Keunikan X-Pro terletak pada sistem dwi-skrin. Skrin pertama pada panel belakang hanya sebesar 1.28-inci yang memaparkan tetapan seakan cebisan kotak filem analog. Sekiranya anda pernah menggunakan kamera analog, terdapat poket kecil untuk cebisan kotak bagi mengingatkan pengguna filem jenis apakah yang diletakkan di dalam kamera. Pengguna boleh memilih untuk memaparkan maklumat seperti ISO dan mod gambar seakan filem analog Fujifilm pada skrin mini ini. Antara mod filem analog yang boleh dipilih ialah Provia, Acros, Eterna, dan Velvia.
Panel belakang ini boleh dibuka 180 darjah ke bawah bagi mendedahkan skrin sebesar 3-inci LCD untuk kegunaan rakaman video misalnya. Fujifilm menyertakan dwi-skrin LCD pada X-Pro3 kerana menyedari majoriti pengguna X-Pro2 lebih gemar menggunakan viewfinder dan skrin besar pada bahagian belakang adalah mengganggu proses mengambil gambar. Bercakap mengenai viewfinder, X-Pro3 hadir dengan EVF OLED dengan 3.69 juta titik dan keterangan 1500 nits.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |