Belum Rainforest Resort Penginapan Terbaik Dan Mendamaikan Di Royal Belum
BELUM RAINFOREST RESORT - PENGINAPAN TERBAIK DAN MENDAMAIKAN DI ROYAL BELUMAssalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Seperti yang dijanjikan dalam entri INI, dalam entri kali ini Zumal akan kongsikan penginapan semasa menyertai Team Travelogue Malaysia dalam siri Travelogue Perak. Seperti Zumal kongsikan sebelum ini, kami telah ke Royal Belum dan menginap di Belum Rainforest Resort, Gerik, Perak Darul Ridzuan.
Kaunter Reception Belum Rainforest Resort
Ruang bergambar di lobi Belum Rainforest Resort
Kedai Cenderahati ada di atas Receptionist
Untuk permulaan jom tengok bilik penginapan Zumal dahulu yer. Di Belum Rainforest Resort ni banyak jenis penginapan mengikut bajet dan keperluan kita. Zumal menginap di Villa Azlanii. Villa ini nampak ciri-ciri alam semulajadi dan bersebelahan dengan Hornbill Restaurant. Senang la nak makan-makan gitu
Villa AzlaniiKiri dan kanan lorong Villa Azlanii dihiasi pagar kayuDilengkapi 2 katil single
Belakang Zumal ada frezer, water heater
Bilik Zumal menghadap hutan
Bilik air yang bersih dan luasPada Zumal bilik di Villa Azlanii ni sesuai bagi mereka yang single datang bersama kawan. Sebabnya kemudahan tempat letak barang ada 2 bahagian. Dilengkapi kabinet, frezer, iron, hair dryer, aircond, kipas, meja tulis, lampu tidur dan sejadah pun dah disediakan jadi tak perlu la korang bawak. Tapi kat bilik ni tak ada tv tau. Sesuai la bagi yang nak menghayati suasana alam semulajadi dan yang datang untuk berkursus tu. Harga pakej untuk bulan Disember 2018, dari RM480 termasuk sarapan untuk 2 orang semalam
Jom kita tengok pula penginapan mewah berkumpulan iaitu Villa Tanjung Wan, villa 2 tingkat ini ada 7 bilik mewah dan ada ruang makan utama, dapur, treadmill, private swimming poll, ruang tamu dilengkapi sofa dan tv besar. Villa Tanjung Wan mempunyai 4 katil bersaiz King dan 10 katil single
Villa Tanjung Wan
Pandangan hadapan Villa Tanjung Wan
Setiap bilik di Villa Tanjung Wan dilengkapi balkoni menghadap tasik dan dilengkapi meja rehat dan buaian
Balkoni Villa Tanjung WanRuang makan bersama ruang tamu dan dapat terus akses ke swimming pool
Ruang tamu
Ruang makan ataupun meeting
Swimming poll khas untuk Villa Tanjung Wan
Ruang santai di lobi utama Villa Tanjung WanSalah satu bilik tidur di Villa Tanjung Wan
Setiap bilik dilengkapi tv
Zumal berada di kawasan swimming pool Boleh berlari atas treadmill menghadap tasik
Inilah swimming pool Villa Tanjung Wan
Kalau korang tinggal di Villa Tanjung Wan ini, dah tak perlu ke restaurant kerana korang disediakan chef sendiri dan boleh menikmati. unlimited consumption of food dan tanpa alkohol. Harga penginapan di Villa Tanjung Wan ini bermula dari RM8200.00 semalam untuk 18 orang
Sekarang kita lihat pula bilik di Villa Chengal. Villa Chengal mempunyai bilik yang cukup luas bagi penginapan keluarga atau berpasangan. Ianya juga sesuai untuk berbulan madu. Villa ini dilengkapkan dengan 1 katil bersaiz king atau 2 katil single, mempunyai bath tap dan bilik mandi yang sangat luas. Ia dilengkapi tv dan balkoni menghadap tasik ataupun menghadap taman. Villa ini mempunyai roof top untuk beristirehat dan swimming pool di hadapanya
Villa Chengal
Balkoni menghadap tasik
Terdapat juga pilihan katil single
Harga penginapan di Villa Chengal ini adalah dari RM650 (garden view termasuk breakfast untuk 2 orang) dan dari RM780 (lake view termasuk breakfast untuk 2 orang)
Kepada mereka yang ingin menginap di atas tasik dan ingin memancing pula, korang boleh menginap di dalam houseboat. Sebuah house boat boleh memuatkan sehingga 14 orang dengan dilengkapi 4 cabin. Untuk pakej penginapan Houseboat ini korang perlulah menempah sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal untuk proses permohonan permit
Houseboat
Inilah bilik di atas house boat
Tempat lepak di roof top house boat
Sesuai untuk buat aktiviti santai dari atasHouseboat ini dilengkapi dapur dan tandas juga ruangan open deck. Antara aktiviti untuk pakej houseboat termasuklah:
Easy TrekkingNature WalksJungle ExploringFishingWaterfall DippingWildlife Spotting
Bagi pakej 2 hari 1 malam di houseboat adalah RM6400 dan bagi 3 hari 2 malam ialah RM11000 untuk 14 orang termasuk aktiviti dan makanan
Terdapat banyak lagi tawaran pakej penginapan di Belum Rainforest Resort ini. Korang boleh rujuk di https://www.belumrainforestresort.com/accomodation
Belum Rainforest Resort mempunyai 2 buah restaurant utama iaitu Hornbill Restaurant dan SiDai Restaurant. Restaurant ini menawarkan pelbagai menu daripada tradisi, Asian Cuisine dan Western
Hornbill Restaurant
SiDai RestaurantSekian untuk entri kali ini, selepas ini Zumal akan kongsi mengenai aktiviti, menu dan tempat yang harus korang kunjungi ketika berada di resort ini
Travelogue Perak ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh EMKAY Group. Terima kasih untuk penaja utama kami – Belum Rainforest Resort dan Aidil Travel & Tour serta tak lupa juga Castella Cafe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.duniazumal.com/2018/12/belum-rainforest-resort-penginapan.html