Kalau Anak Jatuh Terhantuk Buat Pemeriksaan Menyeluruh Bimbang Ada Kesan Jangka Panjang


Anak-anak yang masih bayi dan sedang membesar memang selalunya aktif dan lasak. Kalau tidur atas katil habis bantal dibuat benteng risau anak-anak bergolek jatuh masa tidur. Ada yang lari-lari tetiba kepala terhantuk. Itu semua perkara biasa yang berlaku untuk anak-anak yang semakin membesar.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, menjawab persoalan yang diajukan tentang kesan bayi dan kanak-kanak jatuh dan terhentak kepala. Sarannya walau apa sahaja keadaan anak tersebut selepas terhantuk atau terhentak kepala, sebaiknya dilakukan pemeriksaan menyeluruh untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
KESAN BAYI DAN KANAK-KANAK JATUH DAN TERHENTAK KEPALA
“Salam doktor. Saya ingin bertanya, Bayi atau kanak-kanak sering terjatuh dan kerap terhentak kepala. Adakah perkara ini memberikan kesan tidak baik kepada mereka? Apakah tanda bahaya pada kanak-kanak ini? Perlukah dibawa segera berjumpa doktor? Apakah apakah kesannya sama ada jangka masa pendek dan panjang. Mohon pencerahan, terima kasih”
Buat Pemeriksaan Menyeluruh Wa alaikum mus salam. Setiap kali bayi atau anak kecil kita jatuh dari sofa atau katil, kita berasa runsing jika mereka mengalami kecederaan terutamanya kecederaan kepala. Bagi kanak-kanak yang masih kecil dan masih tidak stabil berjalan, kemalangan lebih kerap berlaku di dalam rumah.
Walaupun sofa dan katil itu tidak tinggi, mungkin setakat ketinggian lutut kita, tetapi secara relatif berbanding dengan saiz bayi, ketinggian sebegitu boleh disamakan dengan ketinggian aras kepala kita. Bayangkan kita jatuh dari tingkat pertama rumah, begitulah dibandingkan kesannya bayi kita yang jatuh dari sofa atau katil.
Oleh itu kita perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap kecederaan yang mungkin dialami oleh bayi kita, terutamanya jika dia jatuh pada kepalanya, sama ke depan atau ke belakang. Bayi yang jatuh mungkin tidak mengalami kecederaan yang serius, kerana mereka mempunyai tulang yang lembut dan tidak mudah patah seperti orang dewasa atau kanak-kanak yang lebih besar.
Elak kesan jangka Panjang Apabila berlaku kemalangan, pemeriksaan harus dilakukan bagi memastikan bahawa bayi tidak mengalami luka yang serius, atau patah tulang, kecederaan organ dalaman, atau kecederaan kepala yang serius. Jika bayi kelihatan baik dan bayi berkelakuan seperti biasa, berkemungkinan bayi tidak menyebabkan kecederaan serius. Namun begitu, pemerhatian harus dilakukan dalam tempoh 24 jam. Sebarang kelakuan yang tidak normal, terutama apabila bayi jatuh pada bahagian kepala, bawalah bayi berjumpa doktor untuk diperiksa.
Bayi yang beberapa kali jatuh dari katil, sofa atau di lantai juga merunsingkan fikiran ibu bapa. Adakah mereka akan mengalami kesan jangka panjang apabila besar kelak?
Sebarang kecederaan kepala yang hanya melibatkan kulit kepala tidak mendatang sebarang kesan jangka panjang. Kecederaan pada kulit kepala biasanya dalam bentuk luka, lebam dan bengkak atau benjolan. Jadi bayi yang beberapa kali jatuh dan tidak mengalami kecederaan atau hanya mengalami kecederaan kulit kepala, tidak perlu dirisaukan.
Bayi alami gegaran otak tak boleh dikesan melalui X-ray Namun jika bayi mengalami kecederaan gegaran otak (concussion), ia lebih membimbangkan apatah lagi jika mereka setiap kali jatuh beberapa kali dan mengalami gegaran. Gegaran otak adalah kecederaan pada fungsi otak, bukan pada struktur anatomi otak.
Oleh itu bayi yang mengalami gegaran otak, tidak dapat dikesan melalui pemeriksaan xray atau CT scan, tetapi individu tersebut mungkin mengalami rasa sakit pening, tidak memberikan tumpuan pada permainan mereka, mudah lupa, tidak dapat berjalan dengan betul dan seperti hendak jatuh bila berjalan atau bangun.
Pada asasnya agak sukar untuk mengesan gegaran otak pada bayi, berbanding dengan orang dewasa kerana mereka tidak boleh berkomunikasi dan memberitahu apa yang mereka rasakan. Tetapi jika kita lihat bayi tidak ceria atau tidak aktif, berkemungkinan besar, bayi itu mengalami gegaran otak atau kecederaan otak yang lebih serius.
Walau bagaimana pun, gegaran otak biasanya pada kemalangan yang lebih serius, seperti satu hentakan pada kepala, atau apabila badan mereka digoncang dengan lebih kuat. Gegaran otak akan memberikan kesan pada fungsi otak bergantung pada tahap kecederaan yang dialami. Kecederaan ini memerlukan masa untuk sembuh dengan sempurna dan adakalanya memberikan kesan apabila bayi itu semakin besar.
Wallahu a’lam.
Mak ayah kalau anak terhantuk atau terjatuh kepalanya, walaupun tak ada apa-apa sebaiknya buatlah pemeriksaan, bimbang akan beri kesan jangka Panjang. Mencegah kan lebih baik dari merawat
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
The post Kalau Anak Jatuh Terhantuk, Buat Pemeriksaan Menyeluruh Bimbang Ada Kesan Jangka Panjang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-anak-jatuh-terhantuk-buat-pemeriksaan-menyeluruh-bimbang-ada-kesan-jangka-panjang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Bimbang Jika Anak Ada Lubang Kecil Di Telinga Ikut Nasihat Doktor Ini

Tak Perlu Bimbang Jika Anak Ada Lubang Kecil Di Telinga Ikut Nasihat Doktor Ini

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 302 hits
Lubang kecil di tepi telinga Pasti ada ibu yang bertanya adakah ia mendatangkan bahaya pada anak kecil Bukan apa kadang kadang ada keluar cecair dan ia merisaukan anda sebagai ibu bapa Melalui perkongsian dari keadaan ini boeh diatasi jika ...
Rok Panjang Tersangkut Gir Perempuan Ini Jatuh Dari Motor Dan Tewas

Rok Panjang Tersangkut Gir Perempuan Ini Jatuh Dari Motor Dan Tewas

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 1089 hits
Seorang perempuan tewas terjatuh dari motor setelah rok panjangnya melilit gir motor yang ditumpangi Belakangan diketahui korban adalah Sumiyem asal Desa Triharjo Kecamatan Wates Kulon Progo Daerah Istimewa Yogyakarta Kecelakaan terjadi di ...
Ahli Parlimen Bimbang Penahanan Pelancong Bawa Kesan Negatif

Ahli Parlimen Bimbang Penahanan Pelancong Bawa Kesan Negatif

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 337 hits
December 30 2019 12 17 AMChan Foong Hin dan Liew Vui Keong menyuarakan kebimbangan serta mencadangkan pindaan undang undang selepas 4 pelancong China ditahan lebih 2 minggu di Sabah baru baru ini KOTA KINABALU Ahli Parlimen Kota Kinabalu Ch...
Aku Tak Tahu Macam Mana Tok Qadhi Nak Sebut Nama Dia Time Nikah Pu Abu Komen Nama Panjang Anak

Aku Tak Tahu Macam Mana Tok Qadhi Nak Sebut Nama Dia Time Nikah Pu Abu Komen Nama Panjang Anak

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 303 hits
Pencetus Ummah Abu Sufyan yang juga merupakan bekas suami kepada Ain Afini Latif ada mendedahkan wajah anak sulungnya Aku Tak Tahu Macam Mana Tok Qadhi Nak Sebut Nama Dia Time Nikah PU Abu Komen Nama Panjang Anak
Anak Patah Kaki Ada Kesan Cubit Sampai Sekarang Pengasuh Tak Akui Silapnya

Anak Patah Kaki Ada Kesan Cubit Sampai Sekarang Pengasuh Tak Akui Silapnya

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 377 hits
Dapat pengasuh yang baik dan jaga anak seperti anak sendiri satu rezeki bagi ibu bapa yang bekerjaya Namun nak dapatkannya bukan mudah kerana perlu betul betul mencari agar tak silap memilih Disebalik itu juga masih ada ibu bapa yang bukan ...
Kesan Anak Cerewet Memilih Makanan Dan Tips Anak Susah Nak Makan

Kesan Anak Cerewet Memilih Makanan Dan Tips Anak Susah Nak Makan

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 795 hits
Kesan Anak Cerewet Memilih Makanan dan Tips Anak Susah Nak MakanKesan Anak Cerewet Memilih Makanan dan Tips Anak Susah Nak Makan Ramai kanak kanak di Malaysia bertubuh montel tetapi tubuh mereka sebenarnya tidak cukup zat Kesan Anak Cerewet...
Anak Dah Jangka Shira Kongsi Keputusan Pt3

Anak Dah Jangka Shira Kongsi Keputusan Pt3

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 437 hits
SAYA kena adil Kalau keputusan anak sebelum ini saya kongsikan jadi untuk anak yang ambil keputusan PT3 kali ini pun saya memuat naik di Instagram kata pelakon dan penyampai radio popular Sharifah Shahirah mengenai tindakannya memuat naik k...
Lepas Setahun Anak Minum Susu Formula Kena Terus Bagi Susu Bimbang Boleh Undang Lactose Intolerance

Lepas Setahun Anak Minum Susu Formula Kena Terus Bagi Susu Bimbang Boleh Undang Lactose Intolerance

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 333 hits
Anak anak yang masih kecil memerlukan nutrisi yang banyak untuk tumbesaran mereka Bila keperluan nutrisi tidak dipenuhi maka timbullah masalah seperti kurang berat badan kurang tinggi cepat letih dan sebagainya Keperluan kalsium merupakan s...
Mendag Agus Harap Pasar Modal Sediakan Sumber Pendanaan Jangka Panjang

Mendag Agus Harap Pasar Modal Sediakan Sumber Pendanaan Jangka Panjang

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 153 hits
Menteri Perdagangan Agus Suparmanto menginginkan agar pasar modal Indonesia tidak hanya menjadi sarana investasi lokal dan asing saja Namun juga dapat menyediakan sumber pendanaan jangka panjang bagi pelaku ekonomi untuk menunjang pertumbuh...
Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Rodziah To Confirm On Monday Which Pkr Post She Seeks

Amanah Urges End To Religious Debates For Harmony

Adventure To Mount Everest Conquering The World S Tallest Peak

Serangan Bom Tembakan Di Golok Polis Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Langkawi Umno Rejects Return To Old Election System

Rasa Kekok Bila Buat Kelainan Dalam Mendekati Al Quran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai