Kalau Makcik Tiada Siapa Yang Akan Jaga Mereka Nanti Ibu Tunggal Tak Sangka 4 Anaknya Lumpuh Secara Tiba Tiba


The Reporter



Hanya Tuhan tahu keperitan hidup terpaksa dilalui warga emas, Rosanani Salleh apabila empat daripada lapan anaknya lumpuh seluruh badan akibat penyakit saraf.


Dengan kudratnya tidak seberapa, ibu tunggal berusia 62 tahun itu cekal menguruskan anak keduanya, Mohd Amerizam Razali, 42; anak kelima Mohd Marsudi, 36; dan anak keenam Mohd Aismuddin, 33; yang memerlukan penjagaan rapi.


Anak sulungnya Rozanariah, 43, yang turut menghidap penyakit sama tinggal berasingan memandangkan sudah berkahwin dan dijaga suami serta tujuh anaknya yang berumur antara 20 hingga lima tahun.


Rosanani yang bekerja sebagai penjual lemang berkata, dia tidak menyangka akan ditimpa nasib sedemikian memandangkan keempat-empat anaknya itu secara tiba-tiba diserang penyakit saraf ketika berusia antara 20-an hingga 30-an.


"Sebelum ini mereka normal dan menjalani kehidupan seperti biasa. Masing-masing sudah bekerja, namun tiba-tiba sakit. Tiada simptom jelas.


"Malah ada daripada mereka tiba-tiba bangun tidur tidak boleh berjalan dan lama-kelamaan lumpuh seluruh badan," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Teluk Kalung, di sini.


Episod duka keluarga Rosanani bermula apabila arwah suaminya, Razali Othman yang meninggal dunia pada 2009 turut menghidap penyakit saraf semasa berusia 20-an.


Rosanani berkata, dengan pendapatan menjual lemang hanya sekitar RM1,000 sebulan menyebabkan dia agak tertekan kerana pengurusan dan pengubatan anaknya yang kurang upaya itu memerlukan belanja tinggi.


"Mereka semua dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 seorang, namun jumlah itu tidak cukup memandangkan kos membeli lampin pakai buang dan ubat-ubatan sahaja melebihi RM1,000.


"Mak cik pun tidak dapat jual lemang dengan lebih banyak kerana hanya sekitar 11 pagi baru mak cik boleh ke gerai untuk persiapan membakar lemang dan berniaga. Pada sebelah pagi, mak cik perlu uruskan anak terlebih dahulu," katanya sambil memberitahu pergerakan anaknya itu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kerusi roda.


Menurutnya, empat empat anaknya yang lain hanya bekerja biasa dengan pendapatan tidak seberapa dan tidak dapat banyak membantunya.


Katanya, walaupun pakar perubatan di hospital memberitahu anaknya itu tiada harapan untuk sembuh, dia sentiasa berdoa semoga satu hari nanti mereka dapat berjalan dan menguruskan diri sendiri.


"Siang malam mak cik berdoa semoga sekurang-kurangnya mereka boleh berjalan. Mak cik sangat risau kalau mak cik sudah tiada nanti siapa akan menjaga mereka.


"Mak cik sudah biasa 'memekakkan' telinga menghadapi pelbagai tohmahan masyarakat sekeliling mengenai nasib keluarga kami ini," katanya sambil menahan sebak.


Sumber: Bernama


November 09, 2021 at 06:29AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/11/kalau-makcik-tiada-siapa-yang-akan-jaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Kata Jaga Anak Saya Waktu Itu Bukan Tanggungjawab Dia Ibu Tampil Beri Penjelasan Selar Netizen Memfitnah Mereka

Siapa Kata Jaga Anak Saya Waktu Itu Bukan Tanggungjawab Dia Ibu Tampil Beri Penjelasan Selar Netizen Memfitnah Mereka

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 325 hits
The ReporterSusulan tular kes pasangan suami isteri memaki hamun pengawal keselamatan bangunan kediaman yang didakwa tidak menjaga anak perempuan mereka berusia tiga tahun ramai netizen tampil menyelar tindakan pasangan berkenaan yang diang...
Kerajaan Negeri Bantu Ibu Jaga 4 Anak Lumpuh

Kerajaan Negeri Bantu Ibu Jaga 4 Anak Lumpuh

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 277 hits
BH ONLINE Hanafiah melawat empat beradik yang lumpuh seluruh badan akibat penyakit saraf di Kampung Teluk Kalong hari ini Turut kelihatan ibu mereka Rosanani Salleh 62 foto BERNAMA KEMAMAN Keperitan hidup warga emas Rosanani Salleh bersama ...
Kunjungi Ibu Trimah Yang Dititipkan 3 Anaknya Di Panti Jompo Crazy Rich Malang Dibuat Terharu

Kunjungi Ibu Trimah Yang Dititipkan 3 Anaknya Di Panti Jompo Crazy Rich Malang Dibuat Terharu

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 254 hits
Meski tak ada seorang pun anaknya yang mau mengurusnya lagi Ibu Trimah sama sekali tak dendam maupun benci Malah ia tetap mendoakan anak anaknya
Kasih Ibu Pada Anaknya Yang Dah Bertahun Tak Balik

Kasih Ibu Pada Anaknya Yang Dah Bertahun Tak Balik

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 328 hits
hai assalammualaikumKasih Ibu Pada Anaknya Yang Dah Lama Tak Balik Kampung Permintaan seorang anak bila dapat balik kampung nak makan makanan raya yang dibuat ibunya sendiri Bayangkan dah berapa kali raya terlepas pastinya makanan raya diri...
Rupanya Caprice Sunting Ibu Tunggal Anak 1 Kecantikan Isterinya Jadi Tumpuan

Rupanya Caprice Sunting Ibu Tunggal Anak 1 Kecantikan Isterinya Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 388 hits
Caprice nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli merupakan Penyanyi komposer dan bergelar usahawan Sebelum ini tular nama caprice apabila dikaitkan dengan pended4han beliau yang perna...
Caprice Bernikah Dengan Ibu Tunggal Dari Kelantan

Caprice Bernikah Dengan Ibu Tunggal Dari Kelantan

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 294 hits
Caprice bernikah dengan ibu tunggal dari Kelantan Penyanyi rap sensasi Caprice dikhabarkan sudah menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati Farra Inalis yang berusia 26 tahun Menerusi sekeping foto yang dimuat naik dalam Instastory ...
Tiba Tiba Empat Anak Lumpuh

Tiba Tiba Empat Anak Lumpuh

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 222 hits
BERNAMAROSANANI bersama empat anaknya yang lumpuh seluruh badan akibat penyakit saraf FOTO Bernama Chukai Hanya Tuhan tahu keperitan hidup terpaksa dilalui warga emas Rosanani Salleh apabila empat daripada lapan anaknya lumpuh seluruh badan...
Pastikan Ibu Ayah Kita Di Kampung Dapatkan Info Terkini Tentang Covid 19 Lindungi Mereka

Pastikan Ibu Ayah Kita Di Kampung Dapatkan Info Terkini Tentang Covid 19 Lindungi Mereka

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 372 hits
Assalamulaikum Kes harian Covid 19 menunjukkan peningkatan dan ianya amat membimbangkan Kalau kita dapat dilihat bahawa covid 19 dapat disebarkan dengan cepat terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit kronik atau penyakit 3 serangkai i...
Penemuan Foto Terakhir Arwah Memang Mengejutkan Rakyat Indonesia Ibu Tak Sangka Suspek Sebenarnya Adalah

Penemuan Foto Terakhir Arwah Memang Mengejutkan Rakyat Indonesia Ibu Tak Sangka Suspek Sebenarnya Adalah

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 288 hits
Penemuan Foto Terakhir ARWAH memang MENGEJUTKAN Rakyat Indonesia Ibu Tak sangka SUSPEK Sebenarnya adalah Penemuan Foto Terakhir ARWAH memang MENGEJUTKAN Rakyat Indonesia Ibu Tak sangka SUSPEK Sebenarnya adalah
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Hundreds Of Fake Guns Seized In Raid On House In Segambut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terbukti Manfaat Pokok Ara Tanah Untuk Ketuat Dan Cagu

Burung Tempua Bersarang Tinggi

Percetakan Silkscreen Pada Plastik Kaca Botol Kosmetik Solusi Tahan Lama Profesional

Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti

Nugget Homemade

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri