Kaledoscope 7 Gendang Sedunia


KALEDOSCOPE 7 GENDANG SEDUNIA | Assalammualaikum semua! Sudah lama kita tidak menonton persembahan seni yang menampilkan pertukaran budaya dari beberapa negara. Keunikan pertukaran budaya ini akan lebih jelas kita faham melalui persembahan dan peralatan muzik yang digunakan. Kaleidoscope 7 mempersembahkan keunikan Gendang Sedunia ke Malaysia! 
Alami kehebatan kuasa alat muzik percussion di Kaleidoscope VII: HANDS Intenational Drumming Festival yang bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur pada 19 dan 20 Oktober ini. Di bawah tema Gendang Sedunia, acara gemilang ini akan menggabungkan pemain dram dari tiga negara yang mempersembahkan kepelbagaian irama bertenaga yang bakal menyatukan kita semua. 

Sejak diperkenalkan pada 2009, Kaleidoscope telah menghimpunkan pemain percussion bertaraf dunia dari lebih 13 negara untuk memberikan kepelbagaian ekspresi budaya kepada rakyat Malaysia. Tradisi ini diteruskan untuk tahun 2024 dengan penampilan kumpulan terkenal dari China dan Indonesia. Dengan lebih seratus penghibur, ekstravaganza berdurasi dua jam ini akan membawa penonton merentasi sempadan dari tempat duduk mereka. 
SIMFONI KEPELBAGAIAN BUDAYAPemain-pemain percussion terkenal yang didatangkan khas dari seluruh dunia dan akan mempersembahkan kepelbagaian tradisi muzik mereka di Kaleidoscope VII. 


Kumpulan Gendang Chongdaoyuan Jiangzhou dari China, sebuah unit warisan budaya terpelihara terkenal negara tersebut, akan menambat hati penonton tempatan dengan alat percussion tradisional mereka yang unik, bakal membawa para pendengar ke dunia melodi masa silam. 




Gamelan Yuganada dari Indonesia, diketuai oleh komposer I Wayan Sudirana, akan mempesonakan pendengar dengan kehalusan bunyi gamelan Bali. Persembahan "Pesu Mulih" mereka bakal mengalunkan perincian irama dan keharmonian muzik tradisional ini. Lagu ini merangkumi falsafah gamelan Bali iaitu keseimbangan asimetri, di mana kuasa-kuasa yang bertentangan digabungkan untuk mewujudkan keharmonian. 
IRAMA TEMPATAN DI PENTAS DUNIA

Kumpulan percussion Malaysia sendiri juga akan memeriahkan pentas acara ini dengan mempamerkan bakat mereka yang tersendiri. Hands Percussion akan memecah sempadan percussion dengan komposisi asal yang inovatif bertajuk "Re-percussion." Karya hebat ini memberi perspektif baharu pada signatur kumpulan ini dengan elemen percussion yang dibina semula dengan rujukan kepada asas ekspresi irama. 

Rhythm in Bronze, ensembel gamelan kontemporari Malaysia yang telah banyak meraih anugerah, akan memikat hati penonton dengan persembahan "Samudra Vasane" dan "Suntuk Masa” yang bertenaga. Ia akan menggamit pendengar untuk merenung sejenak akan keindahan alam semula jadi dan peredaran masa. 

Lagi citarasa tempatan, Sri Maayakarar akan menyemarakkan pentas dengan persembahan Urumi Melam yang bertenaga, menggabungkan irama Tamil lama dengan rentak moden. 

Persembahan kumpulan dan artis tempatan yang lain juga akan memeriahkan pentas acara dengan gaya muzik mereka yang memukau dan tersendiri. Antaranya, Akademi Ajurnasukma, San Percussion, Dhiya Suhaili, dan Leslie Ali. 

KEMERIAHAN SAMBUTAN IRAMA SEDUNIA
Kaleidoscope VII bukan sekadar konsert; ia turut meraikan perpaduan dalam kepelbagaian. Dengan menghimpunkan pemain dram dari budaya dan latar belakang yang berbeza, festival ini membuktikan bahawa bahasa muzik itu adalah universal dan kuasa luar biasa irama yang mampu menyatukan manusia dari segenap lapisan masyarakat. 

Jadual Persembahan: 

- 19 Okt (Sabtu) 8 malam 
- 20 Okt (Ahad) 11:30 pagi & 4:30 petang 

Jom ke KALEDOSCOPE 7 GENDANG SEDUNIA di Zepp Kuala Lumpur untuk pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan. Untuk tiket, sila layari Cloudjoi.com atau klik "HANDS INTERNATIONAL DRUMMING FESTIVAL - KALEIDOSCOPE 7 GENDANG SEDUNIA." 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2024/10/kaledoscope-7-gendang-sedunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memperingati Hari Pelancongan Sedunia 2024

Memperingati Hari Pelancongan Sedunia 2024

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 284 hits
Hi Korang Negeri Selangor menyambut Hari Pelancongan Sedunia 2024 dengan mengetengahkan tema pada tahun ini Pelancongan dan Keamanan melalui dua tonggak penting kemampanan dalam pelancongan dan pemerkasaan komuniti Bidang tumpuan yang strat...
Boh Dan Trcrc Anjur Bengkel Caring For Our Forest Bersempena Hari Habitat Sedunia 2024

Boh Dan Trcrc Anjur Bengkel Caring For Our Forest Bersempena Hari Habitat Sedunia 2024

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 448 hits
BOH DAN TRCRC ANJUR BENGKEL CARING FOR OUR FOREST BERSEMPENA HARI HABITAT SEDUNIA 2024 Assalammualaikum semua Hujung minggu lalu pada 5 Oktober 2024 Ruby sekeluarga menyertai program bermanfaat anjuran BOH Plantations Sdn Bhd dan Tropical R...
Pemilihan Bersatu Dedah Wujud Kem Tidak Sebulu Muhyiddin

Building An Inclusive Economy

Isu Ruu Mufti Wilayah

Pemuda Merangkak Belajar Solat Undang Sebak Dia Telah Buka Jalan Ke Pintu Syurga

Gisbh No Proof Of Links To Political Leaders Home Ministry Says

Stroke Survivors Terus Dapat Preskripsi Benzodiazepin Yang Membimbangkan

Budget 2025 Looking Beyond The Material World

Adik Mak Lampir Jadi Penjamin Aliff Aziz


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Di Hatiku Ada Kamu Viu Malaysia

5 Jenis Bantuan Sosial 100 Percuma Yang Disediakan Negara Luar

10 Fakta Biodata Pelakon Fattah Amin Bekas Suami Fazura Penyanyi Lagu Wanita Terakhir Juara Hero Remaja 2011 2012

10 Fakta Biodata Pelakon Fazura Bekas Isteri Fattah Amin Foto Dulu Sekarang

ABPBH 2024 Keputusan Pemenang Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 Siaran Live Di TV3 Tonton 11 Oktober


Lirik Lagu Lemah Dayang Nurfaizah

Anwar Mesti Beri Respon Terhadap Dakwaan Shamsul

Arghpiez Tentang Dia Chord

Apa Itu Tepung Sagu Kegunaan Dan Manfaatnya Pada Kesihatan

Yogurt Farm Fresh Sedap

First Look The 2025 Ktm Freeride E Electric Dirt Bike