Kalau Ya Pun Nak Kutuk Rr


 


Najib Bakar


Aku terbaca kritikan Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul mengenai idea-idea YB Rafizi Ramli. Aku tertarik dengan kritikan beliau pada poin 3 tentang Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Innovathon.
















*Tulisan ini hanya akan memberi ulasan tentang poin no 3 sahaja. Awas, tulisan panjang. 😅


1. Kritikan tentang IPR (khusus di Sabah) sebagai 80% tidak sustainable. Alasannya limitasi isu-isu demografi dan geografi yang kurang difahami.


2. Kritikan tentang program Innovathon sebagai ada "silap besar", ayat yang digunakan beliau kerana tidak mewujudkan kategori khas inovasi akar umbi.


.


Izinkan aku menjawab kritikan no 2 dahulu, sebab itu lebih straight to the point.


Program Innovathon adalah satu usaha sama antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains dan Teknologi.


Idea itu muncul seawal bulan-bulan pertama YB Rafizi dilantik menjadi Menteri. Siarannya adalah dalam tempoh tahun pertama (2023) pemerintahan Kerajaan Madani. 


Takdak nak honeymoon lepas jadi Menteri, terus plan, execute, boom. 


Ya, tentunya ada lompong-lompong yang boleh diperbaiki, tapi nak kata sampai "silap besar" itu bagi aku, agak kasar bunyinya.


Jadi apa objektif Innovathon ni? 


Di waktu stesen televisyen penuh dengan rancangan realiti nyanyian dan komedi, Innovathon diwujudkan untuk menyemai rasa minat dengan inovasi.


Rancangan realiti tentunya membentuk budaya. 


Dulu anak muda gemar menonton Akademi Fantasia dan Raja Lawak, ramai yang tiba-tiba bercita-cita untuk menjadi penyanyi dan pelawak, walaupun tone deaf dan lawak tak sampai.


Jadi, negara harus wujudkan budaya supaya anak muda ni kembali minat dengan STEM, dan ia perlu datang dari pelbagai sudut.


Salah satunya adalah program Innovathon. Bukan matlamat untuk menang pertandingan semata-mata, tapi untuk menyemai minat dan budaya inovasi.


Jabatan Pendidikan juga boleh menyambut budaya ini dengan mengadakan pertandingan di peringkat seawal sekolah rendah.


Dan sebenarnya Innovathon musim ke 2 ada Anugerah Khas Juri untuk peserta dari peringkat sekolah.


Innovathon akan diteruskan dengan musim ketiga, insya Allah.


.


Okey, kemudian mengenai topik yang popular, IPR. Betul ke 80% tidak sustainable di Sabah?


Disember 2024, aku dan rombongan kementerian melawat tapak IPR, penanaman nenas MD2 di Kg. Gana, daerah Kota Marudu.


Bila berborak dengan penyelaras di situ, depa pun cakap ramai orang Sabah sendiri tak pernah sampai ke Kg. Gana.


Jauh jaraknya ke pedalaman, even dari pekan Kota Marudu. Coverage handphone pun takdak.


Tau tak berapa luas penanaman nenas MD2 tersebut?


500 ekar jumlah keseluruhan.


Waktu kami melawat tu, fasa pertama 200 ekar telah ditanam. Dan kami tiba pada musim menuai.


Seramai 180 orang peserta terlibat pada fasa pertama ni, datang daripada 18 kampung berhampiran.


Semuanya golongan miskin tegar dan B40. Bila kita tanya depa berapa jumlah pendapatan, riak muka depa sangat happy, dalam keadaan sangat bersyukur.


Tak pernah terbayang depa akan dapat sekitar RM2,000 sebulan dengan tinggal di Gana, jumlah tu bagi depa adalah sangat-sangat lumayan.


Bayangkan sebelum tu kerja yang ada cuma masuk hutan, tangkap burung, kutip kayu, dan sebagainya. Pendapatan mereka cuma ratusan ringgit sebulan.


Aku sertakan beberapa gambar semasa kami melawat tapak IPR tersebut.


Di Sabah, jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 770 orang, dan sedang dalam pertimbangan kementerian untuk menempatkan lagi 810 orang.


Kat mana 770 orang tu?


Kota Marudu, Kinabatangan, Matunggong, Kudat, Tambunan, Merotai.


Apa tanamannya?


Ada nenas MD2, cili fertigasi, jagung bijirin, halia.


Semua tanaman dipilih mengikut kesesuaian dari segi geografi, tanah, cuaca, dan pelbagai faktor lain.


Yang lagi 810 peserta sedang dalam pertimbangan itu melibatkan projek jagung bijirin, salad, tomato, cili, halia, nenas MD2, bawang, serta cendawan.


Program design IPR ni merupakan serampang beberapa mata.


- Bantu golongan miskin tegar dan B40 dengan peluang pekerjaan 
- Bantu SSR(Kadar Sara Diri) makanan di Malaysia
- Mewujudkan budaya modern farming dengan lebih meluas.
- Penggunaan tanah milik kerajaan negeri yang terbiar yang tidak mendatangkan apa-apa hasil ekonomi.


Apa yang menarik serta ironinya, Sabah adalah negeri yang paling ramai peserta IPR. 


Jadi, hujah mengatakan IPR Sabah 80% tak sustainable tu mungkin cuma teori di bilik kuliah semata-mata, tidak bersandarkan realiti.


Yang pasti, program design IPR tu sentiasa dikemas kini untuk menjadikan success rate tanaman serta peserta berada di paras optimum.


Model IPR bagi aku berjaya mencapai matlamatnya, dan perlu didokong serta diteruskan oleh mana-mana pimpinan dari mana-mana parti politik yang menjadi Kerajaan di masa hadapan.


Najib Bakar 
27 Jun 2025






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/kalau-ya-pun-nak-kutuk-rr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Korang Nak Tahu Tak Amalan Amalan Orang Kaya Kaya Baca Sini

Korang Nak Tahu Tak Amalan Amalan Orang Kaya Kaya Baca Sini

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 112 hits
Ok Hari ni saya nak CERITA serba ringkastentang EBOOK KAYA SEBELUM 40 3 Kaya Sebelum 40 Ebook apa ni Ebook Kaya Sebelum 40 ni merupakan ebook yang menceritakan tentang 10 Orang Kaya yang mana mereka kaya sebelum umur mereka sebelum ni cecah...
Malas Betul Nak Sidai Kain Hujan Hujan Ni Kain Lambat Kering

Malas Betul Nak Sidai Kain Hujan Hujan Ni Kain Lambat Kering

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 110 hits
Musim hujan macam sekarang ni kalau kita sidai baju memang tak kering kan Lagi pulak jenis pemalas nak sidai baju kat luar Kalau pergi kerja tak sempat angkat kain baju basah semula hati pun rasa hampa Betoi tak Pakai Dryer mmg selesai masa...
Anda Nak Tahu Siapa Pengeluar Emas Terbesar Australia

Anda Nak Tahu Siapa Pengeluar Emas Terbesar Australia

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 164 hits
Pengeluar emas terbesar Australia adalah the Perth Mint adalah pemilik King Henry iaitu spesimen batuan emas terbesar di dunia Spesimen emas seberat 94 kilo itu ditemui di Beta Hunt Mine berdekatan Perth Australia pada tahun 2019 oleh Henry...
Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Mcdonald S Spicy Duo Concert Lit Up Putrajaya

Cambodia Plans To Nominate Trump For Nobel Peace Prize But Netizens Ask Why Not Anwar

Korang Ingat Netizen Bodoh Ke

Pelarasan Tarif Air Johor Tak Jejas Majoriti Pengguna Domestik Kelompok E Kasih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gembira Mendarat Di Johor Negeri Yang Indah Masyarakatnya Ramah Tamah

Choosing The Right Fish Oil Supplement In Malaysia

Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Resepi Kentang Goreng Tepung Bistari

Jurutera Rugi Hampir Suku Juta Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Sydney Masai Mara Ke Kejohanan Dunia