ut rezeki dan jodoh itu sememangnya terletak di tangan Allah Begitu juga suratan yang berlaku kepada arw4h Khairun...
Lbh Dan Ojk Belum Temukan Solusi Selesaikan Pelanggaran Fintech Nakal

Lbh Dan Ojk Belum Temukan Solusi Selesaikan Pelanggaran Fintech Nakal

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 234 hits
Lembaga Bantuan Hukum Jakarta mendatangi kantor Otoritas Jasa Keuangan sebagai tindak lanjut maraknya pengaduan yang diterima LBH terkait pelanggaran yang diduga dilakukan aplikasi pinjaman online atau fintech peer to peer lending
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Will Artificial Intelligence Disappoint

Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Singgah Kebun Komuniti Kg Melayu Pekan Rawang

Ayam Goreng Kunyit

Bekal Seorang Mukmin Menuju Kesalehan Dan Ketakwaan

Sarapan Di Tea Garden Taman Impian Emas

Nt3h By Sirotov Architects A Minimalist Design That Blends Nature And Modern Architecture

Casa Of Sloping Roof A Minimalist Duplex Penthouse Embracing Light And Spatial Fluidity