Kalau Nampak Bayi Bangun Tidur Bermain Dengan Jari Membebel Sendiri Usah Ganggu


Fasa keresahan pemisahan (separation anxiety) adalah perkembangan normal dan mesti di lalui semua bayi. Ia berlaku seawal usia 6 bulan hingga sekitar 20 bulan dan menyaksikan bayi menjadi lebih 3C: Crying (menangis), Cranky (merengek) & Clingy (nak melekat/berdukung).
Berikut adalah tip yang boleh mengurangkan stres ibu bapa melalui tempoh sukar yang tidak boleh dielakkan ini;
GALAKKAN PERASAAN BERKUASA PADA BAYI Bayi boleh, perlu & suka meluangkan masa sendirian. Contohnya bila anda melihat bayi telah terjaga dari tidurnya namun leka termenung, memandang sekeliling,bermain-main dengan jarinya sambil ‘membebel’ sendirian. Usah ganggu moment ini!. Perhatikan dari jauh dan biar bayi menikmati saat ini selama yang dia perlukan. Ruang meneroka dan mengamati suasana sekeliling secara sendirian akan memberi rasa ‘dunia ini ok’, ‘saya ok walau sendirian’ kepada bayi.

RILEKS IBU! Bayi sangat awas dan cepat menangkap ekspresi wajah serta gaya tubuh manusia. Contohnya dalam situasi bayi yang sedang belajar untuk meniarap. Anda boleh memilih untuk menjadi salah satu dari ibu berikut: ibu yang membantu bayi membalikkan diri pada setiap cubaannya. Atau menjadi ibu yang meniarap sama aras dengan bayi sambil menyorak kata-kata semangat seperti, ‘sikit lagi..sikit lagi sayang! You can do it! ‘, menunggu reaksi bayi dan hanya bila bayi sudah menangis atau nampak seperti sudah mahu mengalah, ibu bertanya penuh optimis, ‘ adik dah penat?. Nak ibu dukung sekarang?’. Kedua -dua ibu memang berjaya menyampaikan mesej kasih sayang pada bayi mereka. Bezanya, bayi dengan ibu ‘ si tukang penyelamat setiap masa’ akan membuat bayi rasa bahawa ibunya saja yang mempunyai kuasa magik bagi setiap perkara. Manakala ibu ‘si tukang sorak yang optimis’ akan membuat bayi merasa selamat dan yakin diri bahawa dia hanya perlu terus mencuba.
KEKAL POSITIF Bayi adalah cerminan ibunya. Ibu yang penuh risau akan berbisik kata-kata ,’ tak ada apa la. Orang tu takkan kacau atau makan adik’ setiap kali berhadapan dengan orang baru/asing. Niat ibu mungkin murni,tapi ketahuilah kata-kata tersebut hanya mengukuhkan lagi apa yang ditakuti atau difikirkan bayi. Ia serupa dengan cuba untuk membuat anak-anak berani melalui kata-kata, ‘ mana ada hantu kat sana’. Memang tak pernah berjaya kan?. Ibu hanya perlu rilekskan gengaman tangan anak dan berbual bersahaja setiap kali berjumpa orang asing seperti ia bukan hal yang besar pun.
JANGAN SIBUK NAK IKUT ANAK Di taman permainan, rumah orang atau mana-mana tempat baru, lepaskan anak untuk pergi dan buat apa yang dia mahu. Ibu hanya perlu duduk setempat dan kekal lah disitu memerhati keselamatan anak dari jauh. Perbuatan sibuk mengekori anak ke setiap ceruk akan membuat anak yakin bahawa dia belum layak untuk berpisah dari ibu. Ibu yang kekal duduk juga akan menyampaikan mesej bahawa adalah ok untuk anak pergi, dan dia hanya perlu kembali jika mahukan ibu.

LAYANNN… Sepanjang proses untuk menjadi individu bebas, adalah biasa untuk bayi keliru. Dia tidak tahu cara yang tepat dan dia juga tak pasti jika dia telah sedia. Maka amat biasa bayi nampak gembira pada 1 minit, dan mula nak berdukung pada minit yang lain. Bagi ruang untuk bayi menguji dirinya sendiri; dukunglah bila dia perlukan dan lepaskan bila dia mahu bebas.
JANGAN REMEH ATAU KETEPIKAN PERASAAN ANAK Perasaan anak itu sah dan wujud. Kita hanya perlu mengakuinya dan bukan meremehkan apa lagi menghukum dengan kata-kata seperti,
‘Tak habis-habis merengek. Kan mama dah main dengan adik tadi?’, ‘shhhh!’, atau ‘ tak ada apa la. Nak nangis kenapanya?’.
Sokong dan hormati perasaan itu sebagai tanda anda faham seperti, ‘ Mama tahu adik sedih. Adik tak nak mama pergi. Mama datang 5 minit lagi ok’. Ramai tidak sedar tetapi menambah pertanyaan ‘ok?’ di belakang memberi bayi rasa ‘hebat’ dan tidak diketepikan kerana anda seperti meminta izinnya. Mengesahkan perasaan anak dengan jelas akan selalu berjaya memperlahan /menghentikan esakan anak kerana anak tahu anda telah faham dan tak perlu dia terus menerus mempromosi perasaan sedihnya.
BERPISAH DENGAN YAKIN Selalu berani untuk beritahu anak setiap kali anda perlu pergi. Jangan amalkan mencuri-curi keluar/lari dari anak. Ia hanya mencalarkan rasa percaya anak. Peluk dan cium anak dengan erat tapi pantas, ucapkan kata perpisahan yang singkat seperti, ‘ Mama pergi work dulu. Petang nanti mama ambil adik. Be good ‘ dan terus pergi. Usah teragak-agak, menoleh-noleh lagi atau kembali pada anak yang mula menangis. Keresahan anak mencetus keresahan ibu, yang mana ia mengukuhkan kecerewetan bayi dan seterusnya membentuk pasangan ibu-anak yang selalu resah. Lebih buruk jika ibu mula berjanji bermacam perkara untuk mengawal situasi. Ia hanya memberitahu anak bahawa perbuatan ibu keluar berkerja itu memang salah maka ibu harus menggantinya dengan janji-janji seronok yang lain. Tak mengapa jika anak terpaksa bersedih. Ini realiti hidup. Seronok bukan untuk sepanjang masa. Anak yang gembira bukan bermaksud anak yang tidak menangis langsung. Anak yang gembira ialah anak yang ada kestabilan dan kawalan kendiri terhadap pelbagai emosi.

USAH TERASA Sebahagian bayi lebih sensitif terhadap pemisahan berbanding yang lain. Ini soal personaliti bayi dan tiada kaitannya dengan anda. Jadi janganlah cepat terasa dan membandingkan bayi anda dengan bayi lain pada setiap sekecil- kecil perkara. Contohnya jika hari ini anda berharap dan menjangkakan anak anda akan menyertai kawan- kawan yang lain di taman permainan, namun perkara sebaliknya pula berlaku, usah bengang. Lepaskan saja jangkaan awal anda itu dan alu-alukan anak anda yang hanya mahu duduk bersama anda. Biar anak duduk dan memerhati. Usah mempromosi hal bagaimana anak orang lain ok saja bermain dan tak ada apa yang perlu dia takutkan. Bila kita percaya yang anak kita perlu duduk dengan kita pada ketika itu, kita telah bagi keyakinan padanya bahawa kita tidak menafikan rasa resahnya. Maka proses keresahan pemisahan akan menjadi mudah kerana bebas drama , bebas jangkaan. Yang ada hanya realiti.
LATIH CIPTA SUASANA SELESA Tempat atau orang baru sentiasa merisaukan bayi. Maka amalkan mencipta rasa selesa pada setiap tempat atau orang baru. Misalnya luangkan masa untuk duduk, berbual-bual dan keluar masuk rumah bakal pengasuh. Lama kelamaan ia membuat bayi sedar bahawa orang atau sesuatu tempat itu telah di ‘luluskan ok’ oleh orang yang paling anak percayai iaitu ibunya.
Sumber: Uswatun Hasanah – baby
The post Kalau Nampak Bayi Bangun Tidur, Bermain Dengan Jari & Membebel Sendiri Usah Ganggu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-nampak-bayi-bangun-tidur-bermain-dengan-jari-membebel-sendiri-usah-ganggu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Malam Mimpi Benda Sama Bangun Tidur Darah Penuh Atas Tilam Bayi Ghaib

3 Malam Mimpi Benda Sama Bangun Tidur Darah Penuh Atas Tilam Bayi Ghaib

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 455 hits
Pasangan mana yang tak gembira apabila menerima berita bakal menimang cahaya mata sebagai penyeri keluarga Semestinya ia menjadi momen yang paling indah dan dinantikan Bagaimanapun impian itu hanya sementara saja bagi dan suami apabila anak...
Bangun Tidur Katil Berdarah Wanita Sebak Bayi Ghaib Dari Perut Akibat Sihir

Bangun Tidur Katil Berdarah Wanita Sebak Bayi Ghaib Dari Perut Akibat Sihir

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 513 hits
Baby bump semakin membesar nama bayi juga sudah diberi Namun seorang wanita Farah Syazana pasrah menerima takdir apabila disahkan mengalami keguguran selepas pelbagai peristiwa pelik yang berlaku Menurut Farah dia melakukan imbasan kehamila...
Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 542 hits
Bayi menangis tengah malam tanpa tahu apa sebabnya sangat sukar difahami lagi lagi untuk ibu bapa baru yang masih tiada pengalaman Bukan itu sahaja tidur malam pun akan terganggu sehingga ibu bapa pula yang rasa risau dan stres menghadapi s...
Nak Bayi Bijak Kerapkan Bermain Denganya Jangan Skip Kemahiran Ini

Nak Bayi Bijak Kerapkan Bermain Denganya Jangan Skip Kemahiran Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 250 hits
Tidak salah untuk mengajar ABC sebenarnya cuma banyak lagi kemahiran kemahiran lain yang boleh diajar pada mereka yang mana ianya lebih penting untuk perkembangan otak mereka dan dalam menjadi bayi yang lebih bijak yang mana ramai antara ki...
Ikutkan Hati Nak Tidur Sedap Waktu Pregnant Bayi Boleh Maut Secara Mengejut

Ikutkan Hati Nak Tidur Sedap Waktu Pregnant Bayi Boleh Maut Secara Mengejut

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 414 hits
Bukan mudah untuk lelapkan mata rasa tak selesa Suami di sebalah kemain sedap tidur siap pakej berdengkur Sakit pula hati kan Tetapi begitulah lumrahnya ibu mengandung kesukaran tidur pada penghujung kehamilan itu adalah sesuatu yang normal...
Doa Bangun Daripada Tidur Master Berbicara

Doa Bangun Daripada Tidur Master Berbicara

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 710 hits
Tiba tiba saja Master senyum selepas dengar 1 nasyid pasal doa sebelum dan selepas tidur Tedi jadi pelik Tedi Nape Master senyum Master Takde apa apa pun Tedi jadi marah Tedi tau mesti Master sorokkan sesuatu Agak agaknya dia nak curik bisk...
Benda Apa Warna Putih Tu Lelaki Dakwa Pagar Rumah Jiran Bergerak Sendiri Nampak Benda Putih

Benda Apa Warna Putih Tu Lelaki Dakwa Pagar Rumah Jiran Bergerak Sendiri Nampak Benda Putih

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 799 hits
Baru baru ini tular rakaman yang dimuatnaik oleh pemilik akaun bernama Fahpro Individu yang dipercayai merupakan seorang mahasiswa universiti tempatan itu berkongsi kejadian misteri yang menimpa diri serta rakan serumahnya Menurut Fahpro in...
Usah Ganggu Polis Jika Dap Tak Nak Dilihat Lindung Pengganas

Usah Ganggu Polis Jika Dap Tak Nak Dilihat Lindung Pengganas

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 293 hits
Oleh Fazleen Safina PDRM perlu laksana siasatan tanpa ada ketakutan berat sebelah BANGI Jangan campur tangan urusan pihak keselamatan jika DAP parti yang paling dominan dalam kerajaan Malaysia tidak mahu dilihat sebagai pelindung penjenayah...
5 Kerugian Langsung Cek Hp Saat Bangun Tidur Nggak Capek Kepikiran Hal Yang Bukan Urusanmu

5 Kerugian Langsung Cek Hp Saat Bangun Tidur Nggak Capek Kepikiran Hal Yang Bukan Urusanmu

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 191 hits
Bangun tidur pikiran bukannya fresh malah kacau gara gara langsung kepoin Instastory nya orang orang
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad