Kalau Maniam Ah Seng Kena Pun Kita Pertahankan Kata Pas


Anne Muhammad  
   
Pembangkang menafikan menggunakan isu kematian Allhayarham Muhammad Adib Mohd Kassim sebagai senjata politik mereka.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata pihaknya terpanggil untuk mempertahankan anggota bomba terbabit selepas melihat kes tersebut dikendalikan secara meragukan.

Jika pembangkang mahu mempolitikkan isu berkenaan, katanya, mereka boleh berarak dijalan raya.

Namun kata anggota parlimen Kota Bharu itu, pembangkang tidak ada sebab untuk mereka tidak meyakini sistem perundangan negara.

"Cuma apabila sesuatu (pihak) campur tangan dari peguam negara berlaku, baru kita buat kenyataan hari ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama Ketua Pembangkang yang juga Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad dan Ketua Whip Umno Mahdzir Khalid.

Pada 27 Mei lalu peguam, Syazlin Mansor, menarik diri daripada mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam inkues kematian Adib.
Untuk rekod Syazlin juga bertindak sebagai peguam kepada keluarga Adib.

Semalam Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nor Hizwan Ahmad, mendakwa penarikan diri Syazlin dibuat atas arahan Peguam Negara Tommy Thomas melalui sepucuk surat bertarikh 23 Mei.

Baca AG senaraikan empat alasan peguam dinasihat tarik diri
Kata Takiyuddin pembangkang "menuntut keadilan" atas kematian Adib kerana keluarganya sudah kehilangan anak, selain membela kakitangan kerajaan yang terkorban semasa menjalankan tugas.

Menurut Takiyuddin, tindakan itu dibuat ketika secara kebetulan individu yang terbunuh bernama Adib.

“Kalau yang meninggal itu namanya Maniam, Ah Seng pun kita akan pertahankan macam ini juga, bukan sebab namanya Adib, tapi melihat apa yang dialami oleh si mati ini,” katanya.

Mengapa lepas 5 bulan Menurut Takiyuddin PAS dan Umno tidak menggunakan isu kematian Adib seperti pembangkang kerajaan terdahulu (merujuk kepada parti gabungan PH) menggunakan isu kematian Teoh Beng Hock untuk tujuan politik.

“Kita perlu bezakan isu mempolitikkan (sebab) PAS mempersoalkan cara pengendalian inkues saja," katanya.

Sementara itu, PAS dan Umno juga mempertikaikan arahan Thomas supaya Syazlin menarik diri daripada inkues itu.

Takiyuddin berkata, Jabatan Peguam Negara seharusnya mempertikaikan pelantikan Syazlin lebih awal, dan bukannya ketika sesi inkues hampir tamat.

“Kenapa selepas lima bulan (baru) minta Syazlin tarik diri? Sebelum ini peguam yang hendak mewakili kuil Sri Maha Mariamman dibantah tetapi peguam mewakili Syazlin tidak pernah dibantah. Tommy bertindak di luar batasan kuasanya.

“Kita hendak beritahu beliau, jangan kendalikan Jabatan Peguam Negara sebagai firma guamannya sendiri.

"Jabatan itu ada peraturan dan aturannya. Jangan buat perkara yang boleh menghilangkan keyakinan rakyat pada jabatan itu,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/kalau-maniam-ah-seng-kena-pun-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Admin Facebook Dr Maza Tidak Berakhlak Kata Pemuda Pas

Admin Facebook Dr Maza Tidak Berakhlak Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 312 hits
Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari mengecam pengurus Facebook DrMaza com kerana mengaitkan suspek kes bakar kereta Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan PAS Menyifatkan hantaran Facebook DrMaza com itu sebagai sangat sangat ...
Zakat Dari Islam Untuk Islam Dan Diuruskan Islam Kata Pas

Zakat Dari Islam Untuk Islam Dan Diuruskan Islam Kata Pas

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 337 hits
Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi hari ini meminta pemimpin politik bukan Islam agar tidak mengambil kesempatan terhadap pemberian zakat terhadap orang Islam Katanya tindakan itu sebagai sesuatu yang tidak wajar dan belum pernah b...
Piagam Pas Umno Hanya Untuk Kuasa Kata Husam

Piagam Pas Umno Hanya Untuk Kuasa Kata Husam

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 318 hits
Piagam PAS Umno hanya untuk kuasa kata Husam Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 May 2019 10 29AM
Dr Maszlee Bodoh Kata Exco S Gor Dap Ap Pas Bela

Dr Maszlee Bodoh Kata Exco S Gor Dap Ap Pas Bela

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 290 hits
PAS pertahan menteri diserang pemimpin DAPKOTA BHARU Pendirian tegas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mempertahankan kuota kemasukan program matrikulasi disokong anggota parlimen PAS Anggota Parlimen Pengkalan Chepa Ustaz Ahmad Marzuk Sh...
Muafakat Umno Pas Penuh Keberkatan Jadi

Muafakat Umno Pas Penuh Keberkatan Jadi

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 268 hits
Walaupun muafakat yang dijalinkan PAS bersama Umno didakwa mendapat penuh keberkatan anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz memberi ingatan ia bukan tiket untuk parti itu bermain dengan sentimen perkauman Kata Nik Abduh Isl...
Jika Pas Bersama Ph

Jika Pas Bersama Ph

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 380 hits
Pada pendapat saya Pas akan menjadi lebih efektif jika bersama PH tetapi Pas membangkitkan isu kononnya orang Cina menguasai kerajaan ini kesalahan Pas kerana meninggalkan PH Kalau Pas masih bersama PH jumlah kerusi mereka sebanyak 18 kerus...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice