Satukan Semula Parti Melayu Islam


bharian.com.my
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi 
[email protected]
 Mei 11, 2022 @ 4:22pm
UMNO dan PAS masih ada peluang untuk berbaik semula. - Foto hiasan NSTP
KUALA LUMPUR: Penyatuan UMNO dan PAS di bawah Muafakat Nasional (MN) kelihatan semakin rumit, bahkan peluang untuk kembali harmoni, semakin malap.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan, berkata pemimpin kedua-kedua parti itu jangan sekali-kali kecewa dan mudah berputus asa, dalam usaha menyatukan kedua-dua parti besar yang mewakili umat Islam ini.

"Gagalkan usaha musuh Islam yang mahukan umat Islam terus berpecah kerana pastinya, mereka mahu menjarah atas perpecahan umat Islam. Masing-masing mesti bertolak ansur.

"Menghulurkan tangan perdamaian dan membuka dada persefahaman. Usah diungkit kejadian semalam, demi melangkah hebat di hari esok. Saya faham, memang perit meriwayatkan kisah pertelagahan. Masing-masing saling menyalahkan. Jari saling menuding. Bibir saling menjuih dan mata pula saling menjegil. Persoalannya sampai bila?" katanya di media sosial.

Beliau berkata, membiarkan pertelagahan terus berlaku bermaksud kedua-duanya sedang mengundur ke belakang, mengheret umat Islam ke dalam kancah kebencian yang sama seperti lebih 50 tahun lalu.

"Saya yakin dan percaya, pemimpin dari kedua-dua parti ini sangat memahami perkara yang saya bangkitkan ini. Cuma apa yang perlu dilakukan sekarang ialah jangan berputus asa untuk terus mengusahakan perpaduan umat Islam ini dengan ikhlas dan jujur.

"Bukan bertujuan untuk memerangkap dan memangsakan antara satu sama lain. Hentikan berbalas serangan di media. Cari jalan bertemu, lalu berbincang dari hati ke hati.

"Akui kelemahan atau kesilapan masing-masing. Luahlah semahunya bila bertemu. Kemudian cari solusi untuk kembali bertaut," katanya.

Beliau berkata, UMNO dan PAS tidak boleh dibiarkan terus bergelut kerana perbalahan ini tiada faedahnya, malah merugikan umat Islam sendiri.

"Kalah dalam perbalahan ini menjadi abu dan kalaupun menang hanya menjadi arang. Tiada untungnya kecuali musuh-musuh Islam akan bergembira dan mengaut laba dari pertelagahan umat Islam.

"Dahulunya UMNO dan PAS pernah bersingsing lengan. Lebih 50 tahun bersengketa. Entah banyak mana parut luka di badan masing-masing, akibat sengketa yang lama ini. Malah ada yang terbunuh. 50 tahun jugalah umat Islam hidup dalam kebencian dan dendam sesama sendiri," katanya.

Beliau berkata, pertembungan dan api sengketa di antara kedua-duanya seakan-akan kembali dinyalakan, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor selesai.
Kelangsungan UMNO dan PAS bergantung kepada iltizam pemimpin pelapis. - Foto hiasan NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/satukan-semula-parti-melayu-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mic Nak Jadi Macam Dap Guna Calon Islam Untuk Tipu Pengundi Melayu

Mic Nak Jadi Macam Dap Guna Calon Islam Untuk Tipu Pengundi Melayu

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 167 hits
Semua orang tahu bahawa dalam DAP walaupun bukan parti berasaskan kaum tetapi satu kaum menguasainya Tapi DAP cerdik mereka menggunakan calon muda Islam untuk mengelirukan pengundi Malayu Islam Biasanya calon Melayu Islam DAP Islam pada nam...
Orang Melayu Berjiwa Islam Konon

Orang Melayu Berjiwa Islam Konon

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 212 hits
The Vietnamese boat people of the 1970s and 1980s got far better treatment than the brothers and sisters in Islam The Vietnamese boat people had a home on Pulau Bidong and were well provided with good food and they enjoyed the comforts of m...
Pemilihan Pkr Pilih Calon Yang Satukan Parti

Pemilihan Pkr Pilih Calon Yang Satukan Parti

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 158 hits
Pemilihan PKR Pilih calon yang satukan partiPosted By on May 09 2022Pemilihan KEADILAN 2022 diadakan dalam beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 berlangsung Oleh itu menurut calon Naib Presiden KEADILAN Fahmi Fadzil anggota parti k...
Dap Hancurkan Melayu

Dap Hancurkan Melayu

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 141 hits
DAP pandai gunakan kuasa sepenuhnya 22 bulan berkuasa Tu baru 22 bulan Kalau 44 bulan Hilang semua Hak keistimewaan Orang Melayu Masih ingat lagi ke 1 Pecat 17 000 org kaki tangan kontrak 2 Hapuskan JASA BTN SPAD 3 Pindahkan asset TH 19 bil...
Pengundi Melayu Wajar Jauhi Pkr

Pengundi Melayu Wajar Jauhi Pkr

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 304 hits
Melayu bukanlah keutamaan dan keistimewaan untuk orang Melayu Memperjuangkan hak Melayu mengikut perlembagaan akan dianggap racist sekaligus peluang pekerjaan di pengurusan tertinggi Melayu akan terpinggir PKR tidak banyak beza dengan DAP S...
Budak Melayu Dapat 3a Dpt Masuk Matrikulasi Adil Kat Mana Wahai Kamu2 Semua

Budak Melayu Dapat 3a Dpt Masuk Matrikulasi Adil Kat Mana Wahai Kamu2 Semua

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 232 hits
My comments Kita perlu bezakan antara 1 Dasar membantu Melayu bumiputera Affirmative Action Policy dan2 Dasar politik perkauman ketuanan yang benci bangsa bukan Melayu The two are not the same Affirmative Action itu amat penting dan sangat ...
Sebelum Ni Dr Cakap Dua Dua Ok Lepas Cuba Perubatan Islam Mona Allen Hamil

Sebelum Ni Dr Cakap Dua Dua Ok Lepas Cuba Perubatan Islam Mona Allen Hamil

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 160 hits
Penantian selama empat tahun berakhir setelah Allah makbulkan doa pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen Menerusi hantaran di Instagram Mona mengumumkan dia kini sedang hamil anak sulung Menurut Mona dia tidak berniat untuk merahsi...
Best Tengok Diorang Ni Setia Je Izzue Islam Syukur Dapat Beli Rumah Idaman Ramai Tumpang Happy

Best Tengok Diorang Ni Setia Je Izzue Islam Syukur Dapat Beli Rumah Idaman Ramai Tumpang Happy

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 198 hits
Pelakon dan penyanyi Izzue Islam menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT selepas impiannya untuk memiliki rumah idaman akhirnya tercapai Menerusi perkongsian di aplikasi Tik Tok Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan sempat...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation