Kalau Tak Boleh Terima Kritikan Jangan Masuk Pertandingan Realiti Michael Ang Sedia Jumpa Noraniza Idris
Kelmarin, pengarah dan penerbit Michael Ang meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap persembangan peserta Gegar Vaganza musim ke-7, Noraniza Idris di pentas separuh akhir yang diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Menurut Michael, suara Noraniza pada malam itu 'sengau semacam' membuatkan dia hampir tertidur ketika penyanyi itu menyanyikan lagu hindustan kegemarannya.
"Lagu apa Noraniza nyanyi ni? Sengau semacam aje. Nak tertidor aku dengar lagu ni. OMG my fav Hindustan songs dibunuh dengan kejam oleh Noraniza!!! Kenapalah nak pergi nyanyi Hindustan!!
"First time dengar lagu Hindustan dengan suara sengau! Tak sedap lagu Hindustan bila suara sengau nyanyi! Sebab itu penyanyi Hindustan suara semua nyaring!" tulis Michael di Twitternya.
Tidak terhenti setakat itu, Michael juga mempertikaikan keputusan Noraniza layak ke pentas akhir GV7, yang mana baginya Noraniza sepatutnya tersingkir.
SAYA NAK JUMPA DIA ONE TO ONE
Bagaimanapun, kenyataan Michael itu dianggap melampau dan Noraniza atau nama sebenar Nor Aniza Idris, 52, meluahkan rasa kesalnya terhadap Michael yang memuat naik kritikan pedas itu sehingga menyebabkan emosinya terganggu. Lebih teruk lagi, kata-kata Michael itu juga telah mengguris hati keluarga Noraniza.
"...saya ada terbaca komen Michael Ang sebab ada peminat yang prihatin kongsikan perkara itu dengan saya. Kalau sekalipun dia tak suka saya, sekurang-kurangnya hargailah genre yang saya bawakan dalam pertandingan GV ini.
"Saya boleh terima komen negatif tetapi bukan yang keterlaluan sehingga boleh mencalarkan maruah saya dan keluarga. Hormatlah diri saya sebagai sesama Islam.
"Saya bukan jenis yang akan berdiam diri... lepas habis final GV7 nanti, memang saya nak jumpa one to one dengan dia! Please call me, saya nak bersemuka dan berkenalan dengan awak.
"Saya nak tanya apa masalah dia dengan saya? Tak layak ke Noraniza Idris masuk GV7? Teruk sangat ke Noraniza Idris di mata Michael Ang? Walaupun saya tahu saya tidak bagus, tapi dia tak bagi pun pandangan yang membina yang boleh bantu saya untuk mengangkat genre irama Malaysia.
"Saya memang rasa terkilan sebab Michael satu nama besar, dia bukan netizen dan lebih-lebih lagi dia orang Islam yang tulis macam itu," katanya.
KALAU TAK BOLEH TERIMA KRITIKAN, JANGAN MASUK PERTANDINGAN REALITI!
Sementara itu, Michael dalam kenyataan terkini memaklumkan dia bersedia untuk berjumpa dengan Noraniza dan menegaskan kritikan pedas yang dimuat naiknya itu adalah jujur sama seperti komen netizen yang lain.
"Saya tak ada masalah nak jumpa tapi saya akan cakap benda sama. Dia menyanyi lagu tradisional memang bagus tapi untuk lagu genre lain. Bukan saya seorang yang komen macam itu, ramai netizen buat benda yang sama. Saya komen berdasarkan persembahan dia. Kalau tak bagus, saya cakap tak bagus dan sebaliknya.
"Saya ada juga beri kritikan kepada peserta GV7 dan program realiti lain, kalau tak boleh terima kritikan, jangan masuk pertandingan realiti. Saya manusia biasa dan saya komen sebagai diri saya, bukan sebagai seorang pengarah atau orang yang dikenali," katanya.
Sebelum itu, Michael menyelar tindakan individu di sebalik akaun Facebook Akar Kita Zapin yang menuduh dia masuk Islam untuk meraih populariti.
"...status itu menuduh saya masuk Islam semata-mata nak popular. Kalau betul saya masuk Islam nak popular, lebih baik dari awal saya tayang video saya ucap kalimah syahadah. Saya tidak marah tetapi saya terkilan dengan status tersebut.
"Nak kritik atau kutuk saya, tak apa. Tetapi jangan melibatkan agama dan ibu bapa saya," katanya.
Sumber: mStar Online, Oh! Bulan
Sumber : thereporter.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2020/12/kalau-tak-boleh-terima-kritikan-jangan.html