Kami Bukan Najis Berpenyakit Nc Unisza


Oleh ROSALINDA MD SAID NOTIS yang ditampalkan di kaunter sebuah klinik di Kuala Terengganu, Terengganu yang memaklumkan mulai 4 hingga 18 Oktober ini, mana-mana kakitangan dan keluarga Unisza diminta mendapatkan rawatan di klinik kerajaan, susulan kes Covid-19 membabitkan petugas universiti itu. KUALA TERENGGANU: Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) terkilan dengan tindakan sebuah klinik panelnya yang tergamak mengeluarkan notis enggan memeriksa kakitangan universiti itu dan keluarga berikutan kes Covid-19 membabitkan salah seorang warganya baru-baru ini.Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, perbuatan pihak klinik mendiskriminasikan pelanggan seolah-olah menggambarkan warga Unisza dan keluarga adalah ‘najis dan berpenyakit’.
Katanya, perkara itu amat mengecewakan sedangkan individu yang disahkan Covid-19 itu bukan menerima jangkitan dari dalam kawasan universiti, sebaliknya semasa perjalanan atas urusan kerja rasmi.
“Dalam kegawatan mendepani penularan pandemik Covid-19, pelbagai cara dilakukan oleh kerajaan untuk mengekang wabak tersebut, namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri mengeluarkan notis demikian.
“Universiti memberi bunga dan haruman, namun tahi dan cemuhan yang dibalas seolah-olah warga Unisza adalah najis dan berpenyakit.
“Beginikah cara masyarakat membalas budi baik warga universiti? Amat tidak wajar dan mendukacitakan sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Notis yang ditampalkan di kaunter klinik itu memaklumkan mulai 4 hingga 18 Oktober ini, mana-mana kakitangan dan keluarga Unisza diminta mendapatkan rawatan di klinik kerajaan.
Menurut Hassan Basri, universiti merupakan gedung ilmu yang menghimpunkan para ilmuan, profesor, pensyarah, pentadbir di samping puluhan ribu penuntut dan tanggungjawab golongan berkenaan tidak hanya terperap di kampus, sebaliknya mempunyai keperluan untuk bersama-sama komuniti dalam aktiviti kemasyarakatan dan meringankan beban masyarakat.
Sehubungan itu, beliau berkata, sudah sampai masanya masyarakat dididik dengan kaedah baharu yang lebih mementingkan pendidikan agar mereka dapat saling menghormati para profesor, pensyarah dan pentadbir universiti. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/kami-bukan-najis-berpenyakit-nc-unisza.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kakitangan Positif Covid 19 Unisza Tutup Sementara

Kakitangan Positif Covid 19 Unisza Tutup Sementara

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 433 hits
Universiti Sultan Zainal Abidin ditutup sementara bagi membolehkan kerja kerja nyah kuman secara menyeluruh dilakukan susulan seorang kakitangannya disahkan positif Covid 19 Naib Canselornya Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan be...
Meski Najis Tanah Suci Makkah Juga Dipenuhi Anjing Liar

Meski Najis Tanah Suci Makkah Juga Dipenuhi Anjing Liar

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 480 hits
Islam mengingatkan kepada seluruh kaum muslimin untuk tidak terlalu berdekatan dan berinteraksi secara berlebihan dengan anjing Anjing juga menjadi salah satu hewan yang diharamkan dalam ajaran Islam Adalah Rasulullah sendiri yang memeintah...
Wanita Lumur Najis Pada Petugas Kesihatan Kerana Berang Suami Positif Covid19 Nak Dibawa Ke Hospital

Wanita Lumur Najis Pada Petugas Kesihatan Kerana Berang Suami Positif Covid19 Nak Dibawa Ke Hospital

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 335 hits
Tak puas hati dengan urusan rawatan suaminya seorang isteri tergamak melumurkan najis ke PPE yang dipakai petugas kesihatan Kompas com melaporkan isteri kepada pesakit Covid 19 itu melakukan perbuatan tersebut terhadap tiga orang petugas di...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan