Umno Bukan Parti Bapa Kamu Shahidan Beritahu Lokman


Minderjeet KaurPemimpin Umno Perlis Shahidan Kassim (kiri) mendakwa Lokman Noor Adam cuba mewujudkan perpecahan dalam parti. PETALING JAYA: Pemimpin Umno Perlis, Shahidan Kassim menyelar Ahli Majlis Tertingginya, Lokman Noor Adam berhubung dakwaan bekas naib presiden Hishammuddin Hussein bersekutu dengan PPBM bagi membentuk “kerajaan pintu belakang”.

Shahidan memberitahu FMT bahawa Lokman cuba mewujudkan pergeseran dalam Umno apabila menggesa tindakan disiplin perlu diambil terhadap Hishammuddin.

“Tindakan harus diambil terhadap Lokman, bukan Hishammuddin, kerana menimbulkan masalah dan perpecahan dalam parti,” katanya.

Beliau juga menyalahkan Lokman yang mempersoalkan keputusan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang menolak tuduhan tersebut.

Lokman membuat laporan kepada lembaga disiplin parti selepas Hishammuddin dilaporkan menjadi sebahagian daripada sekumpulan ahli Parlimen Barisan Nasional yang menghadiri mesyuarat makan malam dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di kediaman rasminya.

Dipercayai mesyuarat itu adalah untuk mendapatkan sokongan untuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Lokman menggesa tindakan disiplin yang tegas terhadap Hishammuddin kerana didakwa cuba mempengaruhi ahli Parlimen Umno mengisytiharkan sokongan kepada Mahathir dan Azmin.

Bagaimanapun, Shahidan menolak dakwaan Lokman bahawa Hishammuddin terlibat mengatur mesyuarat itu.

“Dia tidak menganjurkan mesyuarat itu. Seseorang yang lain terlibat. Dia (Lokman) menyasarkan sasaran yang salah,” katanya.

Beliau berkata pertemuan itu tiada kaitan dengan Umno, mengatakan pertemuan itu bagi membincangkan “isu-isu berkaitan kawasan (ahli Parlimen itu)”.

Beliau juga mempersoalkan motif Lokman menyiasat klip video yang dibocorkan pada Jun, membabitkan Azmin dalam skandal seks gay.

“Atas arahan siapa dia menjalankan siasatan, siapa arahkan? Umno tidak memberi apa-apa arahan untuk menyiasat video itu. Kenapa dia menggunakan nama Umno?” soalnya, merujuk kepada laporan bahawa Lokman menyerahkan laporan forensik kepada polis berhubung video dari syarikat yang berpangkalan di Birmingham.

Shahidan juga mendakwa Lokman tidak bermesyuarat dengan ahli Parlimen Umno.

“Dan sekarang, tiba-tiba, dia mahu tindakan diambil terhadap beberapa ahli Parlimen Umno.

“Lokman mesti ingat bahawa Umno bukan milik bapanya. Ia milik semua orang Melayu. Dan sekiranya ada isu, semua orang mesti mematuhi syarat dan peraturan parti,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/umno-bukan-parti-bapa-kamu-shahidan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krisis Umno Lokman Selar Desakan Pecat Dari Team Zahid

Krisis Umno Lokman Selar Desakan Pecat Dari Team Zahid

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 343 hits
Umno mula dilanda krisis apabila Ahli Majlis Tertinggi Lokman Noor Adam membidas Pemuda Umno yang mendesaknya meletak jawatan kerana mendakwa Presiden Ahmad Zahid Hamidi campur tangan dalam siasatan Lembaga Disiplin ke atas bekas naib presi...
Not Your Father S Party Shahidan Tells Lokman

Not Your Father S Party Shahidan Tells Lokman

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 313 hits
Perlis Umno leader Shahidan Kassim has taken Supreme Council member Lokman Noor Adam to task over the latter s claim that former vice president Hishammuddin Hussein is colluding with PPBM amid talk of a backdoor government formed through a ...
Lokman Bidas Pemuda Umno Desak Beliau Letak Jawatan

Lokman Bidas Pemuda Umno Desak Beliau Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 349 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam membidas Pemuda Umno yang mendesaknya meletak jawatan kerana mendakwa Presiden Ahmad Zahid Hamidi campur tangan dalam siasatan Lembaga Disiplin ke atas bekas naib presiden Hishammuddin Hussein Kat...
Umno Selangor Gembira Jamal Nak Cari Dana Untuk Parti

Umno Selangor Gembira Jamal Nak Cari Dana Untuk Parti

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 319 hits
MALAYSIAKINI Mengakui berdepan dengan kekangan kewangan Pengerusi Umno Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan menyambut baik hasrat salah seorang pemimpin parti itu untuk berkeliling ke seluruh negeri mencari dana Kata Mat Nadzari kesanggupan ke...
Lokman Adam Dedah Dalang Khianati Perjuangan Umno

Lokman Adam Dedah Dalang Khianati Perjuangan Umno

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 352 hits
Saya menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Mohamed Apandi Ali yang telah mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai pengerusi Lembaga Disiplin Umno berkuatkuasa serta merta sebaik sahaja presiden Umno mengarahkan agar prosiding tunju...
Kem Anwar Mahathir Dalam Umno Rosakkan Parti Kata Penganalisis

Kem Anwar Mahathir Dalam Umno Rosakkan Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 372 hits
Kewujudan kem Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad dalam Umno boleh menjejaskan keharmonian parti itu Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia Syed Agil Syed Alsagoff berkata meskipun kem 2 tokoh besar itu sudah menjadi budaya d...
Pemuda Umno Johor Mahu Lokman Adam Dipecat

Pemuda Umno Johor Mahu Lokman Adam Dipecat

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 709 hits
AHLI Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam patut dipecat kerana menyerang secara vercal bekas naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein kata Ketua Pemuda Umno Johor Mohd Hairi Mad Shah Mohd Hairi dilaporkan mengelar Lokman sebaga...
Johor Umno Youth Seeks Lokman Adam S Expulsion Over Attacks Against Hishammuddin

Johor Umno Youth Seeks Lokman Adam S Expulsion Over Attacks Against Hishammuddin

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 414 hits
Umno supreme council member Datuk Lokman Noor Adam should be sacked for verbally attacking former vice president Datuk Seri Hishammuddin Hussein Johor Umno Youth chief Mohd Hairi Mad Shah said Mohd Hairi reportedly labelled Lokman a termite...
Pemuda Sikh Kenang Bapa Mahir Jawi Belajar Jawi Tidak Buat Kamu Muslim

Pemuda Sikh Kenang Bapa Mahir Jawi Belajar Jawi Tidak Buat Kamu Muslim

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 414 hits
Keratan akhbar Utusan Melayu Mingguan menunjukkan Balbir Singh sedang membaca akhbar bertulis jawi Foto ihsan Facebook Baljit SinghKUALA LUMPUR 6 Jan Belajar jawi tidak menjadikan seseorang itu terpesong daripada pegangan akidah asal Seoran...
Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Kata Kata Nasihat Hari Jumaat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual