Kalau Najib Diberi Pengampunan Apakah Denda Rm210 Juta Kira Diampunkan Sekali






Susulan pengampunan Najib Razak tidak dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 28 April lalu, dilaporkan perkara tersebut akan diangkat semula pada suatu tarikh dan masa lain yang bersesuaian.


Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, Khairul Dzaimee Daud mengesahkan pengampunan Najib tidak dibincangkan ketika mesyuarat pada 28 April lalu di Istana Negara.


“Urusetia Lembaga Pengampunan juga ingin memaklumkan bahawa kertas rayuan pengampunan Najib tidak dapat dibawa pada mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ini.


“Sebaliknya, kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan-peraturan yang terpakai,” kata Khairul Dzaimee yang juga Setiausaha Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam kenyataannya.


Berdasarkan kenyataan di atas, isu pengampunan Najib masih lagi terbuka dan tidak terus tertutup di sebalik ia tidak dibincangkan pada 28 April lalu.


Difahamkan juga, Lembaga Pengampunan bermesyuarat sebanyak tiga kali dalam setahun.


Boleh jadi ia mungkin diangkat untuk dibincangkan pada mesyuarat yang berikutnya atau pada masa lain yang sesuai.


Menoleh ke belakang, sebelum Najib dijatuhi hukuman penjara, beberapa personaliti politik negara ini juga pernah menerima hukuman penjara yang kemudian diampunkan kesalahan mereka.


Antaranya ialah bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris; bekas Menteri Belia dan Sukan, Mokhtar Hashim dan PMX sekarang, Anwar Ibrahim.


Tetapi, semua mereka diberi pengampunan setelah masing-masing menjalani lebih separuh daripada hukuman penjara yang dijatuhkan.


Harun Idris dihukum penjara selama enam tahun pada 1977 dan diberi pengampunan diraja pada 1981.


Mokhtar Hashim dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas tuduhan membunuh Speaker DUN Negeri Sembilan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1982.


Hukuman itu kemudian ditukar kepada penjara seumur hidup oada 1984 dan diberi pengampunan diraja pada 1991.


Anwar pula dihukum penjara selama lima tahun pada 2015 dan diberi pengampunan diraja pada 2018 setelah PH berjaya menumbangkan BN pada PRU di tahun tersebut.


Dalam kes semua di atas – Harun Idris, Mokhtar Hashim dan Anwar – hukuman yang mereka terima ialah penjara semata-mata.


Bila diberi pengampunan diraja, bermakna mereka berhak hidup bebas seperti rakyat biasa.


Berbeza dengan Najib, selain dihukum penjara selama 12 tahun, beliau juga didenda sebanyak RM210 juta.


Tidak kira bila pengampunan bakal diterimanya – tahun ini, tahun depan atau selepas PRU16 akan datang – jika beliau diberi pengampunan diraja, apakah ia melibatkan hukuman penjaranya saja atau denda RM210 juta itu kira “diampunkan” sekali?


Atau bolehkah hukuman penjara 12 tahun saja diberi pengampunan, tetapi denda RM210 juta masih wajib dijelaskan kepada kantung kewangan negara, sesuai dengan skandal 1MDB yang membawa beban dan sengsara kepada rakyat seluruhnya? – ShahbudinHusin 03/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/05/kalau-najib-diberi-pengampunan-apakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pengampunan Najib Amanah Parti Kawan Makan Kawan Puad Zarkashi

Isu Pengampunan Najib Amanah Parti Kawan Makan Kawan Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 224 hits
bharian com myOleh April 30 2023 11 02amAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi Foto NSTPKUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengakui sukar untuk bersabahat dengan Parti Amanah Nega...
Kian Ming Dap Tak Akan Boleh Kompromi Isu Pengampunan Najib

Kian Ming Dap Tak Akan Boleh Kompromi Isu Pengampunan Najib

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 292 hits
malaysiakini comBekerjasama dengan parti berbeza dalam kerajaan perpaduan membuatkan DAP perlu berkompromi dan bagi bekas wakil rakyatnya Ong Kian Ming kompromi itu masih di tahap yang boleh diterima penyokong akar umbi parti Namun bekas ah...
Selepas Amanah Dan Muda Kini Ahli Pkr Kecam Isu Pengampunan Najib

Selepas Amanah Dan Muda Kini Ahli Pkr Kecam Isu Pengampunan Najib

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 252 hits
satuberita myBy May 2 2023SELEPAS parti Amanah dan Muda menyuarakan pandangan terhadap isu pengampunan Najib Razak kini Pemuda PKR tampil bersuara dan menyifatkan gesaan membebaskan bekas perdana menteri itu oleh penyokongnya sebagai pemiki...
Sidang Lembaga Pengampunan Tak Bincang Permohonan Najib

Sidang Lembaga Pengampunan Tak Bincang Permohonan Najib

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 245 hits
bharian com myOleh April 28 2023 6 41pmDatuk Seri Najib Razak NSTPKUALA LUMPUR Lembaga Pengampunan yang bersidang pagi tadi tidak membincangkan mengenai petisyen rayuan pengampunan yang difailkan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk diampun da...
Tolak Pengampunan Najib Amanah Dakwa Langkah Umno Terpesong

Tolak Pengampunan Najib Amanah Dakwa Langkah Umno Terpesong

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 295 hits
agendaily com27 04 2023Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman 12 tahun penjara setelah kekal didapati bersalah melibatkan RM42 juta dana SRC International Parti Amanah merayu kepada Yang di Pertuan Agong dan Lembaga Pe...
Umno Pun Selepas Ini Janganlah Desak Lagi Pengampunan Najib

Umno Pun Selepas Ini Janganlah Desak Lagi Pengampunan Najib

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 841 hits
Ribut kecil yang berlaku disebabkan UMNO tersinggung dengan kenyataan Khalid Samad berkenaan pengampunan Najib Razak akhirnya reda dan boleh dikata selesai setelah Timbalan Presidan Amanah Salahuddin Ayub menunjukkan sikap budiman membuat p...
Henti Komen Tidak Sepatutnya Isu Pengampunan Najib Kata Zahid

Henti Komen Tidak Sepatutnya Isu Pengampunan Najib Kata Zahid

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 431 hits
Henti komen tidak sepatutnya isu pengampunan Najib kata Zahid Dikemas kini 46 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Apr 2023 1
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej