Kalau Dah Terlepas Suntikan Imunisasi Anak Jangan Abaikan Terus Refer Doktor


Dek kerana kesibukan bekerja, ada sesetengah ibu bapa yang terlepas jadual suntikan imunisasi anak. Mungkin sudah tidak teringat, tetapi apabila diteliti semula buku pemeriksaan anak, barulah tersedar yang ada suntikan vaksin untuk anak yang masih belum diambil.
Ada sesetengah ibu bapa yang buntu dan tidak tahu apa yang perlu dibuat seterusnya. Adakah membiarkan suntikan tersebut tidak diambil atau adakah perlu segera mendapatkannya di klinik berhampiran?

Seharusnya anak-anak yang sudah terlepas suntikan imunisasi dan vaksin seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk segera ke klinik bagi mendapatkan tarikh baharu bagi mengambil suntikan yang tertinggal itu. Artikel ini telah disemak oleh Dr Mohamad Shahbodin Sarik, Pakar Paedatrik dari Hospital Pantai Sg Petani mengenai isu ini.
Kesan Terhadap Kesihatan Seperti mana yang diketahui, pengambilan vaksin sangat penting kerana kegagalan mendapatkannya membolehkan anaka-anak dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya seperti polio, beguk, pertussis, demam campak dan batuk kokol. Untuk kanak-kanak yang tidak mendapatkan vaksin berhadapan dengan risiko sepanjang hayat walaupun mereka tidak dijangkiti penyakit.
Artikel Menarik: [Hidung Berdarah, Jangan Biar Anak Dongak Kepala. Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul]
Apabila mahu mendapatkan rawatan perubatan, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor bahawa kanak-kanak tersebut tidak pernah mendapatkan vaksin. Ada sedikit kesukaran untuk merawat pesakit begini kerana kebanyakan staf perubatan tidak dilatih untuk mengendalikan kes kanak-kanak yang tidak divaksin.
Bayi Terbantut Jika Ibu Hamil Tak Vaksin Untuk wanita hamil yang tidak mendapatkan suntikan vaksin pula, boleh menyebabkan komplikasi kehamilan. Seandainya si ibu dijangkiti rubella semasa trimester awal kehamilan, bayi dalam kandungannya juga berkemungkinan untuk dilahirkan dengan congenital rubella syndrome (CRS) atau bayi yang mengalami masalah jantung. Selain itu, yang menyedihkan bayi yang dilahirkan berkemungkinan mengalami tumbesaran terbantut atau pekak.

Beri Kesan Kepada Orang Lain Janganlah pentingkan diri sendiri. Pengambilan vaksin bukan hanya untuk kebaikan anak anda, tetapi juga orang di persekitaran mereka. Sesetengah golongan mungkin tidak dibenarkan untuk mengambil vaksin (seperti penghidap kanser dan leukimia), tetapi mereka memerlukan orang di sekeliling mendapat vaksin supaya mereka ini tidak terdedah dengan risiko sebarang serangan penyakit.
Apa Nak Buat Jika Terlepas Vaksin? Tidak perlu khuatir, pergi sahaja ke mana-mana klinik kesihatan atau klinik swasta berdekatan. Bawa bersama rekod vaksinasi sebelumnya untuk rujukan doktor atau juru rawat. Tiada sebarang prosedur spesifik untuk mendapatkan suntikan vaksin yang tertinggal, hanya perlu bawa rekod sebelum ini.
Artikel Menarik: [Guna Posisi ‘Paksa Rela’ Ini Untuk Mudahkan Ibu Ayah Berus Gigi Anak]

Tujuannya untuk melihat kesesuaian jenis suntikan vaksin yang mahu diberikan kepada anak anda. Hal umur dan suntikan sebelum ini perlu diperiksa selain jika adanya alahan atau penyakit yang dihidapi anak tersebut.
4 Tip Mudah Dapatkan Vaksin Tertinggal 1. Klinik kesihatan biasanya mempunyai hari-hari tertentu untuk jadual pemberian vaksin. Ambil tahu tentang klinik tersebut serta jadual mereka.
2. Sebagai alternatif, anda boleh ke klinik swasta atau hospital yang mempunyai khidmat vaksin.
3. Simpan rekod kesihatan anak dengan kemas dan pastikan ada jadual imunisasi serta rekod alahan anak.
4. Paling penting, patuhi tarikh temu janji yang telah ditetapkan oleh klinik kesihatan bagi memudahkan simpanan rekod anak serta memastikan mereka tidak tercicir pengambilan vaksin.

Jangan khuatir jika terlepas tarikh vaksinasi walaupu sudah lama. Anak anda masih boleh mendapatkannya. Seharusnya pengambilan imunisasi tidak perlu dirisaukan kerana ia tiada kesan sampingan yang teruk. Biasanya hanya akan sedikit bengkak di tempat bekas suntikan dan demam sedikit.
Demam tersebut jika berlanjutan boleh dirawat dengan pengambilan ubat melawan demam. Jika masih ada sebarang kemusykilan, bolehlah dapatkan nasihat dari doktor di klinik berhampiran.
Sumber: Medical Mythbusters Malaysia (Facebook) & Hello Doktor
The post Kalau Dah Terlepas Suntikan Imunisasi Anak, Jangan Abaikan. Terus Refer Doktor! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-dah-terlepas-suntikan-imunisasi-anak-jangan-abaikan-terus-refer-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidung Berdarah Jangan Biar Anak Dongak Kepala Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul

Hidung Berdarah Jangan Biar Anak Dongak Kepala Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 518 hits
Ketika dalam keadaan kecemasan kita cenderung untuk mengambil tindakan pantas untuk menghalang perkara itu berterusan Dalam sesetengah kes mungkin elok tetapi ada juga tindakan reflek begitu yang boleh mendatangkan kemudaratan Seperti yang ...
Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak

Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 521 hits
Adakalanya malang tidak berbau Kecederaan yang berlaku tanpa kita jangka membuatkan anak kecil kita menerima kesan yang berpanjangan hingga membesar Salah satu hal yang perlu dijaga adalah gigi anak anak terutama apabila anak sudah pun mend...
Rasakan Kuasa Magik Anak Mengamuk Kita Peluk Terus Dia Cool Down

Rasakan Kuasa Magik Anak Mengamuk Kita Peluk Terus Dia Cool Down

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 306 hits
Sebenarnya anak mengamuk atau tantrum adalah sebagai satu tanda yang dia inginkan perhatian ibu ayahnya Biasanya kita berhadapan dengan hal begini dengan memarahi anak anak Itu membuatkan emosi anak semakin terganggu dan mereka merasakan ki...
Jangan Salahkan Isteri Saja Bila Tak Dapat Anak Suami Pun Kena Periksa Jangan Ego

Jangan Salahkan Isteri Saja Bila Tak Dapat Anak Suami Pun Kena Periksa Jangan Ego

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 447 hits
Soal anak adalah satu perkara yang cukup sensitif dalam sesebuah rumah tangga Lambat dapat anak adalah menjadi perkara yang cukup sensitif untuk dibicarakan Hati boleh jadi kecewa dan marah bila sering diajukan soalan sebegini kerana jawapa...
Jatuh Terlentang Terpaksa Buat Fisioterapi Demi Anak Anzalna Abaikan Rasa Sakit

Jatuh Terlentang Terpaksa Buat Fisioterapi Demi Anak Anzalna Abaikan Rasa Sakit

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 370 hits
Aktres Anzalna Nasir mendedahkan dirinya dimasukkan ke hospital selama lima hari disebabkan mengalami kecederaan di bahagian otot baru baru ini Jelas Anzalna kesakitan yang dialaminya itu berpunca akibat jatuh terlentang di rumah Ketika itu...
Ibubapa Jangan Lupa Amalkan 7 Doa Terbaik Ini Untuk Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat

Ibubapa Jangan Lupa Amalkan 7 Doa Terbaik Ini Untuk Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1823 hits
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah Anak yang baik dan mendengar kata kata ibu bapanya Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka Bagi yang beragama Isla...
Terus Terang Je Explain Mimpi Basah Kalau Tiba Waktu Anak Bertanya

Terus Terang Je Explain Mimpi Basah Kalau Tiba Waktu Anak Bertanya

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 393 hits
Semakin meningkat dewasa anak lelaki atau anak perempuan akan mengalami perubahan bukan saja dari segi fizikal bahkan emosi mereka Salah satunya apabila anak lelaki pertama kali mendapat mimpi basah dan anak perempuan didatangi haid Sebagai...
Tiap Petang Tiap Hari Anak Akan Tunggu Kita Pulang Dari Kerja Jangan Kecewakan Hati Mereka Beringatlah

Tiap Petang Tiap Hari Anak Akan Tunggu Kita Pulang Dari Kerja Jangan Kecewakan Hati Mereka Beringatlah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 222 hits
Banyak kemalangan jalan raya berlaku sejak akhir akhir ini ada yang melibatkan kematian ibu bapa kematian anak dan juga kecederaan teruk Yang paling sedih berlaku apabila kemalangan melibatkan ibu bapa dan tinggalah si anak sebatang kara An...
Rumah Mana Yang Bebas Anak Conteng Semua Merasa Biarkan Mereka Terus Kreatif

Rumah Mana Yang Bebas Anak Conteng Semua Merasa Biarkan Mereka Terus Kreatif

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 380 hits
Lumrah menjadi ibu ayah berhadapan dengan perangai anak yang pelbagai ada masanya buat kita hilang sabar juga Habis semua benda nak dibuat main Boleh dikatakan semua rumah yang ada anak kecil pasti pernah atau masih ada dinding yang bercont...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang