Teresa Kok Ada Kaitan Dengan Pemaju One City
KUALA LUMPUR - Menteri Industri Utama, Teresa Kok digesa untuk membuat laporan polis mengenai dakwaan yang mengaitkan beliau dengan pemaju One City Development Sdn Bhd (One City) yang terbabit dalam penempatan semula Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya.Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia, Hamdan Mohd Salleh berkata, dakwaan yang mengatakan Teresa mempunyai hubungan persaudaraan dengan pihak pemaju itu sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kepentingannya di dalam syarikat terbabit.“Dakwaan ini telah mendatangkan kecaman hebat daripada netizen di media sosial yang mempersoalkan apakah kepentingan atau pengaruh beliau sebagai menteri di dalam syarikat itu.“Adakah benar dakwaan tersebut? Beliau selaku pimpinan DAP seharusnya bertanggungjawab tentang apa yang dikatakan oleh para netizen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial yang mendakwa salah seorang daripada Lembaga Pengarah Syarikat One City adalah anak saudara kepada Teresa.
Bagaimanapun, Teresa telah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tidak mempunyai kaitan dengan projek tersebut.
Menurut Hamdan, perkara itu amat serius kerana membabitkan tohmahan dan tuduhan kepada pimpinan parti DAP terutamanya Teresa sebagai seorang menteri.
“Apa yang jelas dakwaan di media sosial bahawa Ini mengukuhkan lagi dakwaan tersebut bahawa Teresa juga mempunyai kepentingan tersendiri dengan syarikat itu.
“Teresa Kok harus segera membuat laporan polis tentang tular yang berada di media sosial ini,” katanya.
Jelas beliau, laporan polis perlu dilakukan bagi memudahkan pihak polis membuka kertas siasatan tentang punca kekecohan yang berlaku di dalam isu penempatan semula kuil tersebut.
“Isu yang tular juga mengatakan adakah benar pihak DAP telah membayar sejumlah wang kepada sekumpulan orang Melayu di dalam perkara ini. Jadi beliau juga harus membuat laporan polis tentang perkara ini dan siapakah yang telah membayar orang Melayu.
“Pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri dan pihak Polis juga bukan hanya perlu menyiasat beberapa peguam yang terlibat malahan juga perlu menyiasat siapakah lembaga pengarah syarikat tersebut,” katanya. (SH)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2018/12/teresa-kok-ada-kaitan-dengan-pemaju-one.html