Kalau Anak Kurang Berat Tambah Minyak Dalam Masakan Resipi Ini Membantu Tambah Berat Anak


Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal.
Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?
Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?
Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.
Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:
Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
Penyakit seperti jangkitan cacing. Tekanan. Senaman yang berlebihan Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan. Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak. Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:
Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia. Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan. Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan. Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera. Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan. Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu. Pilih makanan yang digemari oleh anak anda. Apakah yang patut anak saya makan?
Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin.
Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:
Nasi / bubur Ditambah ayam / daging / minyak / marjerin
Roti Ditambah marjerin / mentega kacang / keju
Biskut kraker Ditambah marjerin / mentega kacang / keju
Susu Ditambah serbuk coklat / aiskrim
Telur Ditambah susu / minyak / marjerin / keju
Kentang – dilenyek / dibakar Ditambah susu /minyak / marjerin
Berapa banyakkah harus anak saya makan?
Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan.
Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.
Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.
Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.

Bagaimana saya boleh bantu anak saya rasa positif tentang imej dirinya?
Perlu diingat bahawa setiap anak adalah unik dan begitu juga bentuk badannya. Kanak-kanak berbeza dari segi saiz, bentuk dan ketinggian. Mereka juga membesar pada kadar berbeza. Walau bagaimanapun, yang penting, anak anda sihat.
Jangan timbang anak anda terlalu kerap. Rumah sepatutnya tempat yang selesa dan tidak rasa terasing oleh kanak-kanak. Doktor mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh maklumat mengenai berat badan anak anda. Selain itu, tumpukan perbincangan mengenai berat badan.
Berat badan sihat adalah berat yang boleh dikekalkan secara sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat, aktif dan mempunyai perasaan yang positif terhadap tubuh badan dan saiz mereka.
Contoh menu:
Hidangan Nasi Tomato (Hidangan 4 orang)
Bahan-bahan
90g (1/2 cawan) beras
1 sudu makan marjerin
30ml (2 sudu makan) puri tomato
125ml (1/2 cawan) jus tomato
125ml (1/2 cawan) air
5g (1/2 sudu makan) minyak sayuran
10g (2 ulas) bawang putih, ditumbuk
10g (2 cm) halia, dihancurkan
60g (1 biji) bawang besar, dihiris
100g (2 biji) tomato, dipotong dadu
125g (1/2 cawan) daging yang empuk ( contoh: striploin), dihiris nipis
Lada sulah secukup rasa.
Cara memasak
Di dalam periuk nasi elektrik, tanak beras bersama puri tomato, ¼ jus tomato dan air. Tambah 1 sudu makan marjerin.
Sementara itu, tumis bawang putih, halia dan bawang besar dalam kuali berasingan. Masukkan tomato yang dipotong dadu serta baki jus tomato. Tambah hirisan daging dan masak hingga empuk. Tambah lebih air, jika perlu. (Untuk kanak-kanak kecil, gunakan daging cincang atau ayam)
Tutup api dan letakkan berasingan.
Sendukkan nasi ke dalam acuan jeli berbentuk bulat. Buat satu lekuk di tengah-tengah nasi dan letakkan daging yang telah ditumis ke dalam lekuk tersebut.
Telungkupkan nasi tomato berserta daging ke atas pinggan dan hidangkan.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) : 173.0
Protein (g) : 10.0
Zat Besi (mg) : 3.5
Lemak (g) : 2.0
Kalsium (mg) : 25.01 – 3 Tahun
Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 1 – 3 Tahun
Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
1 keping roti bakar
2 sudu kecil marjerin
Minum Pagi
½ potong betik
2 keping biskut
1 gelas minuman bersusu
Makan Tengah hari
1 cawan nasi (tambah 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
1 ekor ikan kembung
1 cawan sayur bayam
1 gelas air kosong
1 biji pisang
Makan Malam
1 cawan mi goreng (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
½ cawan sayur
1 gelas air kosong
½ potong betik
Makan Lewat Malam
1 gelas susu (penuh krim)
Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 4 – 6 Tahun
Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
½ cawan nasi goreng (tambahkan
1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
½ cawan sayur 1 telur goreng
Minum Pagi
2 keping biskut kraker
1 sudu makan marjerin
1 gelas minuman bersusu
Makan Tengahari
1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
½ ekor ikan bersaiz sederhana
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji pisang
Minum Petang
1 ketul karipap
1 keping roti
1 gelas minuman bersusu
Makan Malam
1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji epal
Kredit: MyHealth Portal

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Kalau Anak Kurang Berat, Tambah Minyak Dalam Masakan. Resipi Ini Membantu Tambah Berat Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-anak-kurang-berat-tambah-minyak-dalam-masakan-resipi-ini-membantu-tambah-berat-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laksam Hipster Resipi Simple Warna Warni Confirm Anak Makan Bertambah Tambah

Laksam Hipster Resipi Simple Warna Warni Confirm Anak Makan Bertambah Tambah

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 345 hits
Laksam diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak Apabila mengeras ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan Semasa dihidang ...
Resipi Burger Prosperity Ala Mcd Buat Sendiri Lagi Puas Anak Makan

Resipi Burger Prosperity Ala Mcd Buat Sendiri Lagi Puas Anak Makan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 348 hits
Burger Prosperity dari restoran makanan segera terkenal McDonald yang dijual ketika musim perayaan Tahun Baru Cina mungkin istimewa rasanya Namun bagi yang mempunyai anak ramai pastinya tidak cukup membeli hanya beberapa keping burger Tidak...
Sistem Imuniti Anak Jadi Kuat Ini 5 Resipi Mudah Guna Sayur Buah Sedapnya

Sistem Imuniti Anak Jadi Kuat Ini 5 Resipi Mudah Guna Sayur Buah Sedapnya

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 255 hits
Sayur dan buah buahan sangat bagus diberikan kepada anak kita kerana ia mempunyai pelbagai nutrisi Setiap satu jenis sayur dan buah mempunyai kebaikannya tersendiri yang memberi manfaat kepada si manja Selain kaya dengan serat ia juga kaya ...
Resipi Donat Ball Mudah Cukup Lembut Gebu Bulat Bulat Comel Senang Anak Makan

Resipi Donat Ball Mudah Cukup Lembut Gebu Bulat Bulat Comel Senang Anak Makan

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 468 hits
Tidak dinafikan donat antara kuih yang cukup digemari anak anak kita Selain rasa gula yang manis adunan tepung yang lembut dan gebu juga buat anak suka Bosan dengan donat biasa kali ini kita hasilkan bebola donat pula untuk anak Comel saizn...
Berat Badan Anak Bawah Garis Normal Ibu Ini Kongsi Menu Untuk Anak Susah Makan

Berat Badan Anak Bawah Garis Normal Ibu Ini Kongsi Menu Untuk Anak Susah Makan

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 351 hits
Bila anak mula makan perkara pertama yang selalu merisaukan ibu adalah kenapa anak sendiri kurus je tapi anak orang lain beratnya ok Lagi haru kalau anak memang jenis susah atau cerewet makan Kebanyakan anak yang cerewet makan ni kurang ber...
Resipi Hokaido Creamy Custard Honey Istimewa Buat Anak Simple Tapi Sedap

Resipi Hokaido Creamy Custard Honey Istimewa Buat Anak Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 310 hits
Jika sebelum ini kita hanya membeli sahaja jika teringin untuk menikmati Hokaido Creamy Custard Honey ini kali ini apa kata kita cuba hasilkan sendiri di rumah pada anak anak Resipinya simple dan tidaklah terlalu susah Superb Jom cuba resip...
Doa Inilah Mak Baca Ketika Besarkan Kami 8 Beradik Cara Ibu Ni Bukan Je Buat Anak Dengar Cakap Siap Tambah Rezeki

Doa Inilah Mak Baca Ketika Besarkan Kami 8 Beradik Cara Ibu Ni Bukan Je Buat Anak Dengar Cakap Siap Tambah Rezeki

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 595 hits
Kasih ibu membawa ke syurga Pengorbanan saat mengandung sehingga melahirkan tidak terbayar dek wang ringgit Demi anak anak semuanya diharungi dengan cekal Malah setiap masa dan saat mereka memikirkan hal anak demi memastikan mereka dalam ke...
Resipi Roti Keju Simple Manis Pedas Bergabung Sekali Letak Anak Anak Berebut

Resipi Roti Keju Simple Manis Pedas Bergabung Sekali Letak Anak Anak Berebut

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 447 hits
Baki roti yang tak habis jangan dibuang begitu sahaja Elakkan pembaziran dengan menyediakan kepingan roti keju dengan chicken floss ringkas ini yang pastinya buat anak makan berebut Mana tidaknya bukan hanya manis dan berlemak bahkan kepeda...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa