Oppo Reno2 Telefon Pintar Dengan Rekaan 5x Zum Hibrid 20x Zum Digital Setanding Dengan Peranti Mercu Lain


Jenama OPPO kini sudah tidak asing lagi dalam kalangan pengguna telefon pintar pada masa kini. Terdapat banyak siri peranti yang telah dilancarkan oleh jenama tersebut. Antara peranti yang telah dilancarkan adalah telefon pintar OPPO Reno2. Menarik pada telefon pintar OPPO Reno2 adalah ia menampilkan sistem kamera yang baik.

Bukan itu sahaja, OPPO Reno2 juga hadir dengan pelbagai mod rakaman yang unik dan menarik termasuk 5x zum hibrid, 20x zum digital, Ultra Steady Mode dan Ultra Dark Mode. Selari dengan trend masa kini, ramai pengguna gemar merakam video pendek yang mana ia memerlukan kestabilan maksima sewaktu rakaman. Dengan adanya mod-mod berkenaan, ia menjadikan faktor utama untuk anda mendapatkan OPPO Reno2.
Kuad Kamera Utama 48-Megapixel
OPPO terkenal dengan peranti dengan kemampuan kamera yang baik. Jadi pada OPPO Reno2 ini, OPPO masih mengekalkan kemampuan kamera baik dengan banyak penambahbaikan. OPPO Reno2 mempunyai kombinasi kamera quad yang mengagumkan, memaparkan lensa utama ultra jelas 48-megapixel + lensa sudut lebar 8-megapixel + lensa telefoto 13-megapixel + lensa mono 2-megapixel. Dengan penggunaan sistem kamera yang baik, ia bukan sahaja menyokong rakaman gambar dan video yang baik malah ia juga menyertakan pelbagai fungsi dan mod yang sesuai dalam mendapatkan hasil gambar yang jelas dan cantik dalam pelbagai keadaan pencahayaan.
Untuk rakaman video, fungsi yang disertakan pada peranti OPPO Reno2 adalah rakaman Ultra Steady Mode, video dengan kesan bokeh, fungsi zum hibrid 5X dan fungsi zum audio. 
Zum hibrid 5x dan digital sehingga 20X Dalam Video Dan Gambar

Bukan itu sahaja, OPPO Reno2 juga hadir dengan ciri zum hibrid 5X sehingga zum digital 20X yang mana anda boleh merakam landskap jauh. Ia hadir dengan lensa sudut lebar dan lensa telefoto. Walau bagaimanapun, untuk rakaman video ia tidak menyokong tetapan rakaman 1080p 60fps tetapi masih boleh menggunakan kamera utama untuk rakaman 1080p 60fps.
Beralih ke sokongan mod untuk fotografi pula, OPPO Reno2 memfokuskan kepada penghasilan gambar yang lebih jelas, cantik dan berkualiti. Jadi, antara mod fotografi yang diperkenalkan termasuk Ultra Dark Mode dan teknologi zum hibrid 5X dan zum digital 20X.

OPPO Reno2 juga menawarkan teknologi zum hibrid 5X yang menyediakan gabungan lensa utama, lensa zum, lensa sudut lebar dan lensa telefoto dengan panjang fokus bersamaan 16mm, 26mm dan 83mm. Selain itu, Ia juga menggunakan teknologi gabungan imej untuk memastikan peralihan zum lebih halus dan lancar. Ini bermakna ia akan menghasilkan rakaman gambar yang berkualiti tinggi untuk jarak jauh.
Ultra Steady Mode

Menerusi teknologi penstabilan yang digunakan pada telefon pintar ini, ia dapat meningkatkan kestabilan rakaman video. Mod rakaman video Ultra Steady yang menstabilkan video ketika merakan aksi lasak seperti joging, bermain ski atau berbasikal. Untuk mendapatkan kestabilan yang maksima, peranti ini dilengkapi dengan Electronic Image Stabilization (EIS) dan Optical Image Stabilization (OIS), yang memberikan hasil video dengan lebih jelas dan stabil pada kadar bingkai 60fps. Dengan ini, ia membolehkan anda merakamkan video pada hasil yang sangat lancar tanpa gegaran yang tinggi sekaligus menjadikan hasil rakaman video secara keseluruhan pada peranti OPPO Reno2 lebih cantik.
Video Kesan Bokeh

Selain teknologi penstabilan, OPPO Reno2 turut menyertakan ciri rakaman video dengan kesan bokeh. Video bokeh ini boleh dirakam melalui kedua-dua kamera swafoto dan kamera belakang yang mana boleh menjadikan kesan kabur pada latar belakang video. Kesan kabur ini dilihat dapat menghasilkan rakaman video yang boleh dikatakan setanding kamera professional kerana ia dapat menyerlahkan objek yang dipilih selain mewujudkan hasil kedalaman yang lebih baik ketika menangkap landskap dan pemandangan.
Ultra Dark Mode

Untuk rakaman gambar, telefon pintar ini membawakan Ultra Dark Mode yang memudahkan penembakan dalam keadaan cahaya yang rendah. Hal ini kerana, menerusi teknologi NPU ia dapat merakam butiran yang tidak dapat dilihat secara mata kasar. Sebagai contoh, jika tahap cahaya yang ada pada keadaan sekeliling adalah di bawah 5 lux, teknologi kecerdasan buatan (AI) yang disertakan di dalam kamera akan mencerahkan gambar tanpa menghasilkan kesan hingar pada gambar.
Penawaran Skrin Yang Jelas
Oppo Reno mempunyai skrin yang cantik dan memuaskan. Peranti ini menggunakan panel skrin AMOLED yang menawarkan skrin yang dapat dilihat dengan jelas di bawah sinar matahari. Untuk spesifikasi skrin, ia hadir dengan saiz paparan 6.5-inci selain menawarkan kecerahan yang mencukupi walaupun dalam persekitaran luaran yang terang dengan meningkatkan jangka hayat skrin sebanyak 50% dan mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 6%. Bukan itu sahaja, ia juga menampilkan warna panel skrin ini sungguh tajam dan jelas. Dengan ini, anda dapat melihat butiran pada panel skrin dengan baik tambah lagi sewaktu menonton video.
Sewaktu penggunaan waktu malam pula, OPPO telah meningkatkan lagi pengalaman pengguna dengan menyertakan penapisan cahaya biru untuk melindungi mata pengguna yang mana ia membawakan penurunan sebanyak 37.5% cahaya biru. Oleh itu, ia dapat memberikan keselesaan sewaktu menggunakan peranti pada keadaan pencahayaan gelap sekaligus dapat mengurangkan kerosakan mata apabila menggunakan peranti terlalu kerap dan lama.
Menariknya, OPPO Reno2 adalah telefon pintar pertama yang diiktiraf dengan pensijilan paparan penjagaan penuh dari TUV Rehinland yang kini merupakan peranti dengan spesifikasi tertinggi untuk paparan mudah alih.
Prestasi Peranti Yang Mengagumkan
Dari segi prestasi penggunaan peranti, OPPO Reno2 menyertakan spesifikasi premium untuk peranti kelas pertengahan. Ia dilengkapi memori sehingga 8GB RAM dan dipadankan dengan storan dalaman sebesar 256GB. Melengkapkan peranti adalah jaan cip pemprosesan Snapdragon 730G. Dengan penyertaan cip ini, ia memberikan pengalaman penggunaan yang baik selain memberikan kelancaran sewaktu mengendalikan peranti.
Oppo Reno2 menggunakan bateri sebesar 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 20W menerusi port USB-C. Dari segi masa pengecasannya, peranti ini turut dibekalkan dengan pengecas VOOC 3.0 secara tersedia, dengan masa pengecasan peranti sekitar 1 jam 21 minit. Seterusnya, OPPO Reno2 turut menyediakan fungsi pengoptimasian Hyperboost 2.0 yang membolehkan pengguna mendapatkan prestasi permainan yang lebih pantas, disamping dapat mengoptimasikan penggunaan bateri.
Kesimpulan
Oppo Reno 2 ini hadir dengan spesifikasi dalaman yang cukup baik iaitu paparan skrin 6.5-inci FHD+ OLED dengan pengimbas cap jari bawah skrin, dijana cip Snapdragon 730G, memori sebesar 8GB RAM dan storan sebesar 256GB. Untuk spesifikasi kamera pula, ia membawakan kamera utama 48+13+8+2-megapixel manakala kamera swafoto pula sebesar 16-megapixel yang membawakan rekaan sirip jerung. Catur-kamera utama menyokong lensa ultra sudut lebar, lensa telefoto dan sensor mono dan telefoto.
Di Malaysia, telefon pintar ditawarkan dengan dua pilihan warna, iaitu warna Luminious Black dan Sunset Pink. Bagi anda yang berminat, pra-tempahan kini dibuka sehingga 25 Oktober di setiap kedai konsep, pengedar rasmi OPPO atau di kedai atas talian OPPO. Peranti ini juga boleh didapati di platform edagang Lazada atau Shopee, kedai telekomunikasi termasuk Celcom, Digi, Maxis dan rakan OPPO Chainstore seperti Senheng, senQ, DirectD dan ThunderMatch. 
Untuk pelanggan yang melakukan pra-tempahan peranti, anda boleh menerima waranti perlindungan skrin dari OPPO selama satu tahun dan beg eksklusif OPPO Reno dengan harga bernilai RM318. Untuk mendapatkan OPPO Reno2 , ia akan mula ditawarkan kepada umum pada 26 Oktober kelak.
OPPO akan mengadakan jerayawara (Roadshow) OPPO di Sunway Pyramid pada 26 Oktober 2019 ini, dimana setiap pembelian OPPO Reno 2 akan disertakan bersama hadiah bernilai RM1067. Jadi, setiap pembelian Reno 2 pada hari jerayawara ini berjalan, pelanggan berpeluang untuk menerima powerbank OPPO VOOC bernilai RM269, OPPO Enco Q1 Wireless Noise Cancelling Headphones yang bernilai RM599 dan bag eksklusif OPPO Reno bernilai RM199. Pelanggan yang terawal juga berpeluang untuk menerima bubble tea KOI secara percuma.
Layari: Laman Rasmi OPPO Malaysia
Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/10/oppo-reno2-telefon-pintar-dengan-rekaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peranti Android Masih Menguasai Pasaran Telefon Pintar Di Malaysia

Peranti Android Masih Menguasai Pasaran Telefon Pintar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 207 hits
Reading Time 1 minutePeranti Android juga menguasai pasaran di Indonesia Jepun Perancis dan Korea Selatan Menurut data dari pihak Device Atlas setakat suku ke 2 tahun 2019 peranti Android masih menguasai pasaran peranti pintar di Malaysia b...
Pandang Pertama Oppo Reno2 Peranti Sirip Jerung Kembali Dengan Lebih Kuasa

Pandang Pertama Oppo Reno2 Peranti Sirip Jerung Kembali Dengan Lebih Kuasa

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 306 hits
Oppo Reno2 adalah peranti terbaru dalam siri Reno Siri Reno adalah siri yang mempopularkan rekaan kamera pop naik sirip jerung dan dijual pada harga yang agak premium Ia berada dalam kelas pertengahan tetapi mempunyai ciri dan fungsi seakan...
Inginkan Gambar Mod Gelap Dan Video Berkualiti Setanding Neelofa Oppo Reno2 Series Ada Jawapannya

Inginkan Gambar Mod Gelap Dan Video Berkualiti Setanding Neelofa Oppo Reno2 Series Ada Jawapannya

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 261 hits
Selain daripada gambar yang berkualiti yang anda ingin simpan sebagai memori video juga tidak kurang hebatnya Apatah lagi dengan rakaman video anda The post appeared first on
Redmi Note 8 Pro Telefon Pintar Dengan Rekaan Kuad Kamera 64mp Pertama Di Malaysia

Redmi Note 8 Pro Telefon Pintar Dengan Rekaan Kuad Kamera 64mp Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 633 hits
Redmi Note 8 Pro merupakan sebuah telefon pintar yang terbaru daripada Xiaomi Peranti ini merupakan telefon pintar pertama di dunia yang hadir dengan lensa kamera 64MP Ia telah pun dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM109...
Pembangunan Telefon Pintar Red Hydrogen Dihentikan

Pembangunan Telefon Pintar Red Hydrogen Dihentikan

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 161 hits
Dua tahun yang lalu pembangun kamera RED melancarkan telefon pintar mereka Hydrogen dengan sasaran memberikan kemampuan videografi terbaik pada peranti mudah alih Pelbagai masalah dialami projek ini sehingga ia mengalami kelewatan yang kron...
Anak Suka Main Telefon Pintar Jom Gantikan Kepada Ebook Ku

Anak Suka Main Telefon Pintar Jom Gantikan Kepada Ebook Ku

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 433 hits
Orang dewasa pada hari ini memang tidak boleh lari dari menggunakan telefon bimbit tak kira dimana jua termasuk di depan anak anak seawal dua tahun Bilamana anak yang baru nak pandai berjalan atau baru nak belajar pegang barang selalu melih...
Htc Exodus 1s Dilancarkan Telefon Pintar Rantaian Blok Kelas Permulaan

Htc Exodus 1s Dilancarkan Telefon Pintar Rantaian Blok Kelas Permulaan

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 322 hits
Tahun lalu dilancarkan sebagai telefon pintar rantaian blok pertama keluaran pengeluar yang berpangkalan dari Taiwan Pengguna boleh menguruskan kriptowang yang dimiliki terus dari peranti dengan sistem keselamatan yang tinggi Semalam HTC Ex...
Pemilik Iphone 5 Mesti Kemaskini Peranti Untuk Terus Gunakan App Store Icloud Dan Aplikasi Lain

Pemilik Iphone 5 Mesti Kemaskini Peranti Untuk Terus Gunakan App Store Icloud Dan Aplikasi Lain

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 254 hits
Reading Time 1 minuteSudah menginjak usia 7 tahun setelah diperkenalkan 2012 yang lalu iPhone 5 masih setia digunakan beberapa pengguna hingga kini Bagi memastikan pengalaman penggunaan iPhone 5 tidak terganggu Apple telah mengeluarkan amar...
Dxomark Kini Menguji Kemampuan Audio Telefon Pintar Huawei Mate 20 X Di Tangga Teratas

Dxomark Kini Menguji Kemampuan Audio Telefon Pintar Huawei Mate 20 X Di Tangga Teratas

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 224 hits
DXOMark terkenal sebagai laman yang menguji kemampuan kamera pada telefon mudah alih Bagi kebanyakan pengguna ini memudahkan proses pemilihan peranti di pasaran Kini mereka juga memulakan ujian kemampuan audio telefon telefon pintar di pasa...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord