Kalau Anak Sedang Tantrum Ibu Ayah Jangan Tantrum Juga Cara Ini Kurang Tepat


“Bila cikgu tanya soalan dan cikgu bagitahu jawapan anak saya salah, anak saya tak dapat terima dan mengamuk/marah. Dia tak boleh terima dia salah. Jika cikgu puji jawapan kawan-kawan lain betul dan jawapan dia sahaja yang salah dia akan marah dan cakap “no” sambil menangis dan ulang jawapa dia sepatutnya betul. ” Ada tak mama yang mengalami masalah ini?

Tiada siapa suka akan perkataan Tidak atau No, termasuklah kanak-kanak dan orang dewasa. No bermaksud kekecewaan, No bermakna mereka tidak dapat apa yang mereka perlukan. Kanak-kanak mula belajar bagaimana untuk berhadapan dengan perkara ini sekitar umur 2 atau 3 tahun, apabila perkembangan personality mereka mula terbentuk. Seharusnya, kanak-kanak ini mempunyai keupayaan untuk menyeimbangkan keperluan dalaman dan kehendak luaran berserta dengan tanggungjawab.
Walaubagaimanapun, ada kanak-kanak yang masih belum dapat menerima mesej bahawa No itu adalah sesuatu yang dijangka. Maka, apabila seseorang mengatakan No kepada mereka, mereka tidak boleh mengawal diri dan memberi reaksi balas dengan cara menjerit, menangis, mengugut, dan adakalanya akan membabitkan tingkahlaku fizikal seperti menumbuk dan mencederakan orang lain. Perasaan panik ini terhasil daripada ketidakseimbangan dalam mengawal perasaan masing-masing.
NO adalah perkataan yang kuat. Semua kanak-kanak perlu belajar bagaimana untuk berdepan dengannya. Cuma, ada beberapa perkara ibu bapa perlu mengelakkan kanak-kanak daripada ‘mencetus’ kemarahan atau menghala tingkahlaku kanak-kanak jika mereka mula mencederakan orang lain serta diri sendiri.
Antara cara-cara yang boleh mengurangkan perasaan marah si kecil ialah:
a. Bermula dengan diri sendiri – cuba semak balik bagaimana keadaan ibu bapa jika sedang marah? Menjerit? Meninggikan suara? Menghempas? Kanak-kanak akan memerhati segala perbuatan yang ditunjukkan di hadapan mereka. Ketika kanak-kanak sedang marah, ibu bapa tidak boleh berada di dalam keadaan marah juga. Jika ibu bapa tenang, maka ia akan membantu si kecil untuk mengembangkan neural pathways di dalam otak untuk menghentikan respons ‘marah, seterusnya ia membenarkan frontal cortex mengambil alih tugas untuk berfikir secara logik. Ini adalah apa yang berlaku di dalam otak. Kanak-kanak belajar bagaimana untuk menenangkan diri melalui self-regulation.
b. Kena terima perasaan marah – Ingat kita tidak menggalakkan perasaan marah, tetapi kita tetap perlu menerima perasaan tersebut sebab itu adalah perasaan seorang manusia. Cuma ada ketikanya ada perbuataan yang diselangi oleh emosi tersebut perlu diletakkan sedikit had. Seperti boleh marah, tetapi jangan menjerit-jerit, jangan cederakan diri sendiri dan orang lain. Ketika anak sedang marah, janganlah suruh anak itu tenangkan diri atau buat benda-benda yang baik- sebab ia akan menambahkan marah. Panggil mereka, suruh mereka ceritakan kenapa marah? Pintu komunikasi perlu diwujudkan. Kemudian, apabila anak itu sudah sedikit tenang, baru ibu bapa memberi respons tentang Bahasa, intonasi yang tidak dibolehkan.
c. Menetapkan limit kemarahan – Membenarkan perasaaan tidak bermaksud kita membenarkan juga tingkahlaku yang destruktif. Kanak-kanak tidak boleh langsung dibenarkan memukul orang lain , termasuklah ibu bapanya sendiri. Ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan si kecil tentang jangan cederakan diri sendiri dan orang sekeliling walaupun sedang marah.
Kredit: En Hazhari (Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Kalau Anak Sedang Tantrum, Ibu Ayah Jangan Tantrum Juga. Cara Ini Kurang Tepat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/kalau-anak-sedang-tantrum-ibu-ayah-jangan-tantrum-juga-cara-ini-kurang-tepat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sampai Susu Ibu Kurang Nutrisinya Ini Cara Tepat Cairkan Susu Perahan Beku

Jangan Sampai Susu Ibu Kurang Nutrisinya Ini Cara Tepat Cairkan Susu Perahan Beku

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 325 hits
Kita selalu keliru mengenai susu perahan yang dibekukan dan bagaimana cara tepat untuk mencairkannya agar tidak hilang nutrisinya untuk anak kita Jangan keliru dengan panduan yang diberikan pakar ini Ini yang dikongsikan oleh mengenai cara ...
Emosi Anak Banyak Ikut Ibu Ayah Kena Jaga Hati Ibu Jika Sayang Dua Dua

Emosi Anak Banyak Ikut Ibu Ayah Kena Jaga Hati Ibu Jika Sayang Dua Dua

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 427 hits
Cuba perhatikan zaman sekarang zaman semua hendak CEPAT Kita ada perkhidmatan fast food Drive Thru Service Jimat masa makan dalam kereta sahaja Ada perkhidmatan grab car grab food Dari segi pengangkutan semua kalau boleh hendak naik LRT jik...
Anak Anak Tetamu Ibu Ayah Selagi Ada Masa Hargailah Tanpa Mereka Tak Lengkap Hidup

Anak Anak Tetamu Ibu Ayah Selagi Ada Masa Hargailah Tanpa Mereka Tak Lengkap Hidup

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 374 hits
Layanlah anak anak seperti mana kita mahu orang layan kita Jangan sampai terdetik dalam hati anak rasa tak gembira duduk di rumah sendiri Ini cukup bahaya dan akan buatkan hubungan antara ibu bapa dan anak semakin jauh bila besar nanti Betu...
Awas Ibu Ayah Jangan Sesuka Hati Cuci Telinga Bayi Ada Caranya

Awas Ibu Ayah Jangan Sesuka Hati Cuci Telinga Bayi Ada Caranya

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 236 hits
Kebersihan dan dandanan bayi adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh ibu dan bapa supaya si manja membesar dengan baik Walau bagaimanapun ramai ibu bapa yang tidak mengambil berat hal penjagaan telinga anak dan tidak tahu pun ca...
Yang Keluar Dari Mulut Ibu Itu Doa Sebutlah Yang Baik Baik Jangan Ringan Maki Anak

Yang Keluar Dari Mulut Ibu Itu Doa Sebutlah Yang Baik Baik Jangan Ringan Maki Anak

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 416 hits
Sepanjang proses membesar sudah tentu anak anak banyak ragamnya Ada masa mereka akan buat perangai yang menyebabkan ibu ayah rasa marah Permainan emosi begini bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran mereka tetapi ia mengganggu perhubungan anta...
Cara Mengawal Anak Tantrum

Cara Mengawal Anak Tantrum

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 312 hits
Anak berusia 1 5 tahun ke 2 5 tahun akan mula memberon tak buang barang merajuk dan pro test Jika anak anda berkelakuan demikian bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar Anak sekecil ini tidak akan kurang ajar Dia sedang bel...
Bukan Ibu Saja Lagi Dekat Anak Dengan Ayah Lagi Buat Anak Jadi Hebat Serba Serbi

Bukan Ibu Saja Lagi Dekat Anak Dengan Ayah Lagi Buat Anak Jadi Hebat Serba Serbi

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 373 hits
Pengorbanan ibu dalam membesar dan mendidik anak sememangnya tidak perlu disangkal lagi namun jasa ayah tidak boleh dipandang rendah dalam mendidik anak anak Anak anak yang lebih rapat dan dekat dengan ayahnya terbukti mampu menjadi anak ya...
Suami Curang Kerana Tergilakan Budak Sekolah Ibu Ayah Tolong Pantau Anak Yang Bersekolah Menengah

Suami Curang Kerana Tergilakan Budak Sekolah Ibu Ayah Tolong Pantau Anak Yang Bersekolah Menengah

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 332 hits
Kisah rumah tangga suami curang kerap kali terjadi dalam masyarakat hari ini Lebih menyedihkan baru sahaja bergelar pasangan halal namun sudah berani melakukan hubungan terlarang dengan budak bawah umur Hendak ditangisi ia sudahpun terjadi ...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Sambal Sotong

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman