Kami Balun Tanpa Belas Bekas Pekerja Majlis Perbandaran Insaf Lepas Anak Lahir Cacat Macam Anjing Yang Dibunuh
Korang pernah tak call majlis perbandaran dekat tempat korang sebab korang tengok banyak sangat anjing dan kucing jalanan berkeliaran
Mungkin lepas korang dengar cerita dari bekas pekerja majlis perbandaran ni, korang akan fikir dua kali sebelum buat panggilan. Kalau ada rasa berperikemanusiaanlah
Baru-baru ni, seorang lelaki yang pernah bekerja sebagai ahli majlis perbandaran membuat pengakuan bahawa anjing-anjing jalanan yang dorang tangkap telah dibunuh dengan kejam di Instagram yolopets_foundation
Menurut lelaki ini, dia bekerja di Bahagian Pengurusan Sisa Pepejal dan bertanggungjawab menangkap anjing dan kucing selepas mendapat laporan dari orang awam. Jom baca ceritanya…
Majlis ingin cut-cost tindakannya BUNUH
Gambar Hiasan
Bila ada orang lapor, aku dan team akan ke tapak lokasi, jerut dan tangkap anjing masuk lori. Aduan memang banyak dibuat oleh orang Melayu. Tapi aku buat keputusan berhenti kerja nie sebab macam-macam terjadi sejak aku kerja bunuh anjing nie
Memang Majlis beritahu anjing diPTS. Tapi kau orang pernah pantau bila Veterinar datang PTS anjing ditangkap nie. Mana NGO? Semua tidak ambil peduli. Jadi Majlis ingin cut-cost tindakannya BUNUH
Pernafasan anak aku macam anjing yang selalu aku jerut
Gambar Hiasan
Dalam 2 tahun aku kerja tangkap, pukul dan bunuh anjing. Macam-macam ujian yang aku terima. Semua bermula bila anak aku lahir cacat. Anak aku cacat. Aku sukar hendak terima. Keadaan penafasan anak aku macam anjing yang aku selalu jerut
Aku ikat dan gantung anjing nie sampai mati. Ada mata terkeluar. Ada kami pukul dengan kayu sampai mati. Anjing ini meronta tapi kami balun tanpa peri kemanusiaan. Aku hanya ikut arahan. Aku hanya bekerja makan gaji. Aku terpaksa walau tidak sampai hati
Tapi ia terjadi pada aku. Pada isteri aku. Isteri aku pengsan tengok keadaan anak kami. Leher anak kami ditebuk. Seksa ya Allah. Bunyi nya sama seperti nafas anjing yang aku bunuh.”
Anak anjing pun kami tidak benarkan hidup. Kami bunuh
Lapan bulan anak aku terseksa. 8 bulan aku dibalas atas semua ini
Tapi bila anak aku lahir cacat macam tue. Aku insaf. Aku sedar serta merta. Isteri aku pun suruh aku berhenti kerja nie. Zalim
Keadaan anak aku memang kritikal. 8 bulan dia terseksa. Cucuk sana sini. Tebuk sana sini di usia 2 bulan. Kau bayangkan. Mulut berbuih. Nafas berbunyi tersekat
Sebab aku ingat anak anjing pun kami tidak benarkan hidup. Kami bunuh. Walau 2 hari lahir. Aku memang insaf. Tuhan ambil anak aku lepas 8 bulan terseksa
Cukuplah kita tipu orang awam anjing hantar hutan
Selepas anak aku meninggal. Aku berhenti kerja. Aku tak mahu mencari rezeki macam ini. Cukuplah kita tipu orang awam anjing hantar hutan lah. Semua itu tipu belaka
Kepada kawan aku yang masih naik lori tangkap anjing, bertaubatlah. Berilah sumber duit yang halal pada keluarga dan anak-anak kita
Allahu, kejamnya tindakan pihak berkuasa ni. Admin harap kerajaan boleh buat something untuk stopkan benda ni. Bukan ke salah dari segi undang-undang? Kalau ya pun perlu dibunuh, kenapa kena buat secara kejam
Sumber: Lobakmerah.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sehinggit.blogspot.com/2019/12/kami-balun-tanpa-belas-bekas-pekerja.html