Kalau Nak Berniaga Wajib Cari Jalan Cara Memulakan Perniagaan Dengan Kos Yang Paling Rendah




Petua asas untuk semua orang yang tak ada pengalaman berniaga secara sepenuh masa ini perlu dihayati betul-betul kalau anda ada hasrat nak berhenti kerja makan gaji dan jadi usahawan.
Sama juga jika anda sudah berniaga dan perniagaan yang sedang dijalankan sekarang sudah berjaya mencapai tahap mampu menyara kehidupan anda dan keluarga dengan selesa. Petua ini tetap masih relevan dan perlu dipegang kukuh.
Untuk golongan pertama di atas, ini penting sebagai jalan berhati-hati sebab orang yang baru nak berniaga, tanpa pengalaman berjaya sebelum ini, sering punya impian dan keyakinan yang sangat besar sedangkan dia tak sedar keupayaannya masih sangat kecil berbanding impiannya.
Untuk golongan kedua di atas pula, ramai yang lupa diri mentang-mentang perniagaan yang dia usahakan dengan pantas berjaya mencanak naik, dia rasa dirinya penyumbang besar atas kejayaan itu atas faktor dia pandai. Selalunya rasa bagus itu hanyalah syok sendiri atau lebih tepat disebut 'perasan bagus'. Kejayaan dalam perniagaan tidak boleh tidak sentiasa dibantu oleh faktor nasib baik luar kawal. Orang yang pandai macam manapun, jika nasib tidak menyebelahinya, akan kecundang lingkup juga.
Kos mula paling rendahBolehkah memulakan perniagaan dengan kos yang paling rendah?
Bila nak berniaga, perkara-perkara berikut terbayang di dalam kepala untuk disediakan:
Syarikat - Kena daftar SSM, buka akaun bank, sediakan apa-apa lesen perniagaan yang patut dll. Pengenalan asas bisnes - Kad perniagaan, kepala surat, dan lain-lain seumpamanyaPremis perniagaan - Pejabat operasi, pejabat pengurusan dll.Peralatan dan mesin - Semua barang yang perlu ada untuk membolehkan produk atau servis anda dapat ditawarkan kepada pelanggan.Pekerja - Samada sepenuh masa atau separuh masa. In-house atau outsourcePelanggan - B2B, B2C, swasta atau kerajaan atau gabungan kesemuanya.Ada 2 cara dalam menyediakan semua yang anda dah senaraikan di atas itu. Yang pertama adalah, sejak dari awal lagi, berusaha menyediakan semua yang disebutkan di atas dengan lengkap tip-top. Selalunya, anda yang pilih cara begini membuat andaian bahawa tanpa semua kelengkapan tersebut pelanggan tidak akan yakin dengan perniagaan yang dibuat. 
Andaian itu ada betulnya. Kalau anda dah lama berniaga, nak pilih vendor sudah tentu tak mahu ambil risiko dengan pilih vendor yang tidak meyakinkan, pejabat atau premis perniagaan pun tak ada. Jika anda pengguna  awam, sama juga. Tak akan ambil risiko material dan mental beli barang dari syarikat perniagaan yang tak meyakinkan.
Itu cara pertama. Ada satu lagi cara yang anda boleh buat. Untuk itu anda hendaklah punya fikiran yang kreatif dan realistik dengan hanya memberikan tumpuan pada perkara asas saja. Yang ini adalah pilihan saya dan saya syorkan pada anda juga jika nak mula berniaga atau jika nak buat satu lagi perniagaan baru selepas yang pertama dah lancar.
Jom semak semula senarai keperluan asas di awal atas tadi untuk memulakan perniagaan dengan kos yang paling rendah.
Syarikat – Kalau ada modal lebih buat syarikat Sdn Bhd. Kalau tidak cukup, buat syarikat Enterprise saja.Ini perkara asas yang anda perlu adakan. Untuk makluman, ramai orang yang menjalankan perniagaan tanpa ada apa-apa syarikat pun. Bagi saya elok disediakan kerana sebab berikut.Mematuhi undang-undang perniagaanMembina perniagaan dengan cara yang betul sejak awal.Mula membina reputasi syarikat dengan membuka akaun bank dan mula mengadakan transaksi.Dengan adanya akaun bank, anda mengelakkan kerja remeh mencatatkan akaun wang keluar masuk sebab bank akan hantar penyata setiap bulan sebagai rekod transaksi keluar dan masuk serta dan perkembangan aliran kewangan dalam perniagaan anda.Kad perniagaan, kepala surat dll – Ini perlu disediakan tapi tak payah buat cara mahal. Gunakan template pada microsoft words untuk mencipta kepala surat. Kad perniagaan pula sekarang ni terlalu murah untuk disediakan. Ringkasnya ini bukanlah urusan yang membebankan dengan kos yang tinggi. Boleh cover bab keperluan ini dengan mudah.Pejabat – Selain dari perniagaan restoran, perniagaan yang perlukan pelanggan hadir di premis perniagaan anda atau seumpamanya, pejabat operasi sebenarnya tidak diperlukan. Anda boleh jadikan rumah sebagai pejabat. Adakan kelengkapan asas seperti telefon, internet dll sekiranya perlu. Jika perlu juga pejabat atas kehendak pelanggan, tumpang saja pejabat kawan.Pekerja / peralatan & mesin – Selagi tak ada pelanggan yang mencukupi, tak perlu adakan langsung kelengkapan dan pekerja. Jika dapat kerja, boleh sub (outsource) terlebih dahulu pada rakan lain yang ada kelengkapan dan pekerja. Anda sendiri perlu membuat pemantauan kerja agar berpadanan dengan apa yang telah dijanjikan. Sentiasa berfikir ke arah ini sebelum habiskan duir beli kelngkapan dan rekrut staff.Pelanggan – Kalau nak berniaga, ini memang perlu diadakan tapi anda wajib tahu siapa pelanggan yang anda sasarkan dengan jelas. Lebih detail anda boleh jelaskan siapa mereka, lebih mudah untuk anda dapatkan pelanggan. Bisnes akan jadi susah bila anda rasa semua manusia di muka bumi ini adalah pelanggan anda. Walau dengan apa cara sekalipun berusaha kenal pasti dan buru pelanggan sampai dapat tangkap mereka. Bila dah tangkap, kurung atau ikat mereka. Layan pelanggan pertama anda seperti raja agar ia membawa kepada pelanggan kedua dan seterusnya ketiga. Selalunya sebaik saja anda berjaya mendapatkan 3 pelanggan pertama (bukan kawan simpati atau keluarga). Perniagaan anda sudah mula bergerak.Awas janji palsu pelangganSatu perkara yang sering menjadi perangkap kepada para usahawan terutamanya yang belum ada pengalaman adalah janji daripada pelanggan untuk membeli produk atau khidmat anda dengan bersyarat.
Perlu ada pekerja yang ramai mencukupi. Siap beritahu berapa orang dan sebagainya.Perlu ada kenderaan. Siap berikan spesifikasi lagi.Perlu ada mesin-mesin tertentu. Perlu ada pejabat yang hebat.Dll seumpamanyaPetua saya, jangan sesekali sediakan semua tersebut selagi tidak ada hitam putih yang anda akan diberikan kerja jika sudah sediakan semua senarai keperluan itu. Jika dia kata sediakan dulu kemudian akan beri kerja atau jadi pelanggan anda, cari jalan sediakan semua itu di matanya secara formal dalam kertas tanpa perlu adakan lagi secara fizikal.
Ramai kawan-kawan yang saya kenal lingkup apabila dengan bersemangat dan penuh keyakinan menyediakan semua keperluan tersebut. Mereka dengan suci berharap pelanggan mengotakan janjinya. Tapi malangnya ia tidak berlaku. Dan pelanggan tak salah pun sebab tak ada perjanjian yang sah. Kalau anda saman bawa ke mahkamah pun buang masa saja.
Di sebabkan mudah percaya yang manusia sentiasa kotakan janji, anda terpaksa tanggung kos yang tidak sepatutnya. Ini memudahkan lagi berlaku kehancuran dalam perniagaan yang baru nak bertatih.


Tertipu janji kosong
Saya kongsikan cerita sebenar di sini.
Saya ada kawan yang memiliki sebuah firma guaman. Sebuah bank besar telah janjikan kerja yang banyak dengan syarat dia hanya perlu adakan jumlah pekerja seramai 25 orang.
Dengan bersusah payah dia mengadakan jumlah pekerja sebesar itu sedangkan kerja belum lagi dapat. Sebulan menjadi dua bulan dan akhirnya dah enam bulan kerja masih tak masuk-masuk.
Bayangkan kos yang keluar paling busuk RM25k sebulan di darab dengan 6 menjadi RM150 ribu. Semua kos itu terpaksa ditanggungnya. Akhirnya hutang bertimbun, pekerja cabut lari, firma tungging terbalik, Along jadi teman berhibur.
Sedangkan anda boleh adakan jumlah pekerja yang diminta oleh bank tanpa benar-benar adakannya selagi kerja tak masuk.


“Jangan sesekali keluarkan kos pada perkara yang belum sahih”


Jika anda boleh amalkan konsep yang tersebut di atas, insyaallah anda boleh mula perniagaan dengan kos yang paling rendah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2025/03/kalau-nak-berniaga-wajib-cari-jalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Tahu Bagaimana 8 Cara Tanam Pokok Bromeliad Paling Mudah

Nak Tahu Bagaimana 8 Cara Tanam Pokok Bromeliad Paling Mudah

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 125 hits
Cara Tanam Pokok Bromeliad Ramai sebenarnya belum tahu bagaimana cara tanam pokok bromeliad dengan betul ini Jadi sebelum kita belajar beberapa kaedah penanaman apa kata kita belaja sedikit info mengenai bromeliad ialah tumbuhan tropika yan...
Cara Cpr Orang Lemas Orang Tak Sedarkan Diri Yang Wajib Anda Buat

Cara Cpr Orang Lemas Orang Tak Sedarkan Diri Yang Wajib Anda Buat

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 123 hits
Cara CPR Orang Lemas Situasi kecemasan seperti lemas atau kehilangan kesedaran boleh berlaku secara tiba tiba tanpa sebarang tanda amaran Dalam keadaan ini pengetahuan mengenai Cardiopulmonary Resuscitation amat penting kerana ia boleh menj...
Guna Khidmat Runner Tukar Duit Raya Uai Kongsi Cara Nak Elak Riba

Guna Khidmat Runner Tukar Duit Raya Uai Kongsi Cara Nak Elak Riba

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 94 hits
Guna khidmat runner tukar duit raya UAI kongsi cara nak elak riba Meskipun menukar not kertas untuk duit raya menjadi amalan biasa terdapat situasi tertentu yang boleh membawa kepada riba jika tidak dilakukan dengan betul Guna Khidmat Runne...
Thyroxine Buat Berat Badan Naik Fahami Sebab Dan Cara Nak Elak

Thyroxine Buat Berat Badan Naik Fahami Sebab Dan Cara Nak Elak

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 141 hits
Kalau korang tengah makan ubat thyroxine sebab ada masalah tiroid mungkin ada yang perasan berat badan naik sikit Pelik kan Sepatutnya ubat ni betulkan hormon tapi kenapa pulak berat bertambah Sebenarnya bila hormon tiroid korang dah stabil...
Cara Cari Duit Lebih Side Income Kerja Kosong

Cara Cari Duit Lebih Side Income Kerja Kosong

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 121 hits
Memandangkan ramai yang hilang kerja saudara cuba senaraikan jenis gig jobs untuk cari side income kat sini Ramai fikir yang ada cuma Grab atau Foodpanda saja So kalau useful please share simpan for future reference Mari doakan semua murah ...
Bateri Kereta Cepat Kong Ini Punca Cara Nak Elakkan

Bateri Kereta Cepat Kong Ini Punca Cara Nak Elakkan

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 65 hits
Bateri Asyik Kong Jangan Sampai Kena Towing Pernah tak dah siap nak keluar masuk kereta pusing kunci tapi enjin senyap je Atau tengah isi minyak lepas tu kereta tak boleh start Kalau pernah memang sah bateri dah kong Stress kan Lagi lagi ka...
Ramai Yang Main Hentam Saja Tuang Air Panas Dulu Cara Salah Bancuh Susu Anak

Ramai Yang Main Hentam Saja Tuang Air Panas Dulu Cara Salah Bancuh Susu Anak

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 94 hits
Para ibu memang disaran memberi susu ibu kepada bayi ia memang susu terbaik Namun tak semua yang bergelar mama dapat melakukannya Atas faktor faktor tertentu susu formula terpaksa dijadi pengganti Dah tentu khasiatnya tidak setanding susu i...
Kad Peribadi Mae Kelebihan Syarat Kelayakan Dan Cara Mohon

Kad Peribadi Mae Kelebihan Syarat Kelayakan Dan Cara Mohon

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 119 hits
Kad Peribadi MAE merupakan inisiatif terkini oleh Maybank yang menggabungkan kad matrik pelajar dengan kad debit MAE direka khusus untuk memudahkan urusan pelajar dalam pembayaran dan akses fasiliti institusi pendidikan Pada masa ini progra...
Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 156 hits
Cara mudah dan cepat cek tekanan angin tayar kereta Nanti boleh jadikan panduan waktu nak pam angin tayar di stesen minyak
Piring Tembaga Bukti Kekuasaan Wanita Keatas Lelaki

Qcy H3 Pilihan Tepat Untuk Fon Kepala Bajet Dengan Audio Mantap

Pengkhianat Negara Wajar Dikenakan Hukuman Berat

Klia Ranks Among Top 10 In Global Airport Survey

How Land Surveying And Site Planning Shape The Future Of Architecture

Two Company Owners Clerk Nabbed Over Bribes To Expedite Malaysian Citizenship Applications

Apa Itu Hari Nuzul Al Quran

The First Moon Landing By Apollo 11 A Giant Leap For Mankind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Building Strong Company Culture

Sebalik Balik

Gbp Usd 17 Februari Kenaikan Harga Meletak Harapan Pada Jerome Powell

Piala Asia 2027 Tarikh Kejohanan Format Pasukan Sejarah

20 Koleksi Pantun Sweet Eratkan Kemesraan Dengan Pasangan

15 Warga Bangladesh Cuba Bolos Sebagai Pemain Kriket Ditahan Di Klia Akps