Pelantikan Ismail Sabri Untuk Kukuhkan Mahiaddin


ULASAN

SAAT pemerhati dan peminat politik fokus kepada Umno, menanti kejutan yang dikatakan akan berlaku dalam parti itu hari ini, tiba-tiba Mahiaddin Md Yassin umumkan Ismail Sabri Yaakob (foto) sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kejutan dari Umno berpidah ke luar Umno?
Dalam satu kenyataan ringkas dikeluarkan pejabat perdana menteri, turut diumumkan Hishammuddin Hussein sebagai menteri kanan dengan mengekalkan porfolio sebagai Menteri Luar Negeri.  
Hishammuddin juga akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini dipegang oleh Ismail Sabri. Mulai esok muka Hishammuddin akan muncul mengumumkan apa-apa maklumat, arahan dan perintah terbaru oleh MKN. 
Alasan pelantikan Ismail Sabri itu menurut kenyataan PMO itu untuk memenuhi keperluan rakyat dalam negara menghadapi krisis keselamatan dan ekonomi waktu ini. Ertinya Mahiaddin melihat ada kebolehan itu daripada Ismail Sabri? 
Pelantikan itu mengakhiri zaman "single" Mahiaddin, dan beliau tidak boleh bertahan dengan "poligami" dengan bantuan empat menteri kanan sebagai pembantunya dan terpaksa juga mempunyai seorang timbalan perdana menteri yang bakal menjalankan tugas-tugas rasminya semasa beliau tidak berupaya melakukannya, semisalnya sakit dan sebagainya. Apakah Mahiaddin sekarang ini sedang diheret cirit birit yang panjang?
Apabila baru hari ini, setelah 15 bulan kerajaan PN ditubuh, baru TPM dilantik, tentu ia menjadi tanda tanya. Walaupun ia dibuat atas alasan memenuhi kehendak rakyat demi negara ia tidak mudah diterima seadanya alasan itu. Tentu ada hal-hal menghambat dan mendesak beliau sehingga memaksa beliau  melantik TPM.
Sebelum ini ada orang lain dilihat berminat dengan jawatan berkenaan, malahan tokoh itu dikatakan pernah menggunakan kemudahan (prasarana) di JPM yang selalu diguna TPM sebelum ini untuk suatu urusan kerjanya. Apakah Mahiaddin sudah berunding dengan tokoh itu? Apakah tokoh itu sudah merelakannya? Atau rela dalam paksa?
Kelayakan.
Dalam hal ini, pemerhati politik melihat, pelantikan Ismail Sabri itu jauh daripada kelayakan beliau berada disitu apabila diukurkan kepada pengalaman dan track record pengkhidmatannya. Apa lagi bagi memenuhi kehendak rakyat dalam aspek ekonomi. Apakah kehandalan Ismail Sabri dalam aspek ekonomi dan iktisad serta diplomatik. Seorang TPM perlu memiliki segala keperluan selengkapnya. 
Masih ada tokoh lain jauh lebih berkelayakan dan dilihat sesuai, seperti Musatapa Mohamed, Annuar Musa atau Hishammuddiin Hussein sendiri untuk dilantik sebagai TPM. 
Jika diukur dari segi pengalaman dan senioriti, Ismail Sabri jauh lebih junior berbanding dengan Mustapa, Annuar atau pun Hishammuddin. Mungkin ia dibuat berdasarkan kedudukan dalam parti. 
Justeru pelantikan Ismail itu lebih dilihat kerana kedudukannya sebagai Naib Presiden Umno, tokoh yang dilihat kanan selepas Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan. Ismail Sabri adalah Naib Presiden Umno yang mendapat undi terbanyak.  

Berdasarkan hujah itu, tampaknya Mahiaddin membuat pelantikan itu untuk menyelamatkan dirinya. Beliau melihat Ismail Sabri adalah aset (dan alat) untuk dirinya bukan sangat kepada negara dan rakyat. Umum tahu, kedudukan Mahiaddin dan kerajaannya waktu ini sangat bergantung kepada sokongan Umno. Lantaran pelantikan itu dikira boleh bantu memperkukuhkan kedudukannya daripada membantu kerajaan dan rakyat keluar daripada kemelut kini.
Kebelakangan ini sudah nampak cula yang Ismail Sabri lebih bersimpati dengan Mahiaddin daripada presiden partinya sendiri. Cara bercakap, kenyataan tidak sehaluan dan kadang-kadang bercanggah  dengan Zahid sudah berlaku. Itu tanda-tanda bahawa Ismail Sabri lebih loyalist kepada perdana menteri daripada presiden parti. 
Tidak boleh tidak orang akan menyoal apakah pelantikan Ismail Sabri itu mendapat restu daripada Zahid Hamidi atau tidak. Sepatutnya sebagai orang diluar PBBM, Mahiaddin perlu mendapat "perkenan" ketua parti Ismail Sabri terlebih dahulu. 
Apabila dilihat kepada pelantikan beberapa menteri daripada Umno sebelum ini yang bukan atas restu atau pilihan Zahid, jelas pelantikan Ismail Sabri itu tidak melalui Zahid. Ia melangkau Zahid dan parti. Mungkin ia dibuat kerana persetujuan secara peribadi antara Ismail Sabri dengan Mahiaddin tanpa mempedulikan naluri Zahid.
Atau pun mungkin juga ada tindakan menanam tebu di bibir mulut dengan Zahid.  Kita sedia maklum dua malam lepas berlangsung pertemuan Zahid dengan para pemimpin Umno yang diadakan di premis Kementah di Wisma Perwira. Timbul persoalan kenapa pertemuan parti diadakan di premis kepunyaan Kementah, yang mana Ismail Sabri sebagai menterinya bukan di ibu pejabat Umno, di PWTC.
Kesediaan Zahid untuk menghadiri pertemuan di Wisma Perwira itu sudah dilihat janggal dan menunjukkan Zahid tewas dan seakan sudah mengaku kalah. Dan apakah solusi dicapai dalam pertemuan itu apa diumumkan Mahiaddin hari ini? Mungkin.
Sesungguhnya pelantikan Ismail Sabri itu bukan untuk rakyat dan negara. Ia lebih kepada untuk kepentingan politik Mahiaddin. Pelantikan itu juga dilihat sebagai persediaan untuk Mahiaddin menghadapi persidangan parlimen hujung bulan ini. Justeru pelantikan Ismail Sabri itu tetap akan menjadi isu dan pertikaian. Tengoklah selepas ini.
Ahli-ahli Umno (MT) yang dikatakan sudah bersetuju untuk Umno menarik balik kerjasama dengan kerajaan PN,(paling lambat apabila parlimen dibubar) akan mempertikaikan pelantikan Ismail Sabri itu. Kecualilah pelantikan itu telah berlaku persefahaman baru antara Mahiaddin dengan Umno khususnya Zahid Hamidi. Kalau tidak, pelantikan itu akan jadi polemik dan mengusut-kusaikan lagi keadaan. 
Secara peribadi saya yakin ada "persefahaman" baru sedang disusun antara Umno dengan Mahiaddin. Kalau tidak masakan semudah itu Umno menerima pelantikan Ismail Sabri.  Kalau tidak masakan Mahiaddin berani bertindak begitu. 
Hal lebih besar mungkin Ismail Sabri sudah mendapat pengakuan dan sokongan daripada ahli Parlimen Umno. 28 orang ahli Parlimen Umno yang dikatakan menanda-tangani SD menyokong Hishammuddin mungkin dijadikan modal oleh Ismail Sabri untuk dilantik menjadi TPM.
Tegasnya walaupun pelantikan itu seakan berlangsung dengan baik, pasti juga ada hati-hati tertentu dalam PN memendam rasa dengan pelantikan. Kalau pun ia tidak disunggutkan waktu ini, tetapi tentu rasa pedih itu terpendam di hati. Tugas berat Mahiaddin untuk mengawal perasaan dan "mengisih"kan hal ini. Apa yang ditunggu juga apakah Umno redha dan terima pelantikan Ismail Sabri itu? 
Apapun tahniah kepada Ismail Sabri kerana dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau adalah ahli Parlimen yang menjadi TPM Malaysia yang ke-10. Dan orang Kelantan tentu turut merasa bangga dengan pelantikan itu kerana Ismail Sabri adalah berketurunan Kelantan. [wm.kl. 5:57 pm 07/07/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/07/pelantikan-ismail-sabri-untuk-kukuhkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlantikan Tidak Ikhlas Mahiaddin Sah Sedang Tersepit Dan Ismail Sabri Pun Bakal Tersepit

Perlantikan Tidak Ikhlas Mahiaddin Sah Sedang Tersepit Dan Ismail Sabri Pun Bakal Tersepit

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 215 hits
Perlantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang pengumumannya hanya beberapa jam sebelum mesyuarat MT UMNO malam ini adalah jelas merupakan langkah terdesak Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin untuk mempertahankan jawat...
Ismail Sabri Alat Mahiaddin Untuk Pecahkan Umno Atau Alat Umno Untuk Cepat Rampas Kerusi Pm

Ismail Sabri Alat Mahiaddin Untuk Pecahkan Umno Atau Alat Umno Untuk Cepat Rampas Kerusi Pm

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 231 hits
Siapa sebenarnya Ismail Sabri Yaakob dalam perkelahian politik antara UMNO dengan Mahiaddin Md Yasin sekarang ini Pada awalnya ketika nama beliau diumumkan secara mengejut sebagai Timbalan Perdana Menteri beberapa jam menjelang mesyuarat MT...
Kalau Mahiaddin Tetap Tiada Rasa Malu Ismail Sabri Sepatutnya Jadi Yang Pertama Umum Letak Jawatan

Kalau Mahiaddin Tetap Tiada Rasa Malu Ismail Sabri Sepatutnya Jadi Yang Pertama Umum Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 260 hits
Dengan keputusan MT UMNO lewat malam tadi menarik sokongan secara serta merta kepada Mahiaddin Md Yasin walaupun mungkin Takiyuddin Hassan masih cuba berhujah perkataan serta merta itu tidak bermaksud segera atau secepat mungkin tetapi Perd...
Pelantikan Ismail Sabri Keputusan Mkt Menjawab Segalanya

Pelantikan Ismail Sabri Keputusan Mkt Menjawab Segalanya

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 247 hits
LANTIKAN jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada kepimpinan UMNO menjadi satu naratif perbincangan terbuka para netizen di semua medium media sosial
Ismail Sabri Kini Tpm Hishammuddin Hussein Dilantik Menteri Kanan Luar Negeri

Ismail Sabri Kini Tpm Hishammuddin Hussein Dilantik Menteri Kanan Luar Negeri

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 186 hits
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri bagi membantu tugas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan bagaimanapun kedudukan Ismail Sabri s...
Ismail Sabri Dilantik Timbalan Perdana Menteri

Ismail Sabri Dilantik Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 214 hits
Kuala Lumpur Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa serta merta
Fokus Pada Muhyiddin Najib Zahid Ismail Sabri

Fokus Pada Muhyiddin Najib Zahid Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 251 hits
Mereka sedang berpolitikBuruk atau baik kj memang dilihat tidak berpolitik
Ismail Sabri Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Fb Lokman Adam

Ismail Sabri Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik Akaun Fb Lokman Adam

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 311 hits
Setiausaha Politik Menteri Kanan Keselamatan Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad membuat laporan polis berhubung kenyataan pemilik akaun Facebook bernama Lokman Adam berhubung tuduhan fitnah terhadap Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ism...
Pas Mca Ucap Tahniah Kepada Ismail Sabri Tapi Tidak Presiden Umno

Pas Mca Ucap Tahniah Kepada Ismail Sabri Tapi Tidak Presiden Umno

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 278 hits
agendadaily com7 7 2021Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ke 13 hari ini Rakan parti MCA dan PAS mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles