Kalaulah Bella Hidup Di Zaman Nabi Sejarah Islam Buktikan Golongan Oku Dapat Pembelaan Sewajarnya



Kalaulah Bella Hidup Di Zaman Nabi! Sejarah Islam Buktikan Golongan OKU Dapat Pembelaan Sewajarnya
SELURUH negara ketika ini mengikuti rapat kisah menyayat hati yang menimpa seorang kanak-kanak Down Syndrome dijumpai dalam keadaan kusut, lebam, luka bernanah serta kulit badan melecur.
Meskipun anak kelainan upaya ini hanya menjawab ringkas setiap persoalan yang diajukan kepadanya, namun daripada raut wajah muramnya jelas dapat kita rasai jiwanya meronta-ronta meminta pertolongan.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, dalam perbahasan fiqh, insan istimewa di sisi Allah seperti adik Bella adalah anak syurga yang dikategorikan sebagai bukan mukallaf, iaitu seorang yang tiada pertanggungjawaban syariat ke atas dirinya
Jelas Luqman, Nabi Muhammad SAW menganjurkan umatnya untuk menyantuni setiap lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan taraf kemampuan sama ada golongan yang sempurna akal fikiran mahupun orang kelainan upaya (OKU).
Golongan yang kuat dan sihat seharusnya menyokong dan menyayangi insan lemah dan kurang sempurna. Hal ini dijelaskan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir RA dan Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Perumpamaan orang mukmin dalam sikap saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama tubuh. Jika satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah tidur atau merasakan demam. [Riwayat Muslim]
“Hadis di atas menekankan kepentingan untuk menjaga hak sesama manusia dan saling bantu membantu jika sebahagian mereka menghadapi kesukaran atau dizalimi. Selain itu juga setiap individu di dalam kelompok masyarakat bertanggungjawab dalam menerapkan sikap berbuat baik antara satu sama lain,” katanya.

Keadaan fizikal Bella yang menyayat hati selepas dibawa ke hospital.
Dalam pada itu, Luqman berkata, kelainan upaya semula jadi yang ditakdirkan Allah SWT ke atas sebahagian hamba-hamba-Nya sama sekali tidak menjadi pembeza aras, taraf dan darjat antara manusia.
Seorang yang sihat dan kuat tidak menjadikan dirinya lebih mulia daripada individu yang lemah dan sakit. Yang paling mulia di sisi Allah adalah hambanya yang paling bertakwa. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” [Surah al-Hujurat (13)]
“Golongan kelainan upaya ini berhak untuk mendapatkan hak seperti insan lain termasuk kehidupan yang aman, kehormatan dan juga pendidikan. Hak-hak Mereka tidak sepatutnya diabaikan dan dizalimi apatah lagi didera serta dijadikan hamba suruhan,” katanya.
Teladan daripada Rasulullah SAW dan Sahabat Baginda Sejarah Islam kata Luqman membuktikan bahawa golongan kelainan upaya mendapat pembelaan sewajarnya dan diberi kedudukan yang sama seperti golongan biasa.
Perkara ini jelasnya dapat dilihat bagaimana Rasulullah SAW yang tinggi pekerti dan akhlaknya berinteraksi dengan golongan ini sehingga dirasakan diri mereka dalam kedudukan yang mulia.
Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Julaibib RA ialah seorang kelainan upaya yang sangat disayangi Nabi SAW. Julaibib RA dikatakan mempunyai saiz fizikal yang kerdil, tidak mempunyai rupa paras yang elok, tiada harta dan keluarga namun seorang periang dan suka bergurau senda.
Nabi SAW menganggap Julaibib RA seperti sebahagian daripada diri Baginda sendiri sehingga Baginda SAW berusaha mencari jodoh yang terbaik buat beliau.
Julaibib kemudiannya dikatakan menyertai perang bersama Rasulullah SAW dan syahid di saat sebahagian sahabat tidak menyedarinya kecuali Rasulullah SAW dan baginda bersabda “Aku telah kehilangan Julaibib”. Jasad Julaibib ditemui bersama tujuh mayat Musyrikin yang dibunuhnya dan Rasulullah SAW bersabda lagi; “Dia sebahagian daripada diriku dan aku sebahagian daripada dirinya”.
Terdapat kisah lain yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya perihal mengenai Abdullah bin Mas’ud RA yang dikenali sebagai seorang sahabat Nabi yang mempunyai saiz fizikal yang kecil dan lemah ketika Ibn Mas’ud memanjat sebatang pokok, Rasulullah SAW melihat sebahagian sahabat Baginda yang ketawa apabila melihat kaki Ibn Mas’ud yang kecil.
Lantas Rasulullah SAW bersabda; “Apa yang membuatkan kamu ketawa ? Sesungguhnya kaki Ibn Mas’ud lebih berat di atas timbangan amal berbanding Bukit Uhud.
Dosa Besar Menyakiti Golongan Kelainan Upaya Hukum menyakiti golongan ini adalah jelas dilarang dan dilaknat oleh Allah SWT, sepertimana sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Adalah dilaknat orang yang memesongkan orang buta dari jalan laluannya” [Riwayat Ahmad]
Al-San’ani mengatakan bahawa hadis ini sebagai pedoman buat umat Islam supaya membantu orang kelainan upaya dalam apa jua bentuk supaya mereka boleh menjalani kehidupan seperti orang lain.
“Islam jelas membuktikan bahawa golongan lemah seperti OKU ini mempunyai tempat yang istimewa di sisi Rasulullah dan para sahabat sehinggakan mengabaikan hak mereka walaupun sedikit merupakan satu sikap dan perbuatan yang zalim dan mengundang kemurkaan Allah.
“Apatah lagi perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dengan mencederakan fizikal golongan yang lemah dan kurang upaya, bahkan perbuatan ini pastinya memberi kesan yang amat negatif terhadap emosi dan mental mereka. Jelas perbuatan ini satu dosa besar yang ditanggung di atas bahu si pelaku yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Justeru kata Luqman, peristiwa yang berlaku kepada adik Bella sama ada pengabaian atau penganiayaan fizikal dan mental oleh pihak tidak bertanggungjawab ternyata keluar daripada batas kemanusiaan yang mencerminkan keruntuhan akhlak serta krisis kerohanian masyarakat pada hari ini.
Kalaulah Bella Hidup Di Zaman Nabi! Sejarah Islam Buktikan Golongan OKU Dapat Pembelaan Sewajarnya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
‘Kami Ni Melompat Untuk Rakyat, Bah!’ – Mohammadin Ketapi Bagi Anju peluang jadi ustazah ye.. Geram kereta laju jalan kampung, lelaki ‘tembak’ speed trap kasi gempaq (Video) Ramai terciduk beli saham Serba Dinamik Debat Najib-Anwar, bukan soal kalah menang, tetapi pilihan rakyat Ramai termakan janji PH hapuskan hutang PTPTN: Asyraf Wajdi Gagal selesai masalah air, Pas Kelantan fitnah UMNO 30 tahun masalah air, rakyat Kelantan terpaksa guna telaga Adakah Pua bakal ikut jejak Ong tak tanding PRU15? ‘BN Biarlah Dengan BNnya’ – Ahmad Shabery Paksa KM letak jawatan tohmahan tidak berasas – Ab Rauf Fenomena langit berwarna merah resahkan penduduk bandar di China Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

The post Kalaulah Bella Hidup Di Zaman Nabi! Sejarah Islam Buktikan Golongan OKU Dapat Pembelaan Sewajarnya appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/11/kalaulah-bella-hidup-di-zaman-nabi-sejarah-islam-buktikan-golongan-oku-dapat-pembelaan-sewajarnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Seperti Hidup Zaman 90 An Bapa Luah Rasa Kecewa Saudara Tergamak Bagi Anaknya Duit Raya Rm3 Je

Rasa Seperti Hidup Zaman 90 An Bapa Luah Rasa Kecewa Saudara Tergamak Bagi Anaknya Duit Raya Rm3 Je

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 291 hits
nbsp Di sebalik kemeriahan menyambut Aidilfitri terdapat segelintir individu yang tidak tahu bersyukur dengan mempertikaikan nilai duit raya Baru baru ini viral di laman sosial apabila seorang pengguna Twitter berkongsi tangkap layar postin...
Fosil Buaya Zaman Purba Yang Hidup 7 Juta Tahun Lalu Ditemukan Di Peru

Fosil Buaya Zaman Purba Yang Hidup 7 Juta Tahun Lalu Ditemukan Di Peru

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 362 hits
Peneliti di Peru menemukan fosil buaya zaman prasejarah atau purba yang hidup sekitar 7 juta tahun lalu
Tingkatkan Ekonomi Umat Islam Bersama Koppim

Tingkatkan Ekonomi Umat Islam Bersama Koppim

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 166 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Salam perjuangan kepada ahli KoPPIM yang mulia TAHNIAH anda telah berjaya menjadi ahli KoPPIM Kepada yang masih belum menjadai ahli KOPPIM sila layariTeruskan perjuangan kita Ikhlas dari Baharudin Jemen...
Satukan Semula Parti Melayu Islam

Satukan Semula Parti Melayu Islam

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 172 hits
bharian com myOleh Mei 11 2022 4 22pmUMNO dan PAS masih ada peluang untuk berbaik semula Foto hiasan NSTPKUALA LUMPUR Penyatuan UMNO dan PAS di bawah Muafakat Nasional kelihatan semakin rumit bahkan peluang untuk kembali harmoni semakin mal...
Bubarlah Pas Biar Umno Punahkan Islam Ini Tajuk Yang Betul Untuk Ahmad Maslan

Bubarlah Pas Biar Umno Punahkan Islam Ini Tajuk Yang Betul Untuk Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 193 hits
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mencadangkan PAS dibubarkan kerana menurutnya Umno sudah cukup membawa wadah perjuangan Islam Saya rasa Ahmad Maslan sepatutnya bercakap begini bubarkan PAS agar kami UMNO lebih mudah menyeleweng dan memus...
Ahmad Maslan Cadang Pas Di Bubarkan Sebab Umno Turut Bawa Wadah Perjuangan Islam

Ahmad Maslan Cadang Pas Di Bubarkan Sebab Umno Turut Bawa Wadah Perjuangan Islam

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mencadangkan PAS dibubarkan kerana UMNO turut membawa wadah perjuangan Islam Katanya UMNO sudah menjadi parti politik yang turut membawa wadah perjuangan Islam dan sudah me...
Adakah Islam Benarkan Pas Bersifat Talam Dua Muka Hipokrit Dan Khianat

Adakah Islam Benarkan Pas Bersifat Talam Dua Muka Hipokrit Dan Khianat

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 287 hits
TALAM DUA MUKA ITULAH PERUMPAAN YANG PALING TEPAT BUAT PAS Isu kerjasama Muafakat Nasional antara UMNO BN dan PAS sekali lagi cuba disemarakkan lagi oleh beberapa pihak terutama di kalangan mereka yang masih mahu meletakkan harapan kepada k...
Kumpulan Nama Bayi Laki Laki Islam Awalan Huruf F Terbaru Dan Indah Didengar

Kumpulan Nama Bayi Laki Laki Islam Awalan Huruf F Terbaru Dan Indah Didengar

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 354 hits
Nama bayi laki laki wajib diberikan menggunakan penuh pertimbangan Tidak boleh asal asalan kerana nama bayi laki laki akan menggambarkan perwatakan eksklusif butir hati tersebut Salah satu pilihan terbaik adalah menaruh nama bayi laki laki ...
15 Nama Bayi Perempuan Islam Moden Terbaru Awalan Huruf A Bermakna Cantik

15 Nama Bayi Perempuan Islam Moden Terbaru Awalan Huruf A Bermakna Cantik

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 332 hits
Ayah dan Bunda pastinya sedang mencari Nama Bayi untuk memberikan anaknya nama yang cantik dan indah serta memiliki makna yang mendalam Pemilihan nama bayi tentu tidak boleh asal pilih Karena nama juga menentukan kesuksesan bayi di masa dep...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp