Usah Ganggu Polis Jika Dap Tak Nak Dilihat Lindung Pengganas
Oleh Fazleen Safina PDRM perlu laksana siasatan tanpa ada ketakutan, berat sebelah

 BANGI – Jangan campur tangan urusan pihak keselamatan jika DAP – parti yang  paling dominan dalam kerajaan Malaysia – tidak mahu dilihat sebagai  pelindung penjenayah dan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil  Eelam (LLTE)
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah  Mat Nawi berkata, parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH) juga  perlu bersikap tegas dengan campur tangan pemimpin DAP, supaya kerajaan  juga tidak terpalit dengan isu berkenaan
Beliau berkata, perkara itu juga penting bagi menjaga ketenteraman awam dan keselamatan rakyat di negara ini
“Jadi ia adalah isu penting dan kalau  kerajaan tak mahu dilihat sebagai pelindung kepada penjenayah, mereka  sepatutnya tidak mengganggu sebarang siasatan daripada pihak polis  ataupun mana-mana pihak berkuasa yang lain,” katanya ketika dihubungi  Ismaweb, hari ini
Beliau berkata demikian mengulas campur  tangan pimpinan tertinggi DAP seperti Lim Guan Eng, Charles Santiago, P  Ramasamy dan M Kula Segaran yang menafikan serta mempersoalkan penahanan  beberapa ahli politik parti berkenaan kerana disyaki terbabit LTTE
Sebelum ini, polis menahan lima lagi  individu termasuk seorang guru kerana disyaki terbabit dalam mempromosi,  menyokong, memiliki bahan dan menyalurkan dana membabitkan LTTE,  menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan berkaitan LTTE sejak Khamis  lepas kepada 12 orang
Mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)
Mengulas lanjut, Che Abdullah turut  mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak bertolak ansur  dengan perkara berkaitan pengganas
Justeru, beliau mengharapkan supaya Polis  Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan siasatan yang menyeluruh tanpa  dengan mengamalkan konsep ‘No Fear No Favour’ (tiada ketakutan dan tiada  berat sebelah)
“Oleh itu, pihak PDRM juga harus diberi  kuasa dan mandat sebenar untuk menyiasat, dan saya juga menyokong pihak  polis untuk meneruskan siasatan ini,” katanya
LTTE mencetuskan pemberontakan pemisah  untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam, utara Sri Lanka apabila  golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil iaitu kumpulan  minoriti
Kumpulan pemberontak itu yang dilaporkan  tidak aktif lagi selepas Prabhakaran terbunuh dalam operasi ketenteraan  Kerajaan Sri Lanka, pernah disenarai hitam sebagai kumpulan pengganas  dan diharamkan lebih 30 negara, termasuk Malaysia
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/usah-ganggu-polis-jika-dap-tak-nak.html