Kami Ke Negeri Sembilan Indahnya Istana Lama Seri Menanti Nyamannya Menjamu Selera Di Kopi Buyau


assalamualaikum
selamat pagi Ahad 😀

yes pagi Ahad. kerana sekarang baru sahaja beralih hari kepada Ahad dan jam menunjukkan pukul 12.25 pagi. tidur sedikit lewat mlm ni sebab siang tadi tertidur di sofa lebih kurang 1 jam selepas Asar hu hu hu... maka, mata ni belum mengantuk. on netflix dan pilih filem hindustan, biar ia bising menemani saya mlm ni sehingga selesai publish entri trobek ni 😆

hari terakhir 2022, my beloved mr.Asben ajak kami jalan-jalan ke Negeri Sembilan. makan masak lemak cili padi. considering saya tak bercadang utk masak hari tu dek kerana kesihatan yang tak mengizinkan, "yes lah, jom jalan...". 
selesai makan tghari di Tampin, teruslah tayar kereta bergolek ke Kuala Pilah. on the way, dalam kereta saya tertidur! 😄 buka mata je da tiba dah di istana lama Seri Menanti

we were there 31.12.2022 💜

kami tiba di sana lebih kurang jam 3.00 petang. tak ramai orang. suasana amat baik, tak panas. everything just fine. selesa utk kami sekeluarga jalan-jalan di persekitaran dan di segenap inci istana lama ni. persekitaran amat bersih, terjaga dan terpelihara 👌.




nampak tak kami di jendela? 😄

nampak sgt kecil kami di situ 😀


kami 👆



tq mr.Asben yg gigih snap gambar-gambar kami dari tingkat bawah hingga atas sekali


Istana Lama Seri Menanti merupakan warisan kebangsaan.
ia telah didaftarkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada tahun 2009. pada saya ia memang patut diberikan pengiktirafan begitu kerana ia merupakan binaan  indah yang mengikut senibina masyarakat Minangkabau. ia diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an.  kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah  menjadi Muzium Diraja. perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992  bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan (LMNS).
istana ini unik kerana diperbuat daripada kayu tanpa sebarang paku. ia dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908. istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana ini

masuk di Muzium Diraja ini adalah percuma
daftarkan diri untuk rekod pengunjung

The Malaysia Book of Record
👉 the tallest timber palace 😍.
seriously, masuk istana lama ni, wajib melangkah dgn jiwa. jiwa melayu. jiwa bangga dgn senibina kemelayuan. betapa tingginya ilmu tukang zaman dahulu yang membina istana 3 tingkat ni dgn kemas tanpa sebarang paku. kayunya masih cantik dan utuh hingga kini. ada sisi-sisi istana lama ni yang sesuai ditunjukkan kepada anak-anak kerana ia adalah benda lama. selak pintu. selak tingkap. ia amat unik



serambi utama


dari tingkap, saujana mata memandang



di tingkat 1 istana lama ini ada dipamerkan maklumat-maklumat sejarah tentang kesultanan Negeri Sembilan. ambil masa untuk membaca. 
dari tingkap melihat kebelakang, kelihatan rumah kayu kecil
rumah kepada tukang yang membina istana lama ini, Tukang Kahar




sessi belajar bersama ayah 😊



mari naik ke tingkat 3, paling atas

tangganya amat kecil
dan curam

dari tingkat 3 boleh lihat lantai tingkat 1

Allahu, cantiknya pemandangan dari atas ni 😍

...hijau





mr.Asben turun terlebih dahulu
utk snap snap gambar kami berempat dari bawah

memang tak rugi walau selangkah bila kunjungi istana lama ni. bila bersama anak-anak, setiap langkah tu ada je ceritanya

"bilik Sultan kat mana?"
"ni bilik puteri kot..."

"istana ni cantik, kenapa buat istana lain?"
lebih kurang begitulah borak-borak kami anak-beranak 😄

ni di bahagian belakang
namun, tingkat atas di bahagian belakang tidak dibuka kepada pengunjung


di bawah tu terletaknya restoran Kopi Buyau
penat berjalan, lepas ni pekena coffee la, minum petang


Rumah Tradisional Tukang Kahar

istana ni siap dibina pada tahun 1908. pelan asal istana ini telah direka oleh dua orang tukang melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato’ Panglima Sultan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British

Tukang Kahar telah meninggal dunia pada usia 60 tahun. Rumah Tradisional Tukang Kahar ni dibina pada tahun 1880-an. rumah ni telah lama terbiar. pihak LMNS telah buka dan pasang semula rumah ni di sisi istana lama ni


gambar kenangan 💛

jelajah kami di istana lama ni jadik lama sebab byk bergambar 😄. dari bawah naik ke tingkat atas sekali, meletihkan juga. syukurlah ada Kopi Buyau untuk menghilangkan haus tekak ni




jika hadir awal, ada disediakan makan tengah hari juga




hazelnut latte
vanillah latte
hot chocolate 😍
cekodok bawang
cekodok pisang
dan akhir sekali lempeng kelapa cicah sambal ikan bilis

yes yes yes. agak lama juga kami sekeluarga spent masa coffee coffee. hari terakhir di tahun 2022, apa yg nak rushing. releks saje. kebetulan crowd di situ pada hari itu tidak ramai. tidak perlu makan laju-laju

kedai cenderahati.yes, ada juga. saya sempat la beli sekeping fridge magnet dan sehelai t-shirt utk Izzat sebagai kenangan. dalam kedai ni ada dijual barang-barang antik tau. so kpd peminatnya, please la datang dan dpt kan barang idaman anda. kejap saya tunjukkan 👇








permainan tradisional untuk hiburan.ada 3 permainan tradisional yang disediakan di sini. di ruang hadapan kedai cenderahati. congkak, boling padang dan baling selipar







memang kami join la main boling padang dan baling selipar. seronok! sempat si ayah ajar anak-anak main baling selipar, permainan kegemarannya dulu kala. memang kot, tu kan permainan lelaki. 
ada 2 replika binaan batu lama yang dipamerkan di luar istana lama 👇

Batu Kasur

replika pertama ni berdasarkan bentuk asal yang terdapat di Alam Minangkabau Sumatera Barat Indonesia. batu kasur ini merupakan tempat ujian bagi anak raja sebelum ditabalkan menjadi raja Negeri Sembilan

calon raja haru tidur semalaman di atas batu kasur ni yang dilapik dengan daun jelatang yang sgt gatal di samping beberapa gangguan lain. hanya calon yang bertahan dalam tempoh tertentu saje dianggap lulus ujian. Raja melewar telah lulus ujian dan seterusnya ditabalkan menjadi raja negeri Sembilan

Batu Bertikam

replika ni pula adalah contoh asal yang terdapat di Kecamantan (kampung) Lima Kanun Batu Sangkar, Sumatera Barat Indonesia. batu ni dikaitkan dengan bekas tikaman keris oleh Datuk Pepatih Nan Sebatang tanda sumpah setia perdamaian sebagai mengakhiri perselisihan faham dalam hal pemakaian Sistem Adat Koto Piliang yang dicetuskan oleh saudaranya Datuk Katumangguangan


alhamdulillah. sepetang kami berada di sini, cuaca amat baik hingga ke akhirnya. lebih kurang jam 6 petang, selesai tunaikan solat Asar di surau yg disediakan, kami gerak balik ke Melaka. meninggalkan istana lama nan indah ini. kami kenyang kerana minum petang di Kopi Buyau amat menarik, sedap-sedap belaka. hazelnut latte saya amat 👍


sepanjang perjalanan balik, melusuri kampung-kampung di Kuala Pilah, barulah saya dpt menikmati keindahannya. perjalanan datang tadi saya tidur, kesan ubat batuk dan ubat selsema. 
sepetang yang indah dan penuh makna
terima kasih Seri Menanti 😌


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adianiez.com/2023/01/istana-lama-seri-menanti-dan-kopi-buyau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Negeri Sembilan Kerjasama Bn Ph Patut Diteruskan Kata Pemimpin Umno

Di Negeri Sembilan Kerjasama Bn Ph Patut Diteruskan Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 155 hits
Kerjasama antara gabungan politik di peringkat negeri adalah untuk memudahkan pentadbiran dan pengurusan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat kata Jalaluddin Alias PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Jalaluddin Alias berpenda...
Negeri Sembilan State Assembly To Be Dissolved In May Or June

Negeri Sembilan State Assembly To Be Dissolved In May Or June

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 148 hits
Negeri Sembilan decided not to dissolve its state assembly and hold elections simultaneously with the 15th general election SEREMBAN Negeri Sembilan s state legislative assembly will be dissolved in either May or June to make way for the st...
Restoran Asz Seafood Western Senawang Negeri Sembilan

Restoran Asz Seafood Western Senawang Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 290 hits
Restoran ASZ Seafood WesternRestoran ASZ Seafood Western beralamat di LOT 1936 JALAN TJ 1 1 JALAN TUNKU JAAFAR INDUSTRI TUNKU JAAFAR 71450 Senawang Negeri Sembilan Ni kira port nak makan makanan ala thai la ada banyak menu masakan ala thai ...
After Melaka Negeri Sembilan Now Looks At Mask Mandate

After Melaka Negeri Sembilan Now Looks At Mask Mandate

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 177 hits
Currently face masks are only compulsory in health facilities and on public transport SEREMBAN The Negeri Sembilan state government could make the wearing of face masks compulsory again especially indoors should there be a drastic increase ...
All Eyes On Istana Seri Kinabalu Sabah Cm S Official Residence

All Eyes On Istana Seri Kinabalu Sabah Cm S Official Residence

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 116 hits
Istana Seri Kinabalu and the official residence of the chief minister at Sri Gaya are still the focus of media practitioners in Sabah as political turmoil drags on in the state Media practitioners were seen gathering as early as 9am at Ista...
Ph Yakin Mampu Menang Prn Selangor Negeri Sembilan P Pinang

Ph Yakin Mampu Menang Prn Selangor Negeri Sembilan P Pinang

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 155 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Pakatan Harapan yakin dapat terus mempertahankan Selangor Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dalam pilihan raya negeri tahun ini Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata peluang PH menawan ...
Sepi Hampir 2 Tahun Dek Isu Buli Kim Donghee Akan Kembali Berlakon Tak Lama Lagi

Sepi Hampir 2 Tahun Dek Isu Buli Kim Donghee Akan Kembali Berlakon Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 293 hits
Selepas hampir 2 tahun sepi pelakon Kim Dong hee akhirnya tampil menyapa peminat di laman Instagram ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 5 Januari Kim Dong hee telah berkongsi beberapa foto profil baru menerusi Instagram peribadinya tampil dengan...
Kasut Kesayangan Anak Tertanggal Tapak Ini Cara Nak Lekat Kasut Gam Lagi Tahan Lama

Kasut Kesayangan Anak Tertanggal Tapak Ini Cara Nak Lekat Kasut Gam Lagi Tahan Lama

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 172 hits
Rungsing ibu dibuatnya anak menangis bila kasut kesayangannya tertanggal tapaknya Nak dibelikan yang baru anak tetap mahukan kasut jenis sama Jangan terus dibuang kasut yang lama sebaiknya cuba gamkan dahulu tapaknya Masih boleh digunakan d...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life