Kalau Mahiaddin Tetap Tiada Rasa Malu Ismail Sabri Sepatutnya Jadi Yang Pertama Umum Letak Jawatan




Dengan keputusan MT UMNO lewat malam tadi menarik sokongan secara serta-merta kepada Mahiaddin Md Yasin, walaupun mungkin Takiyuddin Hassan masih cuba berhujah perkataan serta-merta itu tidak bermaksud segera atau secepat mungkin, tetapi Perdana Menteri kini telah ditinggalkan dengan pilihan yang cukup terhad.
Jika beliau masih ada maruah, harga diri dan perasaan malu, langkah pertama dan terbaiknya pagi ini ialah pergi ke Istana Negara untuk menghadap Agong bagi mengumumkan perletakan jawatannya.
Penarikan sokongan yang dibuat oleh UMNO yang mewakili 38 Ahli Parlimen dalam kerajaan PN bermakna Mahiaddin tiada keupayaan lagi untuk terus mempertahankan kerajaan PN dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Cuba bertahan lagi hanya akan membuatkan beliau terus dikeji, dibenci dan dikecam daripada segenap penjuru.
Walaupun ketetapan MT itu tidak disertai dengan kemestian untuk Ahli Parlimen UMNO dalam kerajaan meletak jawatan, Mahiaddin dalam hal ini harus ada tanggungjawab moral yang tinggi untuk menyelamatkan masa masa depan negara.
Tiada lagi majoriti yang ketara bermakna beliau tidak berhak lagi memimpin negara.
Kegagalan beliau, antaranya sebagaimana yang ditekankan dalam keputusan MT malam tadi iaitu gagal menangani pandemik Covid19, menyalahgunakan proklamasi darurat, gagal mempertahankan sistem demokrasi berparlimen, gagal mengurus kestabilan politik dan ekonomi serta memperkotak-katikkan titah Agong, adalah jelas perkara-perkara yang serius dan memalukan.
Ia tidak dapat diterima dan tergamak dilakukan oleh sebuah kerajaan yang mendakwa berjuang untuk rakyat dan dalam masa yang sama menjadi kerajaan yang berpaksikan kesetiaan kepada Raja dan Negara sebagaimaba termaktub dalam Rukunegara.
Maka itu, berundur dan meletak jawatan mesti menjadi pilihan utama bagi Mahiaddin.
Begitu pun, mengenali tingkah laku politik Mahiaddin yang ternampak sangat degil dan ingin terus berpaut kepada kuasa sebagaimana ditunjukkannya sepanjang 17 bulan sebelum ini, tidak mustahil beliau “buat tak reti” saja dengan ketetapan terbaru UMNO ini.
Paling-paling, untuk melengahkan lagi masa, beliau mungkin masuk hospital sekali lagi.
Dalam hal ini, jika kedegilan Mahiaddin tetap berterusan dan tiada perubahan kepada kedudukan kerajaan, Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik semalam, Ismail Sabri seharusnya menjadi pemimpin UMNO yang pertama meletakkan jawatan.
Tidak kisahlah jika dengan berbuat demikian, Ismail Sabri akan mencatat sejarah sebagai Timbalan Perdana Menteri paling singkat iaitu tidak sampai 12 jam, namun maruah parti yang memberi nikmat kepadanya selama ini tentulah jauh lebih tinggi lagi nilainya.
Realiti yang tidak boleh dinafikan juga, keputusan MT UMNO menarik sokongan serta-serta itu adalah keputusan yang dipersetujui oleh Ismail Sabri sendiri kolektif atas kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO.
Sebagaimana Mahiaddin tidak banyak pilihan, Ismail Sabri juga tidak ada banyak pilihan.
Dengan Ismail Sabri dapat menunjukkan teladan menjadi yang pertama meletakkan jawatan daripada kerajaan, barulah ada momentum untuk Ahli-Ahli Parlimen UMNO lain untuk turut berbuat demikian.
Setelah UMNO mengumumkan menarik sokongan secara serta-merta, tiada makna lagi bagi mereka untuk terus pergi ke pejabat dan berada dalam kerajaan gagal ini.
Kecuali, jika berlengah-lengah berbuat demikian, ia hanya memperlihatkan keinginan untuk ingkar kepada keputusan parti dan mahu menyeberang menyertai parti lain. 
(ShahbudinHusin 08/07/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/kalau-mahiaddin-tetap-tiada-rasa-malu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlantikan Tidak Ikhlas Mahiaddin Sah Sedang Tersepit Dan Ismail Sabri Pun Bakal Tersepit

Perlantikan Tidak Ikhlas Mahiaddin Sah Sedang Tersepit Dan Ismail Sabri Pun Bakal Tersepit

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 226 hits
Perlantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang pengumumannya hanya beberapa jam sebelum mesyuarat MT UMNO malam ini adalah jelas merupakan langkah terdesak Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin untuk mempertahankan jawat...
Pn Tinggal 77 Mp Mahiaddin Wajib Letak Jawatan

Pn Tinggal 77 Mp Mahiaddin Wajib Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 229 hits
Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin wajar meletak jawatan secepat mungkin berikutan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin b...
Ismail Sabri Dilantik Sebagai Tpm Zahid Hamidi Umum Umno Tarik Diri Dari Kerajaan Pn

Ismail Sabri Dilantik Sebagai Tpm Zahid Hamidi Umum Umno Tarik Diri Dari Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 389 hits
Ismail Sabri dilantik sebagai TPM Zahid Hamidi umum UMNO tarik diri dari Kerajaan PNBerkuatkuasa serta merta semalam Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas sekian lama jawatan tersebut tidak diisi o...
Mahiaddin Perlu Letak Jawatan Sebelum Sidang Khas Parlimen

Mahiaddin Perlu Letak Jawatan Sebelum Sidang Khas Parlimen

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 316 hits
ULASAN LEWATMahiaddin makin terdesak Kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam yang memaklumkan perdana menteri Mahiaddin Md Yassin dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur kerana menghidap diarrhea atau cirit birit men...
Mca Mic Umno Sabah Game Zahid Hamidi Hahaha Letak Jawatan Jela Buat Malu Jer

Mca Mic Umno Sabah Game Zahid Hamidi Hahaha Letak Jawatan Jela Buat Malu Jer

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 232 hits
Rakan rakan Umno dalam komponen BN tidak akan menyokong keputusan Majlis Tertinggi Umno semalam yang mengumumkan akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Sebaliknya mereka merancang untuk terus menyokong kerajaan Peri...
Ismail Sabri Alat Mahiaddin Untuk Pecahkan Umno Atau Alat Umno Untuk Cepat Rampas Kerusi Pm

Ismail Sabri Alat Mahiaddin Untuk Pecahkan Umno Atau Alat Umno Untuk Cepat Rampas Kerusi Pm

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 246 hits
Siapa sebenarnya Ismail Sabri Yaakob dalam perkelahian politik antara UMNO dengan Mahiaddin Md Yasin sekarang ini Pada awalnya ketika nama beliau diumumkan secara mengejut sebagai Timbalan Perdana Menteri beberapa jam menjelang mesyuarat MT...
Pelantikan Ismail Sabri Untuk Kukuhkan Mahiaddin

Pelantikan Ismail Sabri Untuk Kukuhkan Mahiaddin

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 363 hits
ULASANSAAT pemerhati dan peminat politik fokus kepada Umno menanti kejutan yang dikatakan akan berlaku dalam parti itu hari ini tiba tiba Mahiaddin Md Yassin umumkan Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri Kejutan dari Umno ber...
Tugas Tugas Ismail Sabri Hishammuddin Dalam Jawatan Baharu

Tugas Tugas Ismail Sabri Hishammuddin Dalam Jawatan Baharu

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 299 hits
Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi TPM pada Rabu sementara Hishammuddin Hussein diberi tanggungjawab memegang portfolio kluster keselamatan PETALING JAYA Hishammuddin Hussein tidak akan mengawasi hal hal harian berkaitan Covid 19 walaupun...
Ismail Sabri Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Fb Lokman Adam

Ismail Sabri Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Fb Lokman Adam

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 333 hits
Setiausaha Politik Menteri Kanan Keselamatan Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad membuat laporan polis berhubung kenyataan pemilik akaun Facebook bernama Lokman Adam berhubung tuduhan fitnah terhadap Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ism...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan