Kalaulah Arwah P Ramlee Masih Ada



SUDAH lebih empat dekad beliau pulang bertemu Yang Maha Esa

Sebilangan besar daripada kita tidak pernah mengenalinya secara peribadi, sebaliknya hanya karya-karya seni mendekatkan kita dengan empunya diri

Luar biasa seniman ini ialah kerana kebijaksanannya berbicara dengan masyarakat menerusi lagu dan filem

Idea dan falsafah seninya jauh melangkaui masa. Sekitar 50 hingga 60 tahun lalu, beliau menempa kemasyhuran ketika dunia tidak memiliki apa-apa teknologi moden

Sekalipun dalam pelbagai keterbatasan, namun Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee memberi pemahaman yang jauh daripada apa yang khalayak fikirkan mengenai seni dan kehidupan

P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teku Nyak Puteh adalah wajah bangsa Malaysia yang diibarat satu dalam sejuta.
Hari ini sekiranya P. Ramlee masih ada, usia P. Ramlee genap 90 tahun. Allahyarham yang dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang berhijrah ke Singapura ketika usia muda kerana mahu bergelar seorang anak seni

Di Singapura, P. Ramlee menyerahkan seluruh kehidupannya pada dunia seni dan studio Jalan Ampas merupakan gelanggang permainannya

Daripada seorang yang tidak punya apa-apa, P. Ramlee bangkit membina kehidupan sebagai seorang seniman handalan

Dengan segala khazanah seni yang ditinggalkan buat masyarakat, cuba bersikap jujur pada diri sendiri, setuju atau tidak bahawa ingatan kepada P. Ramlee hanya muncul sekali-sekala

Dan apakah apresiasi kita terhadap legenda kebanggaan negara ini sekadar apresiasi di mulut semata-mata? 
Kepada wartawan dan pemikir filem Melayu, Ku Seman Ku Hussain, sekiranya P. Ramlee masih ada, Allahyarham akan mengalami nasib sama dengan sekian banyak seniman dan pemikir Melayu hebat yang pernah dimiliki negara

Ku Seman menjangkakan, P. Ramlee tidak akan mendapat pengiktirafan begitu tinggi sama ada oleh kerajaan atau masyarakat

Apa yang dikesalkan Ku Seman ialah, pemikiran P. Ramlee tidak diselongkar habis dan Allahyarham hanyalah jenama budaya media
"P. Ramlee tidak diselongkar pemikirannya terhadap sosial semasa (ketika karya dihasilkan) terutama karya-karya masterpiece seperti Semerah Padi dan Antara Dua Darjat."P. Ramlee sebenarnya hanya popular apabila jenamanya ditonjokan oleh media tetapi beliau tidak berjaya menarik generasi muda khususnya yang lahir selepas kepulangannya untuk menghayati karya-karyanya."Yang berlaku sekarang P Ramlee diminati secara melulu tetapi karyanya tidak dihayati atau diberi apresiasi," kata Ku Seman berkongsi pandangannya dengan Astro AWANI.
Sejauh mana apresiasi kita terhadap Seniman Agung P. Ramlee


Menurut Ku Seman, untuk mengangkat P. Ramlee, apa yang perlu dilakukan ialah membebaskan seniman legenda itu dari lingkaran nostalgia, populariti dan riwayat hidup yang penuh melodrama. 
Kata Ku Seman, seorang seniman yang menjadi tanda hidupnya adalah karya

Maka karya-karya besar P. Ramlee belum cukup dalam digali daripada pendekatan sosiologi atau pun antropologi
"Misalnya P. Ramlee sangat anti feudalism dari beberapa karyanya. "Feudalism tidak boleh dilihat sebagai anti raja. Tetapi feudalism zaman P. Ramlee diwakili oleh kasta-kasta tinggi dalam masyarakat yang seolah-olah orang yang tidak bergelar semuanya hina. "Tetapi ini tidak dikupas walaupun sudah 46 tahun kepulangannya," ujar Ku Seman lagi.Kebimbangan turut disuarakan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi, Saiful Nujaimi Abdul Rahman dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

Menurut Saiful, secara peribadi, ramai individu melihat sisi Seniman Agung P. Ramlee sebagai ikon seni milik sesebuah bangsa sahaja
"Walhal sepatutnya kita menghayati karya beliau sebagai perwakilan kepada ketertinggian jati diri seni sebuah bangsa Malaysia itu sendiri," katanya kepada Astro AWANI.
Tambah Saiful, sesuatu perlu dilakukan agar identiti bangsa semakin diperkukuhkan demi generasi seterusnya

Ini kerana menurutnya, generasi kini yang berusia lingkungan dua puluhan dan belasan tahun masih menyedari sumbangan seniman itu tetapi tidak generasi yang berada di sekolah rendah dan ke bawah
"Ini barangkali mereka telah didewasakan bersama era gabungan kesemua stesen penyiaran melalui Astro yang sering menyiarkan karya-karya P. Ramlee."Namun kini kecenderungan ibu bapa melanggan Netflix yang tidak cenderung menyiarkan karya seniman itu, nyata membimbangkan," ujarnya.Justeru sebagai generasi yang waras, sesuatu perlu tangkas dilakukan demi beroleh laba dan manfaat bersama.

Seandainya sebegini caranya kita memberikan penghargaan kepada seorang tokoh yang dianggap sebagai mentor, ikon dan rujukan industri perfileman dan muzik, maka bersiap sedialah kita bahawa satu masa nanti P. Ramlee akan terus dilupakan dan terpinggir dari arus perkembangan tamadun bangsa.

Ketika itu, tidak perlulah kita meratapi kehilangan itu.

Kalaulah arwah masih ada...

Al-Fatihah buat Allahyarham P. Ramlee. - Astro Awani 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaviralnet.blogspot.com/2019/07/kalaulah-arwah-p-ramlee-masih-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diari Pedagang Eur Usd Pada 02 21 2020 Coronavirus Berhenti Tetapi Kesan Wabak Masih Belum Muncul

Diari Pedagang Eur Usd Pada 02 21 2020 Coronavirus Berhenti Tetapi Kesan Wabak Masih Belum Muncul

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 366 hits
Gambaran mudah untuk difahami Jualan kereta di China jatuh sebanyak 92 pada separuh pertama bulan Februari disebabkan oleh wabak coronavirus Memandangkan peranan China sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia seseorang boleh menilai bahaya k...
Mirc Masih Wujud Lagi

Mirc Masih Wujud Lagi

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 1043 hits
Secara ringkasnya adik adik ni lah whatsap wechat skype dan seangkatan dengannya pada zaman muda ayah ibu datuk dan nenek kamu suatu masa dulu hahaa tak caya ko tanya diorang Tersipu sipu diorang mengenang zaman kegemilangan mIRC Harini mem...
Mendikbud Masih Kaji Aduan Dosen Unnes Dinonaktifkan Karena Diduga Hina Jokowi

Mendikbud Masih Kaji Aduan Dosen Unnes Dinonaktifkan Karena Diduga Hina Jokowi

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 265 hits
Sama dengan kasus penonaktifan Sucipto oleh Rektor Unnes Fathur Rohman Nadiem mengatakan tengah mendalami dugaan plagiat dilakukan Fathur Rohman
Sandiaga Gerindra Dan Pks Masih Sangat Bersahabat

Sandiaga Gerindra Dan Pks Masih Sangat Bersahabat

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 283 hits
Sandiaga membantah Gerindra dan PKS pecah kongsi lantaran Prabowo Subianto yang merupakan ketua umum Gerindra merapat ke pemerintahan menjabat Menteri Pertahanan
Jadi Capres Terkuat Untuk 2024 Prabowo Masih Fokus Tugas Menhan

Jadi Capres Terkuat Untuk 2024 Prabowo Masih Fokus Tugas Menhan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 315 hits
Menteri Pertahanan Prabowo Subianto saat ini masih fokus bekerja sebagai menteri di kabinet Indonesia Maju
Cuba Pisahkan Tempat Tidur Tapi Masih Di Bilik Yang Sama Antara Langkah Awal Sebelum Pisahkan Bilik Tidur Anak

Cuba Pisahkan Tempat Tidur Tapi Masih Di Bilik Yang Sama Antara Langkah Awal Sebelum Pisahkan Bilik Tidur Anak

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 542 hits
Seorang bapa yang sangat prihatin pernah bertanyakan soalan penting Beliau mempunyai anak berumur 5 tahun Anaknya sangat rapat dengannya berbanding ibunya Si bapa ini mahu mendidik anak agar tidur berasingan darinya dan isteri Namun seringk...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest