Kaki Game Buat Duit Empat Angka Sebulan Dengan Pubg


Kaki game 'buat duit' empat angka sebulan dengan PUBG

BUKAN sekadar hobi namun PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) juga boleh menjana pendapatan jika dimanfaatkan sebaiknya

Begitulah kisah seorang pelajar, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid yang bijak mencuri peluang terhidang dengan menjadikan permainan video popular itu sebagai mata pencarian tunggalnya

Bagaimana mungkin? Jika ada yang tertanya-tanya, jejaka berusia 20 tahun itu mula melakukan penstriman video PUBG menerusi laman Facebook, sekitar enam bulan yang lalu

Jelas Azim pendapatan yang diperolehinya menerusi aktiviti itu agak lumayan dan cukup untuk menampung diri serta kos pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Machang, Kelantan

“Saya menjana pendapatan sekitar empat angka sebulan. Jadi duit itu saya gunakan untuk tampung saya belajar, bayar yuran dan sebagainya

“Ibu bapa saya juga bersyukur apabila saya boleh buat duit dengan main game. Saya buat semua ni pun untuk tolong mereka

“Pendapatan yang diperolehi, saya bahagikan dengan mereka. Saya 50 peratus, mereka pun 50 peratus,” ujar Azim kepada mStar Online

Profail Azim atau Draxx dalam permainan PUBG.
Lebih dikenai sebagai Draxx dalam kalangan penggemar permainan itu, Azim mengakui ia langsung tidak mengganggu jadualnya sebagai pelajar

Malah, permainan PUBG dan penstriman video di Facebook dianggap sebagai terapi untuk dia menghilangkan tekanan setelah seharian melakukan tugasan akademik di kampus

“Saya biasanya akan buat live stream pada waktu malam, selepas habis kelas

“Pada saya ia tak mengganggu atau abai pelajaran, tapi ia buat saya hilang stress tambah-tambah lagi apabila dapat berinteraksi dengan penonton dalam video itu,” ujarnya yang memiliki 15,000 pengikut di laman Facebook

Selain Azim, seorang lagi jejaka iaitu Aiman Amirul Mohd Sahid turut menjadikan permainan video popular itu sebagai sumber pendapatan utamanya

Lebih dikenali sebagai Man Parang, jejaka berusia 22 tahun itu mula berkecimpung dalam arena penstriman video PUBG sekitar setahun yang lalu

“Saya menjana pendapatan menerusi penstriman video di Facebook, perlawanan PUBG yang lain tu macam pendapatan tambahan atau bonus sahaja

“Secara kasarnya saya boleh dapat dalam empat angka sebulan,” ujarnya yang enggan mendedahkan jumlah sebenar pendapatan yang diperolehi


Man sewaktu menjuarai pertandingan PUBG pada awal tahun ini.
Malah kata Man, ia merupakan pekerjaan pertamanya setelah dia tamat belajar dalam bahagian Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang pada awal tahun lalu

Tambahnya lagi, permainan itu juga ada menyuntik elemen positif, tidak seperti yang dicanang oleh ramai pihak

“Main game tak boleh terlalu taksub, kena ada masa juga. Ada yang menghadap sampai 12 jam, itu tak boleh

“Saya main sekitar tiga jam sahaja, masa selebihnya saya luangkan dengan keluarga

“PUBG juga banyak mengajar tentang semangat kerja berpasukan, agak berbeza dengan permainan lain,” katanya yang memiliki 24,000 pengikut di Facebook

Untuk rekod, Man dan Azim merupakan ahi pasukan Yoodo Gank, pasukan PUBG tajaan syarikat penyedia perkhidmatan telefon Yoodo bersama dua lagi sahabatnya

Pasukan itu turut dianggotai Muhammad Hazim Abd Hamid, 25, dan Mohammad Hafizi Baharudin, 23, yang mula ditubuhkan pada November tahun lalu

Dalam pada itu, Yoodo juga bakal menganjurkan perlawanan PUBG bulanan yang dikenai sebagai Beat The Champions bermula 28 Mac ini

Azim (paling kiri) diikuti Man, Hafizi dan Hazim.
Terbuka kepada semua penggemar PUBG, mereka perlu mengalahkan pasukan Yoodo Gank yang dianggotai empat jejaka berkenaan untuk merebut hadiah wang tunai

Lebih menarik, wang tunai berjumlah RM600 pada bulan pertama akan digandakan ke bulan seterusnya jika tiada mana-mana peserta atau pasukan yang berjaya mengalahkan Yoodo Gank

Untuk akses, anda boleh melayari laman mikro Yoodo pada 28 Mac ini

Antara lain, Yoodo turut memperkenalkan data internet khas, PUBG Mobile Add-on untuk pengguna mereka

Pengenalan data ini membolehan anda bermain permainan itu dengan data 20GB yang dilengkapi rangkaian 4G LTE pantas pada kadar berpatutan

Malah, data tambahan khas ini akan diberikan secara percuma kepada pengguna Yoodo sehingga 30 April depan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2019/03/kaki-game-buat-duit-empat-angka-sebulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duit Percuma Dengan Bermain Game Dari Maybank

Duit Percuma Dengan Bermain Game Dari Maybank

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 788 hits
Duit Percuma Dengan Bermain Game MAE DariMaybank AppPeluang KEEMASAN bagi anda yang memiliki akaun Maybank untuk menjana pendapatan sampingan dengan hanya bermain game dari applikasi Maybank MY Duit PercumaTak perlu depositBukan SkimBukan P...
Hubungkait Game Pubg Dengan Tragedi New Zealand

Hubungkait Game Pubg Dengan Tragedi New Zealand

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 1056 hits
1 Sejak berlakunya tragedi berdarah di New Zealand ramai orang mula mengecam sebuah game popular yang boleh dimainkan di komputer atau telefon bimbit iaitu PUBG 2 Game PUBG ini dikatakan boleh mendorong pemainnya melakukan keganasan dan jug...
Ulama Ini Ingin Pubg Dilarang Dia Beranggapan Game Itu Bisa Mengubah Anak Anak Jadi Teroris

Ulama Ini Ingin Pubg Dilarang Dia Beranggapan Game Itu Bisa Mengubah Anak Anak Jadi Teroris

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 286 hits
Anda mungkin punya teman yang sehari harinya menghabiskan waktu untuk bermain PUBG Entah di ponsel atau di PC Namun terkait pembantaian di dua masjid di Christchurch Selandia Baru pada JUmat tempor hari mufti negara bagian Negeri Sembilan M...
Mui Jabar Pertimbangkan Fatwa Haram Pubg Di India Game Ini Malah Sudah Jelas Jelas Dilarang Lo

Mui Jabar Pertimbangkan Fatwa Haram Pubg Di India Game Ini Malah Sudah Jelas Jelas Dilarang Lo

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 230 hits
Di salah satu kota di India Gujarat game ini sepenuhnya dilarang Bahkan siswa yang ketahuan main PUBG sampai ditahan polisi Waduh serem juga ya
Edisi Blas Jom Buat Duit Dengan Maybank Anytime Everyone Aplikasi E Wallet Ala Ala Game Fruit Ninja

Edisi Blas Jom Buat Duit Dengan Maybank Anytime Everyone Aplikasi E Wallet Ala Ala Game Fruit Ninja

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 820 hits
SR tahu pasal MAE ni dari kawan Hehe Maybank MAE ni aplikasi mobile di mana kita boleh main game dan dapat DUIT Amazingkan Hee Memang LEGIT sebab pihak MAYBANK yang handle apps ni Bukan scam okayyyy Siapa dah try Maybank MAE Berapa baki ter...
Buat Duit Dengan Main Game Di Mae

Buat Duit Dengan Main Game Di Mae

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 719 hits
Bismillah Assalamualaikum Maybank has just introduced MAE a new digital wallet that uses the same Maybank2u app MAE which stands for Maybank Anytime Everyone is open to everyone including non Maybank customers So macam mana nak main game sa...
Bila Aku Cakap Takde Duit Dia Cakap Duit Semua Aku Bagi Isteri Muda Padahal Isteri Muda Aku Bagi Rm 300 Je Sebulan

Bila Aku Cakap Takde Duit Dia Cakap Duit Semua Aku Bagi Isteri Muda Padahal Isteri Muda Aku Bagi Rm 300 Je Sebulan

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 495 hits
Duit lain aku nak pakai juga isi minyak kereta beli r0k0k Sebenarnya kita selalu mendengar kisah rumahtangga yang kadang kadang memang menguji kesabaran kita Kisah sebelum berkahwin Kisah selepas berkahwin kisah bercer4i dan bermacam macam ...
Anak Curi Duit Bapanya Rm3 000 Untuk Beli Skin Karakter Aksesori Dalam Pubg Mobile

Anak Curi Duit Bapanya Rm3 000 Untuk Beli Skin Karakter Aksesori Dalam Pubg Mobile

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 493 hits
Tidak dinafikan permainan PlayerUnknown s Battlegrounds sama ada versi komputer atau mobile kedua duanya diminati oleh golongan muda dan tidak terkecuali yang telah berusia nbsp Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Jalandhar sanggup me...
Dulu Niaga Makanan Jana 5 Angka Sebulan Tapi Dek Kesilapan Diri Aku Jatuh Terduduk

Dulu Niaga Makanan Jana 5 Angka Sebulan Tapi Dek Kesilapan Diri Aku Jatuh Terduduk

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 448 hits
The ReporterJatuh bangun terduduk sesebuah perniagaan itu bergantung pada disiplin seseorang peniaga itu Jika mudah buta melihat duit yang banyak hasil dari keuntungan yang diperolehi adalah baik anda berhati hati dan jangan lakukan kesilap...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

Filem Mustaqim



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah