Sambut Birthday Anak Bersama Netizen Puji Nora Danish Masih Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami
PELAKON Nora Danish menerima pujian daripada netizen apabila disifatkan sebagai seorang ibu yang baik kerana dapat membesarkan anak bersama bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai.
Pujian itu diberikan selepas Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 41, berkongsi foto anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram menyambut ulang tahun kelahiran ke-14 yang turut disertai oleh Jejai dan keluarga.
Kata Nora, sambutan hari jadi itu terpaksa dibuat lebih awal kerana Rayqal perlu pulang ke asrama menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar, Mantin, Negeri Sembilan.
Nora bersama anak sulungnya, Rayqal.
“Sambutan awal hari lahir untuk anak kami yang berumur 14 tahun sebelum menghantarnya ke sekolah.
“Sempat makan tengah hari bersama keluarga. Masih tidak percaya bahawa Rayqal sudah mencecah umur 14 tahun dalam masa tiga hari lagi,” katanya.
Nora berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat begitu senang melihat hubungan profesional antara Nora dan Jejai dalam membesarkan anak mereka.
“Suka vibes keluarga contoh sebegini. Semoga berkasih sayang hingga ke syurga.
“Suka tengok keluarga mereka ni. Walaupun dah berpisah tapi Jejai, Nora dan Fasha masih mengeratkan hubungan keluarga.
“Awak sangat hebat dalam membesarkan anak bersama bekas suami. Inspirasi buat semua,” tulis netizen.
Nora dipuji dengan sikap profesional membesarkan anak bersama bekas suami.
Untuk rekod, Nora dan Jejai berkahwin pada 20 Jun 2006 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli.
Pasangan ini bagaimanapun bercerai pada 10 Julai 2008.
Nora kemudiannya berkahwin dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia lima tahun.
View this post on Instagram A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/OI6EHts
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2023/01/sambut-birthday-anak-bersama-netizen.html