Kalau Ph Terus Memandang Sepi Lebih Baiklah Muda Pergi Membawa Diri


 
Sedih pula rasanya membaca rintihan dan keluhan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai kedudukan Muda yang masih tidak ketahuan nasibnya dalam PH, meskipun sudah lebih 100 hari gabungan itu memegang kuasa dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Katanya, setelah berbulan-bulan menunggu serta menunjukkan kesetiaan dan sokongan kepada PH sebelum, semasa dan selepas PRU15, malangnya tiada jawapan yang jelas berhubung permohonan penyertaan Muda ke dalam gabungan itu.
“Saya secara peribadi telah bertemu dengan Perdan Menteri untuk membincangkan perkara ini. 
“Kami dimaklumkan sebelum ini bahawa isu ini akan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH tapi sekarang saya rasa sudah tiga mesyuarat diadakan selepas PRU15 dan kami masih belum mendapat jawapan.
“Kami menghormati rakan-rakan dalam PH dan kerajaan, apa pun jawapan yang mereka berikan kami terima.
“Tapi apa yang kami inginkan sekarang adalah jawapan supaya ada kemuktamadan untuk proses ini,” kata Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar.
Selain itu, tambah beliau, di samping bertemu Anwar yang juga Pengerusi PH dan Presiden PKR, pihaknya turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Seriausaha Agung DAP, Anthony Loke untuk maksud yang sama.
“Kami malah telah mengutus tiga surat dari masa ke semasa untuk menyelesaikan masalah ini secara dalaman kerana ingin tahu apa jawapan kepada permohonan kami untuk menyertai PH,” tambah beliau lagi.
Sebelum ini dan terbaru semalam, Muda dalam waktu yang sama juga sudah dua kali mengeluh mengenai kedudukan mereka yang diketepikan dalam mesyuarat Seketariat Kerajaan Perpaduan.
Makna kata, sudahlah tiada keputusan sama ada diterima atau tidak untuk berada dalam PH, di dalam Seketariat Kerajaan Perpaduan pula Muda dipinggirkan.
Kesian Muda…dah macam pengemis pula jadinya sekarang ini.
Kepada Syed Saddiq dan Muda, ingin dipesankan bahawa hidup ini adalah pilihan dan kitalah yang berhak membuat keputusan.
Bersabar dan dilayan macam pengemis pun mesti ada hadnya.
Kalau asyik dibiarkan berada di tepi tangga saja, tidak diajak masuk dan jauh sekali diberi makanan, eloklah membawa diri mencari rumah lain untuk tumpang berteduh.
Bijak pandai dalam dunia politik selalu mengingatkan, manusia bila dapat kuasa atau dapat jadi menteri, penyakit pertama yang datang dalam hidup mereka ialah hilang ingatan.
Lantaran penyakit itu, mereka mudah lupa kawan, lupa siapa yang menolong dan membantu menaikkan mereka, lupa kepada janji dan mula terkilau dengan cahaya kuasa yang penuh gemerlapan.
Ketika inilah kawan-kawan baru datang dan mengelilingi mereka dengan hilai ketawa yang akhirnya mereka itu semakin jauh daripada cerita asal usul di mana semuanya bermula.
Mungkin di mata PH, Muda yang hanya ada satu kerusi Parlimen tidak begitu bernilai tinggi berbanding kawan baru UMNO yang ada 26 kerusi banyaknya.
Oleh itu, Muda janganlah terus berasa sedih, kecewa, mengeluh dan merintih dengan situasi ini, semua ini adalah lumrah hidup bila manusia ada kuasa.
Pada hakikatnya, tiada sebab untuk PH tidak boleh dengan segera memproses kemasukan Muda ke dalam PH.
Pada 16 Oktober 2022 iaitu sebelum PRU15, Anwar ada berkata, hasrat Muda untuk menyertai PH yang disuarakan kira-kira sebulan sebelum itu tidak dapat direalisasikan buat masa ini memandangkan ia memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau RoS terlebih dahulu.
Untuk itu, tegasnya, PH hanya akan menjalin kerjasama dengan Muda untuk menghadapi PRU15.
Itu dulu, tetapi sekarang PH bukan saja sudah menjadi kerajaan dan Anwar memegang jawatan Perdana Menteri, bahkan RoS sudah berada di bawah kawalan Saifuddin Nasution Ismail selaku Menteri Dalam Negeri yang dalam masa yang sama adalah Ketua Seketariat PH dan Setiausaha Agung PKR.
Dengan itu, tiada alasan lagi untuk PH terus menangguh atau melengah-lengahkan permohonan Muda itu.
Kalau Saifuddin Nasution boleh menggunakan kuasa vetonya selaku menteri untuk membenarkan UMNO melanggar perlembagaan sendiri dan dikecualikan daripada diharamkan pendaftarannya, tidak ada alasan untuk RoS terlalu sukar memproses kemasukan Muda ke dalam PH.
Jika mahu, jangankan sebelum pejabat dibuka, sebelum masuk waktu Subuh pun kelulusan RoS atas kuasq budi bicara Saifuddin itu boleh diberikan.
Tetapi, setelah melebihi 100 hari berlalu, termasuk sudah bertemu Anwar dan pimpinan utama PH yang lain dan mengutus tiga pucuk surat, namun tiada juga jawapan yang pasti, kepada Syed Saddiq dan Muda – faham-fahamlah dan jangan tunggu lebih lama lagi.
Kalau mahu menunggu pun, beri peluang mesyuarat PH akan datang saja lagi untuk mereka memutuskan sama ada menerima atau tidak kemasukan Muda.
Lepas itu, jika tiada juga ketentuan, eloklah membawa diri mencari rumah lain untuk bernaung.
Kadang-kadang manusia mudah lupa, atap boleh runtuh dan rumah juga boleh musnah hanya bermula dengan satu keping genting yang tertanggal. – ShahbudinHusin 21/03/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/kalau-ph-terus-memandang-sepi-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gesaan Muda Lawat Rumah Ibadat Seolah Lebih Sudu Dari Kuah

Gesaan Muda Lawat Rumah Ibadat Seolah Lebih Sudu Dari Kuah

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 432 hits
BANGI Gesaan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya 100 000 ahli parti itu melawat rumah ibadat agama lain mencetuskan persoalan akan tujuan hakikinya Jurucakap Gagasan Bangsa Haji Aminuddin Yahaya me...
Sediakan Pendidikan Demokrasi Politik Buat Anak Muda Hidupkanlah Semula Plkn Dengan Dasar Yang Lebih Mesra Anak Muda

Sediakan Pendidikan Demokrasi Politik Buat Anak Muda Hidupkanlah Semula Plkn Dengan Dasar Yang Lebih Mesra Anak Muda

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 208 hits
Anak muda Malaysia diberi peluang mengundi pada usia 18 tahun Bagaimanapun menurut pembahas mewakili Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Dr Taufiq Johari tiada pendidikan politik diberikan kepada anak muda maka generasi itu tidak mampu membuat ...
Rakyat Terus Membohongi Diri Sendiri

Rakyat Terus Membohongi Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 164 hits
Apakah pertukaran PM boleh membantu pengurangan kos sara HIDUP sekarang dan melonjakan ringgit serta harga getah dan kelapa sawit Namakan PM tersebut Apakah pertukaran kerajaan JUGA mampu melakukan semua itu Namakan kerajaan tersebut Apakah...
Netizen Pertikai Vida Pakai Telekung Panjang Meleret Pergi Terawih Bukan Nak Solat Sangat Tapi Lebih Pada Content

Netizen Pertikai Vida Pakai Telekung Panjang Meleret Pergi Terawih Bukan Nak Solat Sangat Tapi Lebih Pada Content

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 212 hits
Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida sekali lagi meraih perhatian dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen selepas dia memuat naik video dia memakai telekung Menerusi hantaran itu di Instagram Vida mengucapkan rasa syukur selepas dap...
Syed Saddiq Urges Muda Members To Visit Houses Of Worship

Syed Saddiq Urges Muda Members To Visit Houses Of Worship

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 346 hits
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman in a video clip expressing displeasure about restrictions on visiting non Muslim houses of worship PETALING JAYA Muda president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has urged the over 100 000 members of his multiracia...
Muda Bantah Jais Larang Umat Islam Sertai Program Rumah Ibadat Lain

Muda Bantah Jais Larang Umat Islam Sertai Program Rumah Ibadat Lain

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 185 hits
Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah tidak bersetuju dengan peraturan Jabatan Agama Islam Selangor melarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain Ahli Parlimen Muar itu berkata program dan usaha untuk menyemarakkan...
Muda Interfaith Programmes Should Be Celebrated Not Blocked

Muda Interfaith Programmes Should Be Celebrated Not Blocked

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 124 hits
Muda information chief Luqman Long has come strongly against the banning of Muslims from attending programmes at non Muslim houses of worship In a statement today he said that interfaith programmes should be celebrated not blocked I believe...
Anwar Yakin Dapat Kembali Sokongan Orang Muda Hasil Kerjasama Dengan Umno

Anwar Yakin Dapat Kembali Sokongan Orang Muda Hasil Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 279 hits
agendaily com18 03 2023UMNO akan terus bersama Pakatan Harapan sehingga habis penggal Parlimen ke 15 Hasil kerjasama dengan UMNO sehingga dapat membentuk kerajaan campuran akan memberi suntikan kepada Pakatan Harapan untuk mendapatkan sokon...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Petua Simpan Santan Segar

The Unwanted Penyesalan Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi