Kami Sudah Biasa Kena Tengking Kakitangan Felcra Jawab Isu Video Viral


Felcra Bhd berkongsi beberapa klip video dan gambar di Twitter rasmi sebagai respons kepada klip video yang memaparkan ketua pegawai operasi (COO) menengking pekerja yang tular di media sosial.
Salah satu klip video yang dikongsi Felcra memaparkan seorang kakitangan wanita yang dipercayai merupakan individu yang ditinggikan suara oleh COO Felcra Khairi Makmur.
Wanita berkenaan berkata, “tengking” sudah menjadi perkara lumrah bagi pekerja industri perladangan.
“Sebenarnya, masa lawatan, dia jumpa buah muda lebih daripada buah yang masak. Itu menjadi salah satu isu dalam keadaan sekarang, apabila buah muda lebih banyak daripada yang masak, itu merupakan kerugian.
“Itu saja sebenarnya. Bagi orang ladang, cara pengajaran (seperti itu), itu lah yang sepatutnya, bagi orang luar yang tak faham akan cakap macam-macam, berdasarkan (kerana) mereka tak ada di situ, dan cara COO cakap tu.
“Bagi kami, seperti (termasuk saya) perempuan, tak ada masalah pun,” kata wanita itu dalam klip video berdurasi 81 saat.
Saya dimarahi COO FELCRA…#coofelcraberhad#reinventingfelcra#felcraberhad pic.twitter.com/ZIeZmHHNY1
— FELCRA Berhad (@felcrabhd) March 5, 2019

Wanita itu juga menjelaskan bahawa, Khairi meninggikan suara kerana mandur yang ditanya tentang penggunaan semula beg baja tersilap jawab.
“Mandur itu mungkin cemas ke apa, jadi dia cakap dia bakar (beg baja),” katanya.
Video itu dimuat naik pagi Selasa, sehari selepas klip video kejadian berkenaan dimuat naik pengguna Twitter @ladydarshankaur.
@ladydarshankaur memuat naik klip video itu dengan keterangan: “Akhlak seorang pemimpin yang baru 4 bulan dilantik menjadi Chief Operating Officer/Executive Officer Felcra Berhad. Inilah kualiti pemimpin lantikan Kerajaan Pakatan Harapan. Nilaikan sendiri.”
Dalam klip video yang berlatarkan sebuah ladang sawit itu, Khairi dilihat menjelaskan tentang penggunaan semula beg baja, sebelum meninggikan suaranya.
“Kamu semua nak ambil jalan mudah! Semua nak ikut orang! Orang cakap apa, ikut saja! Tak pernah nak lawan! Terangkan, bukan duduk ofis!” kata Khairi dengan nada menengking.
Dalam kiriman Twitter lain, Felcra berkata kejadian itu berlaku dalam sesi latihan di ladang sempena Siri Kembara di Felcra Berhad Projek Kampung Serambi, Pekan, Pahang, 2 Mac lalu.
Felcra turut berkongsi klip video lain dan beberapa gambar memaparkan Khairi dalam pakaian sama menjelaskan sesuatu kepada pekerja menggunakan papan putih.

Klip video itu disertai keterangan: “Sisi sebenar COO dalam siri kembara sehari di FELCRA Berhad Projek Kampung Serambi, Pekan, Pahang, Sabtu lepas (2 mac 2019) Namun pada hari yang sama, satu slot video semasa sesi latihan di lapangan telah viral”.
Siri kenyataan Twitter itu turut disertakan tanda #reinventingfelcra.
Felcra dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan ditubuhkan bagi membantu membangunkan kawasan pedalaman.
Akhlak seorang pemimpin yang baru 4 bulan dilantik menjadi Chief Operating Officer/Executive Officer Felcra Berhad.
Inilah kualiti pemimpin lantikan Kerajaan Pakatan Harapan.
Nilaikan sendiri. pic.twitter.com/aebySzqwjr
— lovelydarshan (@ladydarshankaur) March 5, 2019

Mengulas klip video itu, Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Dr Rais Yatim, turut mempersoalkan sikap COO Felcra itu.
“Inikah cara seorang COO berinteraksi dengan orang-orang ladang di Sg Batu Pahang baru-baru ini? Memalukan bangsa.
“Lembaga Felcra wajar beri amaran keras supaya dia belajar berbudi bahasa. Atau beri notis yang cukup untuk berhenti,” katanya melalui Twitter.
Sementara itu, beberapa warganet turut mempertahankan Khairi dan memuji pengetahuannya tentang industri perladangan.
“Dia marah ada sebab. Kalau korang jumpa orang-orang Felda ramai bermasalah dengan pegawai-pegawai ofis. Mereka duduk goyang kaki. Cukup bulan dapat gaji. Biar kena satu kali tengking. Rasa COO ni anak Felda juga, mesti nak yang terbaik,” kata pengguna Twitter @ai_hensemm.
“Jarang-jarang ada COO turun padang macam ini. Tengok gaya cakap banyak pengetahuan pasal sawit ni,” kata @S_rezza.
Sisi sebenar COO dalam siri kembara sehari di FELCRA Berhad Projek Kampung Serambi, Pekan, Pahang, Sabtu lepas (2 mac 2019) Namun pada hari yang sama, satu slot video semasa sesi latihan di lapangan telah viral #coofelcra #reinventingfelcra #felcraberhad pic.twitter.com/pYI5rX0evJ
— FELCRA Berhad (@felcrabhd) March 5, 2019



Sumber: cempedakcheese.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/kami-sudah-biasa-kena-tengking.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Kena Tengking Lumrah Kerja Ladang Kami Dah Biasa

Viral Kena Tengking Lumrah Kerja Ladang Kami Dah Biasa

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 418 hits
Felcra Bhd berkongsi beberapa klip video dan gambar di Twitter rasmi sebagai respons kepada klip video yang memaparkan ketua pegawai operasi menengking pekerja yang tular di media sosial Salah satu klip video yang dikongsi Felcra memaparkan...
Video Coo Baharu Felcra Tengking Staf Bawahan Tular

Video Coo Baharu Felcra Tengking Staf Bawahan Tular

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 562 hits
SATU video memaparkan seorang lelaki dipercayai Ketua Pegawai Operasi Felcra menengking staf bawahannya tular di media sosial sehingga menaikkan kemarahan orang ramai Antaranya bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Anina Saadu...
Enticing My Wife Viral Video Shows Man Beaten Up By Irate Husband

Enticing My Wife Viral Video Shows Man Beaten Up By Irate Husband

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 300 hits
PETALING JAYA A video clip of a man being beaten up allegedly by the husband of his lover has gone viral on social media The clip which is about two minutes 20 seconds long was posted on Monday and was said to have been filmed in front of a...
Lihat Najib Tanya Rafidah Aziz Isu Mindef Rafidah Aziz Kenapa Diam Kenapa Tak Jawab

Lihat Najib Tanya Rafidah Aziz Isu Mindef Rafidah Aziz Kenapa Diam Kenapa Tak Jawab

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 524 hits
Lihat Najib Tanya Rafidah Aziz Isu Mindef Rafidah Aziz Kenapa Diam Kenapa Tak Jawab
Media Jerman Tanya Isu Gay Menteri Pelancongan Jawab Tiada Seperti Itu Di Malaysia

Media Jerman Tanya Isu Gay Menteri Pelancongan Jawab Tiada Seperti Itu Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 310 hits
Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi percaya tiada golongan gay di Malaysia lapor badan penyiaran Jerman Deutsche Welle Mohamaddin berkata demikian bila ditanya pemberita di negara itu semalam sama ada golongan gay dialu al...
Maszlee Jawab Isu Sekolah Terlibat Pencemaran Kimia

Maszlee Jawab Isu Sekolah Terlibat Pencemaran Kimia

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 285 hits
Dr Maszlee Malik Kenyataan penuh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik Berkaitan dengan isu penutupan semula 2 sekolah di Pasir Gudang berikutan bencana pencemaran sisa kimia Pada 7 Mac atas syor Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah...
Nasib Coo Felcra Tengking Pekerja Ditentukan Esok

Nasib Coo Felcra Tengking Pekerja Ditentukan Esok

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 628 hits
COO Felcra Khairi Mahamor membuat penerangan pada sesi latihan di ladang sempena Siri Kembara di Felcra Berhad Projek Kampung Serambi Pekan Pahang pada 2 Mac lalu pix ihsan Felcra KUALA LUMPUR Nasib Ketua Pegawai Operasi Felcra Khairi Maham...
Marah Kakitangan Bukan Perkara Serius Pengerusi Felcra

Marah Kakitangan Bukan Perkara Serius Pengerusi Felcra

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi FELCRA Berhad Datuk Nageeb Wahab menyifatkan kejadian seorang pegawai kanannya yang dirakam memarahi kakitangan bukan sesuatu yang serius dalam usaha membuat perubahan dalam agensi itu Katanya Ketua Pegawai Operasi Mo...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense