Kakitangan Pos Aviation Melempar Kotak Kotak Air Zam Zam Digantung Kerja


Kakitangan Pos Aviation Melempar Kotak-Kotak Air Zam Zam Digantung Kerja. Susulan viral video seorang kakitangan Pos Aviation melempar kotak-kotak air zam zam milik jemaah umrah, Pos Malaysia telah mengarahkan kakitangan terbabit digantung tugas buat sementara waktu.
Dalam kenyataan media yang disiarkan di Facebook Pos Malaysia jam 5.30 petang tadi itu juga memberi penjelasan mengapa kakitangan berkenaan berbuat demikian.
“Siasatan awal mendapat punca utama insiden tersebut adalah disebabkan kesesakan teruk di bahagian karusel bagasi dan perlakuan tersebut sebenarnya dibuat bagi mempercepatkan proses muat turun kotak tersebut.
“Walaubagaimanapun, kakitangan tersebut telah digantung tugas dan kami memohon maaf di atas kejadian terpencil tersebut.
“Kami amat mengambil berat tentang pengendalian barangan pelanggan dan tindakan susulan akan diambil setelah siasatan selesai dijalankan.
“Pos Aviation bertekad untuk memastikan kualiti perkhidmatan kami berada di tahap tertinggi dari segi kerja, etika professional dan khidmat pelanggan yang ditutun dalam industri,” kata kenyataan itu.
Meskipun kenyataan media itu sama seperti penjelasan yang diberikan oleh seorang individu yang dipercayai kakitangan Pos Aviation pada awal video itu viral, netizen tetap tidak bersetuju dengan cara pengendalian seperti itu.
Menjawab komen netizen, Pos Malaysia memberi jaminan kejadian seperti itu tidak akan berulang di masa akan datang dan cara kerja kakitangannya juga akan diperbaiki.
Terdahulu, video kejadian itu viral di media sosial menunjukkan seorang kakitangan Pos Aviation melempar kotak air zam zam sehingga menimbulkan rasa kesal orang ramai. Ramai yang tidak bersetuju dengan cara kerja kakitangan terbabit dan meminta pihak bertanggungjawab tampil memberi penjelasan.
“Minta Tolong Viralkan, Kami Pekerja Di Bahagian Ketibaan KLIA Tidak Bersalah..”
Susulan viral video petugas KLIA didakwa melempar kotak air zam-zam, tampil kakitangan yang ditugaskan di bahagian ketibaan KLIA memberikan penjelasan berhubung kejadian itu dan meminta orang ramai tidak menyalahkan mereka yang juga dalam keadaan terpaksa.
“Minta tolong viralkan, kami pekerja di bahagia ketibaan KLIA tidak bersalah. Anda tidak mengetahui situasi ketika itu. Keadaan ini berlaku ketika SV3680 yang sepatutnya keluar bagasi di conveyor F kemudian ditukarkan ke vconveyor G disebabkan masalah teknikal. Dalam masa yang sama, PR527 juga keluar di conveyor G.
“Bayangkan betapa padanya conveyor itu dan boleh mengakibatkan conveyor tersebut tersangkut jikalau kami pekerja arrival tidak mengeluarkan bagasi-bagasi dan kotak air zam zam tersebut dari conveyor.
“Satu hari juga dan mungkin berhari-hari conveyor tersebut tidak akan dapat digunakan disebabkan tersangkut, malah ia akan menyusahkan anda untuk menunggu bagasi di masa akan datang.
“Sepatutnya kotak air zam zam dikeluarkan di OOG (bahagian keluar semua beg besar atau barang-barang bersaiz besar), tetapi kami mendapat arahan ia akan bercampur dengan bagasi lain.
“Kami minta maaf kerana harus mencampak kotak air zam zam di lantai sebab ketika itu conveyor fully disembark. Kami perlu asingkan kotak air zam zam tersebut dulu secepat mungkin supaya ia tidak pecah sia-sia di atas conveyor tersebut.
“Kami tidak dapat melakukan pengasingan kotak air zam zam satu persatu di lantai kerana bagasi telah bercampur di conveyor. Kami tidak melangkah air zam zam tersebut kerana ia haram. Kami mencampak kotak itu ke lantai sebelah kami untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar.
“Mencampak kotak air zam zam tidak haram dan di dalam Al-Quran juga tidak mengatakan mencampak air zam zam adalah haram. Kami tahu kotak air zam zam itu akan diambil lambat oleh para umrah dan haji kerana mereka berada di dalam kumpulan. Ia sudah biasa berlaku pada kami. Kami juga menyusun kotak air zam zam tersebut di tepi, dengan elok apabila conveyor telah bergerak lancar dan passenger semakin berkurangan.
“Jika kuantiti kotak air zam zam itu sedikit, biasanya kami akan bawa dan simpan di pejabat elok-elok untuk dituntut oleh passenger yang lambat tiba di balai ketibaan. Anda juga boleh bertanya kepada ketua-ketua group Umrah dan Haji tentang perkara ini sebab kebaikan mereka dan kefahaman mereka tentang situasi ini. Mereka juga turut membantu kami mengasingkan kotak air zam zam. Ada passenger group umrah dan haji yang membantu kami juga melakukan perkara yang sama untuk melancarkan conveyor dan menyenangkan para passenger mengambil bagasi mereka. Kami sangat berterima kasih kepada anda yang selalu membantu kami.
“Hanya kerana pekerja arrival KLIA satu dunia saja yang tahu bagaimana kami berkerja keras untuk melancarkan proses terakhir passenger untuk berjumpa dengan orang tersayang. Kami cuma nak mencari rezeki yang halal dan harap anda tidaklah mengikat perut kami disebabkan salah faham ini.
“Kami minta jasa baik anda bersihkan kembali nama hamba Allah tersebut. Harap anda tidak menghebohkan perkara yang belum tentu sahih kerana ia akan dijatuh kepada fitnah dan kami tidak mahu anda dihukum Allah kerana salah faham di antara saudara Islam. Kami cuma mahu penyelesaian yang baik sahaja,” kata kenyataan yang dimuat naik oleh Fauzan Mohd.
The post Kakitangan Pos Aviation Melempar Kotak-Kotak Air Zam Zam Digantung Kerja appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kakitangan-pos-aviation-melempar-kotak-kotak-air-zam-zam-digantung-kerja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lempar Kotak Air Zam Zam Pos Aviation Gantung Tugas Kakitangan Terbabit

Lempar Kotak Air Zam Zam Pos Aviation Gantung Tugas Kakitangan Terbabit

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 605 hits
Lempar kotak air zam zam Pos Aviation gantung tugas kakitangan terbabitSusulan viral video seorang kakitangan Pos Aviation melempar kotak kotak air zam zam milik jemaah umrah Pos Malaysia telah mengarahkan kakitangan terbabit digantung tuga...
Campak Air Zam Zam Pekerja Pos Malaysia Digantung Kerja

Campak Air Zam Zam Pekerja Pos Malaysia Digantung Kerja

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 393 hits
KUALA LUMPUR Kakitangan yang mencampak air zamzam milik Jemaah Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah digantung kerja Menurut kenyataan Pos Malaysia Berhad di laman Facebook pihaknya juga turut memohon maaf atas kejadi...
Fuhh Tediaa Kecoh Campak Air Zam Zam Di Klia Kakitangan Digantung Tugas

Fuhh Tediaa Kecoh Campak Air Zam Zam Di Klia Kakitangan Digantung Tugas

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 733 hits
MEDIA sosial dikejutkan dengan klip video yang memaparkan kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mencampakkan kotak mengandungi air zam zam milik jemaah yang pulang menunaikan umrah Rakaman berdurasi 12 saat itu tular mene...
Kami Minta Maaf Kerana Harus Campak Kotak Air Zam Zam Di Lantai Sebab Ketika Itu Conveyor Fully Disembark

Kami Minta Maaf Kerana Harus Campak Kotak Air Zam Zam Di Lantai Sebab Ketika Itu Conveyor Fully Disembark

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 363 hits
Kami minta maaf kerana harus campak kotak air zam zam di lantai sebab ketika itu conveyor fully disembark Susulan viral video petugas KLIA didakwa melempar kotak air zam zam tampil kakitangan KLIA memberikan penjelasan berhubung kejadian it...
Astagfirullah Hal A Dzim Boleh Pecah Tu Netizen Kesal Staff Klia Lempar Kotak Air Zam Zam Milik Jemaah Umrah

Astagfirullah Hal A Dzim Boleh Pecah Tu Netizen Kesal Staff Klia Lempar Kotak Air Zam Zam Milik Jemaah Umrah

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 541 hits
Astagfirullah hal a dzim boleh pecah tu Netizen kesal staff KLIA lempar kotak air zam zam milik jemaah umrahSebelum ini pelbagai rungutan dan aduan yang telah diajukan oleh netizen mengenai kes seumpama ini Setelah tular kes seperti ini dia...
Padah Buat Komen Tak Sensitif Mengenai Adib Kakitangan Honda Digantung Tugas

Padah Buat Komen Tak Sensitif Mengenai Adib Kakitangan Honda Digantung Tugas

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 321 hits
Padah memuat naik komen yang dianggap menghina pemergian anggota bomba yang meninggal dunia akibat rusuhan di Kuil Mariamman Seafield November lalu kakitangan syarikat pengedar kereta Honda Sri Utama Auto Sdn Bhd Jalan Genting Kelang digant...
Kakitangan Honda Perlekeh Kematian Adib Akhirnya Dibuang Kerja

Kakitangan Honda Perlekeh Kematian Adib Akhirnya Dibuang Kerja

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 412 hits
Foto oleh YOY NetworkBaru baru ini media sosial dikejutkan dengan tindakan seorang wanita meninggalkan komen yang dianggap biadap dan mempersendakan agama Islam susulan kematian anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim 24 Isnin lalu Loading ...
Heboh Kotak Suara Kpu Di Bali Rusak Terendam Air Saat Banjir

Heboh Kotak Suara Kpu Di Bali Rusak Terendam Air Saat Banjir

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 304 hits
Kotak suara KPU di Bali rusak terendam Air saat banjir sebanyak 2065 kotak suara KPU di Bali yang terbuat dari kardus rusak dan tidak bisa digunakan lagi pada saat pemilu 2019 nanti Ada sebanyak Baca selengkapnya di https www a dhea com
Hina Kematian Adib Kakitangan Honda Sri Utama Digantung

Hina Kematian Adib Kakitangan Honda Sri Utama Digantung

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 434 hits
KUALA LUMPUR Syarikat pengedar kereta Honda Sri Utama Auto Sdn Bhd Jalan Genting Kelang Kuala Lumpur pada Selasa tampil memohon maaf kepada keluarga anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di atas komen tidak sensitif yang ditin...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization