Dia Ganggu Rumah Tangga Saya Kata Ahli Parlimen Pkr Dituduh Buat Gangguan Seksual



(FMT) – Ahli Parlimen PKR mendakwa tuduhan beliau membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita yang pernah berkhidmat dengannya adalah berniat jahat.
Ahli Parlimen Sungai Siput, Kesavan Subramaniam mendakwa wanita terbabit sebenarnya menaruh perasaan terhadap beliau, selain cuba mengganggu rumah tangganya.
Kesavan mengakui mengenali wanita terbabit sekitar 2017 semasa beliau mengendalikan kempen membantah pemindahan pengundi hantu ke DUN Hutan Melintang ketika bergelar Adun di kawasan itu.
“Selepas saya menjadi ahli Parlimen Sungai Siput, dia menyatakan hasrat ingin membantu saya secara sukarela, walaupun dia sudah mempunyai keluarga.
“Pada ketika itu, dia berkelakuan seperti kawan kepada saya dan isteri. Pernah juga dia menjemput saya dan isteri untuk bercuti bersamanya di Melaka.
“Lama-kelamaan, kekerapan dia menelefon saya semakin bertambah sehingga berpuluh kali sehari. Jika saya tidak menjawab, dia mula marah. Apabila saya menjawab, ada kalanya perbualan melebihi lebih 1 jam setiap kali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam dilaporkan seorang wanita yang bekerja sebagai penyelidik Parlimen kepada seorang ahli Parlimen PKR mendakwa beliau diganggu berulang kali dan sudah membuat laporan polis.
Beliau mendakwa tingkah laku ahli Parlimen itu terhadapnya berubah antara Disember tahun lepas dan April tahun ini, di mana ahli Parlimen itu memanggilnya “ammu” dan “cayang” pada setiap kali pertemuan.
Wanita itu mendakwa setiap kali ahli Parlimen itu menangis dan memberikan alasan dia ketandusan kasih sayang dan ingin mencari cinta sebenar.
Katanya, pada hujung April wakil rakyat itu sering membuat panggilan video dan mempamerkan buku Kamasutra kepadanya serta gambar-gambar wanita yang lucah.
Kesavan berkata wanita itu sebenarnya cuba campur tangan dalam hal rumah tangganya dan memburuk-burukkan isterinya seolah-olah mahu perkahwinan mereka bermasalah.
Katanya, wanita itu juga mula mengaku sebagai pembantu khasnya dan menelefon pegawai kerajaan serta memberi arahan bagi pihaknya.
“Dia juga mendesak supaya diberikan pas untuk mengikuti saya ke persidangan Parlimen. Saya memberikan surat kepada pentadbiran keselamatan Parlimen untuk membenarkan dia masuk ke kawasan Parlimen,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata tidak mahu membesarkan perkara itu kerana bersimpati dengan wanita tersebut yang sudah mempunyai suami dan 2 orang anak.
Kesavan berkata beliau akan memberi kerjasama berhubung siasatan yang bakal dilaluinya, termasuk menyerahkan bukti yang menunjukkan gangguan dan ugutan yang diterimanya.
“Saya juga menyerahkan perkara ini kepada peguam-peguam untuk diambil tindakan undang-undang yang selanjutnya, untuk membersihkan nama saya dan isteri saya.”
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/05/18/dia-ganggu-rumah-tangga-saya-kata-ahli-parlimen-pkr-dituduh-buat-gangguan-seksual/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Itu Yang Goda Saya Kata Ahli Parlimen Pkr

Wanita Itu Yang Goda Saya Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 469 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Sungai Siput menafikan dakwaan dirinya melakukan gangguan seks terhadap seorang wanita Kesavan Subramaniam berkata tindakan individu itu sebenarnya hanya bertujuan untuk merosakkan rumah tangganya Jika benar saya ...
Polis Siasat Kes Gangguan Seksual Ahli Parlimen

Polis Siasat Kes Gangguan Seksual Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 337 hits
SAC Fadzil Ahmat foto FAREEZ FADZILKUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia hari ini mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap seorang Ahli Parlimen kerana dakwaan mencabul seorang wanita Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Sen...
Ahli Parlimen Pkr Dilapor Laku Gangguan Seks

Ahli Parlimen Pkr Dilapor Laku Gangguan Seks

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 698 hits
Seorang anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat dan seorang bekas bendahari cabang parti itu di Perak dipercayai membuat laporan polis kerana menerima gangguan seksual ke atas satu sama lain baru baru ini Memetik laporan Malaysiakini da...
I Love You Sayang Wanita Dakwa Gangguan Seksual Dari Mp Pkr

I Love You Sayang Wanita Dakwa Gangguan Seksual Dari Mp Pkr

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 798 hits
B Nantha Kumar Seorang anggota parlimen PKR dari Perak dan seorang bekas bendahari cabang parti itu saling membuat laporan polis ke atas satu sama lain Dalam laporan polis itu wanita berkenaan mendakwa menerima gangguan seksual daripada ang...
Gangguan Seksual Wanita Dakwa Dari Mp Pkr Ini

Gangguan Seksual Wanita Dakwa Dari Mp Pkr Ini

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 1146 hits
I love you sayang wanita dakwa gangguan seksual dari MP PKR Seorang anggota parlimen PKR dari Perak dan seorang bekas bendahari cabang parti itu saling membuat laporan polis ke atas satu sama lain Dalam laporan polis itu wanita berkenaan me...
Ngo Wanita Gesa Pkr Siasat Dakwaan Gangguan Seksual Mp

Ngo Wanita Gesa Pkr Siasat Dakwaan Gangguan Seksual Mp

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 435 hits
MALAYSIAKINI Sebuah gabungan NGO menggesa PKR supaya mengadakan siasatan dalaman berhubung dakwaan gangguan seksual dilakukan Anggota Parlimen Sungai Siput S Kesavan Dalam kenyataan hari ini Kumpulan Tindakan Bersama Bagi Kesaksamaan Gender...
Dakwa Diganggu Secara Seksual Bekas Pembantu Ahli Parlimen Buat Laporan Polis

Dakwa Diganggu Secara Seksual Bekas Pembantu Ahli Parlimen Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 443 hits
foto hiasanKUALA LUMPUR Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas pembantu seorang Ahli Parlimen di Perak yang mendakwa diganggu secara seksual oleh Ahlli Parlimen itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisione...
Bekas Pembantu Ahli Parlimen Dakwa Diganggu Secara Seksual

Bekas Pembantu Ahli Parlimen Dakwa Diganggu Secara Seksual

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas pembantu seorang Ahli Parlimen di Perak yang mendakwa diganggu secara seksual oleh Ahlli Parlimen itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ah...
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Mcmc Probes Duo Over Viral Video Allegedly Mocking National Anthem


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setup Docker Container Untuk Codeigniter 4 Mysql Dan Phpmyadmin

Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Managing Stress For Entrepreneurs

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Agong Kurnia Dmij Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas Juruiring Pemangku Sultan Johor Berita Harian

4 Lelaki Dikenakan Bon Berkelakuan Baik Kes Gaduh Perlawanan Bola Sepak