Kami Tak Pernah Ditunjukkan Tiket Flight 380 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di Klia





Kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sejak pagi tadi dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).


Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.


Menurut seorang jemaah yang hanya mahu dikenali sebagai Adi, agensi pelancongan telah meminta semua jemaah di bawah kendaliannya untuk datang ke KLIA hari ini kerana penerbangan dijangka berlepas pada 4.30 petang, namun kemudiannya dimaklumkan telah ditangguh ke 7 malam.


"Semakan kami mendapati penerbangan terakhir ke Jeddah, Arab Saudi adalah pada kira-kira 6 petang tadi dan sehingga saat ini kami tidak dimaklumkan apa-apa oleh wakil agensi pelancongan," katanya.


Menurutnya, mengikut perancangan awal, mereka sepatutnya ke Jeddah pada Selasa lalu, namun ditangguhkan atas alasan ada dokumen yang masih tidak lengkap.


Beliau berkata, bakal jemaah juga tidak pernah ditunjukkan tiket penerbangan dan visa untuk menunaikan haji.


Seorang lagi jemaah yang dikenali sebagai Jamilah, 59, berkata, beliau reda dengan apa yang berlaku kepada dirinya dan suami, sambil menyifatkan ia sebagai ujian daripada Allah.


"Sehingga ke saat ini kami masih tidak mendapat pasport kami lagi kerana ia dipegang oleh pihak agensi pelancongan," katanya yang datang dari Terengganu dan telah membayar RM76,000 kepada agensi pelancongan untuk menunaikan haji bersama suaminya.


Jamilah berkata, kakitangan agensi pelancongan itu ada hadir bertemu dengan kumpulan mereka namun mereka tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai masalah itu.


"Kami tidak pernah ditunjukkan tiket kapal terbang dan visa tetapi kami meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada mereka, namun tak sangka kami juga menjadi mangsa penipuan," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman ketika dihubungi berkata, pihak polis masih merakamkan keterangan daripada pengendali agensi pelancongan tersebut.


Sumber: Bernama


source https://www.thereporter.my/2022/07/kami-tak-pernah-ditunjukkan-tiket.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/07/kami-tak-pernah-ditunjukkan-tiket.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Ditipu Agensi Hampir 400 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di Klia

Video Ditipu Agensi Hampir 400 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di Klia

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 271 hits
Kegembiraan dijemput menunaikan ibadah haji bertukar menjadi 8216 mimpi ngerl 8217 bagi 380 bakal jemaah haji Kesemua jemaah terkandas di aras 5 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas dipercayai 8216 ditlpu 8217 oleh sebuah ag
Hampir 400 Jemaah Haji Terkandas Di Klia Dipercayai Ditipu Agensi Pelancongan

Hampir 400 Jemaah Haji Terkandas Di Klia Dipercayai Ditipu Agensi Pelancongan

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 304 hits
SEPANG 8211 Kira kira 380 bakal jemaah haji berputih mata selepas terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini sejak pagi tadi dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan Mereka 160 yang berkumpul di Aras...
Hiburan Ditipu Sindiket Swasta 400 Jemaah Haji Visa Furada Terkandas Di Klia

Hiburan Ditipu Sindiket Swasta 400 Jemaah Haji Visa Furada Terkandas Di Klia

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 191 hits
Lapor lebih 400 jemaah Haji telah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berikutan gagal mendapat pelepasan untuk berlepas ke Jeddah Arab Saudi pada malam semalam Jemaah Haji itu diaporkan telah berdaftar dengan sebuah syar...
Jelang Puncak Ibadah Haji Bupati Ipuk Sambangi Jemaah Asal Banyuwangi

Jelang Puncak Ibadah Haji Bupati Ipuk Sambangi Jemaah Asal Banyuwangi

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 232 hits
Menjelang puncak ibadah haji di Arafah Bupati Banyuwangi Ipuk Fiestiandani menyempatkan untuk menjenguk para jemaah haji asal Banyuwangi di Hotel Arkan Bakkah 1 Mekkah Rabu
Lantunan Doa Jemaah Haji Di Puncak Jabal Nur

Lantunan Doa Jemaah Haji Di Puncak Jabal Nur

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 282 hits
Lantunan Doa Jemaah Haji di Puncak Jabal Nur Jabal Nur atau gunung yang bercahaya merupakan salah satu tempat yang istimewa bagi umat Islam Di bukit setinggi 642 meter itu terdapat Gua Hira gua tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu untuk ...
Pesan Ridwan Kamil Ke Jemaah Haji Kurangi Main Hp

Pesan Ridwan Kamil Ke Jemaah Haji Kurangi Main Hp

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 225 hits
Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil berpesan kepada para jemaah asal Jabar untuk fokus beribadah selama menjalankan haji Hal ini ditujukan agar ketika para jemaah pulang ke Tanah Air menjadi haji mabrur
Video Menag Yaqut Cholil Cek Persiapan Di Arafah Jajal Kasur Untuk Jemaah Haji

Video Menag Yaqut Cholil Cek Persiapan Di Arafah Jajal Kasur Untuk Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 305 hits
Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas meninjau persiapan tenda jemaah di Arafah Makkah Di tempat itu nantinya jemaah akan melaksanakan wukuf pada 9 Dzulhijjah atau 8 Juli
Suasana Perkemahan Jemaah Haji Di Mina

Suasana Perkemahan Jemaah Haji Di Mina

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 436 hits
Suasana Perkemahan Jemaah Haji di Mina Menjelang puncak ibadah haji yang ditandai dengan wukuf di Padang Arafah pada besok ribuan jemaah haji mulai bergerak meninggalkan hotelnya menuju tempat perkemahan yang telah disiapkan
Jelang Armuzna Jemaah Haji Diingatkan Kondisi Harus Sehat Dan Fit

Jelang Armuzna Jemaah Haji Diingatkan Kondisi Harus Sehat Dan Fit

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 204 hits
Naib Amirul Hajj Zainut Tauhid Sa adi dan rombongan bersilaturahmi dengan jemaah dari embarkasi Jakarta Bekasi yang tinggal di pemondokan sektor 5 area Misfalah Zainut mengaku senang karena jemaah puas dengan layanan yang diberikan Kementer...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Man City Bergaya Bedal Juventus

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual