Kalau Aku Jumpa Memang Kena Tikam Sampai Mampus Anggota Imigresen Ugut Bunuh Bekas Kekasih Kerana Hutang Rm60k Didakwa





Seorang anggota wanita Jabatan Imigresen (JIM) hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Melaka atas pertuduhan mengugut mahu menikam bekas kekasihnya dengan pedang samurai sampai mati gara-gara hutang RM60,000, tahun lalu. 

Bagaimanapun tertuduh, Anis Anuar, 32, membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman. 


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menakutkan Mohamad Faizul Mohd Fadli, 32, dengan kata-kata:


"Kalau aku jumpa, memang kena tikam sampai mampus. Suruh bayar semua duit aku dulu, kalau tak, aku bunuh dia. Bagitahu Faizul P** itu, kalau dia berani datang cari aku nak balas dendam lepas ni, aku standby dengan (pedang) samurai." 


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 September lalu di pos pengawal Gate A, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka Tengah. 


Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. 


Lapor Kosmo Online, ibu tunggal anak satu itu bertindak sedemikian kerana berang dengan bekas kekasihnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berhutang dengannya sebanyak RM60,000. 


Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan RM3,000 dengan penjamin dari kalangan ahli keluarga terdekat, selain perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berdekatan sehingga kes selesai dan tidak mendekati pengadu. 


Peguam mewakili tertuduh, Umar Zulkarnain merayu agar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya hanya anggota berpangkat rendah di JIM dan sedang menjalani rawatan psikiatri. 


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan bersetuju mengenakan semua syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan. Mahkamah turut menetapkan 21 Februari depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. 


Sumber: Kosmo Online


source https://www.thereporter.my/2023/01/kalau-aku-jumpa-memang-kena-tikam.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2023/01/kalau-aku-jumpa-memang-kena-tikam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Kekasih Didakwa Bunuh Budak 4 Tahun

Pasangan Kekasih Didakwa Bunuh Budak 4 Tahun

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 175 hits
Pasangan kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan membunuh seorang kanak kanak lelaki di Felda Semenchu Teluk Sengat Kota Tinggi Disember tahun lalu BATU PAHAT Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret ata...
Move On Kembali Bertaubat Kepada Allah Bekas Isteri Ganggu Kekasih Zarina Anjoulie Beri Amaran

Move On Kembali Bertaubat Kepada Allah Bekas Isteri Ganggu Kekasih Zarina Anjoulie Beri Amaran

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 370 hits
Sejak kebelakangan ini selebriti Zarina Anjoulie sering kali berkongsikan momen momen sweet bersama teman lelaki baru Datuk Seri Khazrul Elzey di platform media sosialnya Bahkan turut memberitahu mereka bakal mendirikan rumah tangga bersama...
Bapa Pukul Ugut Bunuh Anak Kerana Main Handphone Hingga Lewat Malam Ditahan Polis

Bapa Pukul Ugut Bunuh Anak Kerana Main Handphone Hingga Lewat Malam Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 322 hits
Bengang anak bermain telefon bimbit sehingga lewat malam remaja berusia 16 tahun itu dipukul bapanya menggunakan tali pinggang Suspek berusia 56 tahun itu turut mengugut mahu membunuh mangsa menggunakan parangg pemotong daging dalam kejadia...
Anak Ugut Bunuh Ibu Selepas Syak Ada Hubungan Lelaki Lain

Anak Ugut Bunuh Ibu Selepas Syak Ada Hubungan Lelaki Lain

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 253 hits
Seorang lelaki berusia 35 tahun direman sehingga esok susulan dipercayai memukul dan mengugut ibunya kata Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat PETALING JAYA Tidak puas hati kerana mengesyaki ibu menjalin hubungan dengan lelaki lain s...
Perancis Siasat Bekas Ketua Biskop Kes Serangan Seksual

Perancis Siasat Bekas Ketua Biskop Kes Serangan Seksual

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 141 hits
Perancis siasat bekas ketua biskop kes serangan seksual Dikemas kini 49 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Jan 2023 8 11AM
Hiburan Saya Berani Buat Test Dna Tegar Baru Tahu Anak Bersama Bekas Isteri Bukan Anak Kandung

Hiburan Saya Berani Buat Test Dna Tegar Baru Tahu Anak Bersama Bekas Isteri Bukan Anak Kandung

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 365 hits
Sedia maklum kini penyanyi berasal dari negara Indonesia iaitu Tegar sudah pun menjalankan kehidupan sebagai ayah tunggal selama 6 bulan selepas mengambil keputusan bercerai dengan bekas isteri Sarah Sheilka Biarpun sudah beberapa bulan ber...
Sambut Birthday Anak Bersama Netizen Puji Nora Danish Masih Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami

Sambut Birthday Anak Bersama Netizen Puji Nora Danish Masih Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 451 hits
PELAKON Nora Danish menerima pujian daripada netizen apabila disifatkan sebagai seorang ibu yang baik kerana dapat membesarkan anak bersama bekas suaminya Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai Pujian itu diberikan selepas Nor...
Ada Bekas Pm Bekas Menteri Kewangan Punggah Kekayaan Berbilion Anwar

Ada Bekas Pm Bekas Menteri Kewangan Punggah Kekayaan Berbilion Anwar

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 342 hits
Malaysiakini Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan akan menamatkan amalan rasuah yang didakwanya menggunakan kepimpinan politik dan kedudukan dalam kerajaan sebagai kesempatan untuk memunggah kekayaan Walaupun Anwar tidak menyentuh secar...
Isteri Sangka Suami Diculik Rupanya Sekatil Bersama Kekasih

Isteri Sangka Suami Diculik Rupanya Sekatil Bersama Kekasih

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 280 hits
Iera sengaja mereka reka cerita mengenai penculikannya FacebookShare on telegramWOLLONGONG AUSTRALIA Seorang lelaki di Australia memalsukan penculikannya sendiri dan menipu isterinya demi meraikan sambutan Tahun Baharu bersama kekasih gelap...
Krisis Sudan 2025 Perang Berdarah Punca Kesan Dan Situasi Terkini Di Darfur

Pusing Pusing Cuci Mata Dalam Sunway Pyramid

Ujian Khas Mrsm Senarai Ujian Cara Buat Semakan

Keputusan Afc Champions League Elite 2025 2026 Jdt Lawan Shanghai Shenhua 5 November 2025

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan

Best Low Carb Meat Recipes

Ulasan Buku Anekdot Jalanan Oleh Zainal Rashid Ahmad

Apakah Yang Akan Menyelamatkan Euro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kim Poong Dari Webtoon Ke Dapur Presiden Korea Dan Netflix

Kotak Drawer Custom Sentuhan Mewah Untuk Produk Eksklusif Anda

Malaysia Menyeru Agar Asean Lebih Bersatu Di Tengah Persaingan Kuasa Global

Kerajaan Rancang Jadikan Malaysia Pusat Mobiliti Bakat Serantau Langkah Menuju Kecemerlangan Global

What Your Gym Shirt Says About You

Pasukan Bola Kalah Pun Nak Mengamuk Apa Punya Dungu