Kami Tunggu Awak Tapi Awak Tak Balik Wanita Luah Rasa Sedih Kehilangan Suami Saat Hamil 4 Bulan
‘Kami Tunggu Awak, Tapi Awak Tak Balik’ – Wanita Luah Rasa Sedih Kehilangan Suami Saat Hamil 4 Bulan. Tidak dinafikan, ajal maut jodoh dan pertemuan semua di tangan Allah. Siapalah kita untuk menghalangnya. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari rasa sedih memikirkan apa terjadi.
Seperti perkongsian kali ini buat kami semua sebak. Bayangkan suaminya meninggal dunia ketika sedang hamil 4 bulan. Lebih memilukan apabila wanita ini pernah alami keguguran sebelum ini dan kini terpaksa menghadapi rasa sedih kehilangan sekali lagi..
Syurga meninggalkan kami sekeluarga
Menurut wanita ini, suaminya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pada ketika itu, mereka sekeluarga merancang untuk ke majlis reunion syarikat lama suaminya itu.
Call Terakhir
Namun, malang tidak berbau apabila suaminya meninggal dunia di tempat kejadian.
Suami jaga anak di syurga
Apa yang menyedihkan apabila wanita ini pernah alami keguguran sebelum ini dan kini terpaksa menerima kehilangan suaminya pula. Walaupun mengaku tidak cukup kuat, dia harus meneruskan hidup demi anak dalam kandungannya yang baru mencecah 4 bulan. Ya Allah, sebaknya!
Dugaan demi dugaan..
Rasa macam tak percaya saja. Semoga Allah berikan kekuatan dan lindungi anakku dan zuriat dalam kandunganku.
Cukuplah anak ini mirip awak..
Lebih menyedihkan apabila anaknya yang baru berusia 2 tahun itu turut sama rindukan arwah ayahnya.
Anak rindu
Malam tadi saya letak baju bau awak kat anak, lena lah dia tidur. Muka dia sedih sangat. Orang lain mandikan dia pun dia muka pasrah saja.
Sejarah berulang
Wanita itu turut berkongsi kisah suaminya yang pernah kehilangan kedua ibu bapanya ketika di usia 1 tahun. Memang sedih sungguh. Semoga isteri ini terus tabah menghadapi ujian ini.
Nanti pasti kita jumpa..
Ketentuan Allah, Allah sayangkan awak. Awak baik, sabar dalam setiap dugaan awak. Semoga isteri arwah terus kuat dalam menghadapi dugaan yang menimpa ini. Al-Fatihah!
Sumber : Dr. Putri
The post ‘Kami Tunggu Awak, Tapi Awak Tak Balik’ – Wanita Luah Rasa Sedih Kehilangan Suami Saat Hamil 4 Bulan appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/kami-tunggu-awak-tapi-awak-tak-balik-wanita-luah-rasa-sedih-kehilangan-suami-saat-hamil-4-bulan/