Kaki Bodek Takkan Ke Mana


 
Tular sejak minggu lepas tetapi terus panas sampai ke hari ini kisah seorang penceramah agama di negara jiran yang cuba bergurau dengan seorang penjaja air tetapi akhirnya menyaksikan dia teruk dikecam oleh warganet. Ini menuntut si penceramah terbabit memohon maaf secara terbuka dan langsung kemudian membuat kunjungan ke rumah penjaja tersebut bagi menjernihkan keadaan.
Gawat masyarakat media sosial dengan isu ini. Bagi warganet, meskipun sudah meminta maaf tetapi kerosakan sudah berlaku. Tak wajar bagi mereka seorang agamawan bergurau kasar dengan penjaja tersebut yang difahami oleh orang awam sebagai menghina.
Sebenarnya yang lebih menarik perhatian saya bukannya kisah si penceramah dengan penjaja itu tetapi satu lagi kisah — warganet turut membantai lelaki yang duduk di sebelah penceramah tersebut. Di dalam klip video terlihat si lelaki di sebelah penceramah ketawa terbahak-bahak sehingga terhinggut-hinggut tubuhnya. Kelakar sungguh gurauan si ustaz itu baginya. Dia digelar oleh warganet sebagai pembodek. Tingkah orang seperti inilah, yang mengangguk-angguk atau mengiyakan apa sahaja perbuatan, membuatkan pihak yang punya pengaruh semakin menjadi-jadi kelakuannya.
Penyakit bodek, mengampu, kaki kipas atau tukang jek ini bukan perkara baharu di alam kehidupan. Di mana ada manusia dan di mana ada kedudukan, kuasa, pangkat, kemasyhuran serta pengaruh maka di situlah wujudnya kaki bodek yang mahu tumpang sekaki. Untung-untung dia pun sama boleh naik!
Sewaktu saya bersekolah dahulu kami yang nakal selalu mengejek pelajar-pelajar yang dilihat suka mendampingi guru. Kami gelar mereka ‘kaki bodek’, ‘kaki kipas’ atau ‘hantu warden’ iaitu ‘spy’ yang akan melaporkan kegiatan nakal kami kepada cikgu. Pada waktu itu kami keliru. Kami sangka kami ‘cool’ dan mereka yang mahu majukan diri itu ‘poyo’. Hari ini saya sedar dan akur bahawa pengertian saya pada waktu itu salah. Kawan-kawan yang kami anggap kaki bodek cikgu itu kebanyakannya ikhlas untuk menimba ilmu dan mahu memperbaiki diri untuk berjaya, bukan membodek untuk lulus cemerlang sebab sijil lulus ditentukan di dalam peperiksaan berpusat oleh Kementerian Pendidikan, bukan guru sekolah. Saya salah.
Sebaik memasuki dunia pekerjaan saya mula kenal apa maksud bodek dan ampu. Kita nampak ada rakan sekerja yang kerjanya tak seberapa tetapi apabila majikan datang, tak semena-mena dia jadi manusia paling sibuk dan paling rajin. Apabila mesyuarat dialah yang paling banyak bersuara, dialah yang paling menonjol dengan mengutarakan idea-ideanya yang bernas. Selepas mesyuarat tamat dan tiba masa untuk melaksanakan kata-kata dalam bentuk kerja, dia tak ada. Orang lain yang buat. Dia ke sana ke mari jual cerita dan ambil kredit.
“Itu semua idea aku. Kami buat sama-sama,” canang dia di hulu dan di hilir dengan dada membusung. “Boss puji idea aku tu!”
Begitu juga kalau kita libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan persatuan. Tidak kira sama ada pertubuhan seni budaya atau pertubuhan perniagaan, mahupun juga parti politik, nescaya Mat Bodek bin Abdul Ampu ini wujud. Bermodalkan hasil borak-borak dengan kelompok A, dia akan menjaja cerita di kelompok B yang kononnya itulah misi dia, wawasan dia dan falsafah dia.
Mula-mula orang akan kagum tapi lama-kelamaan tembelang Mat Bodek pasti akan pecah sebab dia tak menghasilkan apa-apa. Hasil kerjanya pun tak ada. Yang ada hanyalah menempel di tepi orang-orang besar sebagai pak angguk dan tukang ketawa apabila orang besar berjenaka. Macam lelaki sebelah agamawan di dalam video itulah! Seperti rangkap lagu ‘Honky Tong Kosong’ nyanyian Search ciptaan M Nasir dan lirik oleh Usop Kopratasa:
Citamu menggunung
tapi kau tak tertanggung
Kerana otakmu seperti tong-tong kosong
Pembodek adalah manusia yang tidak ikhlas kerana ia mempunyai agenda peribadi. Dia lebih mementingkan diri sendiri dalam banyak hal. Segala perbuatan dan tindakannya dia ‘jual’ untuk dia naik. Kalau di pejabat, dia mahu apa yang dia buat mendapat pujian daripada boss. Kalau di dalam organisasi dia mencari peluang untuk mendapat kedudukan yang penting dengan menyelinap menjadi orang kuat pemimpin. Orang seperti ini sanggup khianat kawan demi mencapai impian.
Dari segi akidah, mat bodek terpaksa menyembah manusia yang berpengaruh untuk dia beroleh kebaikan. Dia tidak yakin dengan keupayaan yang dikurniakan Tuhan kepadanya maka dia memilih jalan untuk berpaut pada manusia. Dia percaya rezeki dan kedudukan itu terletak di tangan manusia yang dia sembah.
Mat bodek mungkin berpeluang naik jika bodekan dia berjaya tetapi lambat-laun hasil kerjanya akan ‘bercakap’ sebagai bukti sebenar keupayaan dia. Dia mungkin akan kekal selagi dia berpaut pada kekuasaan tetapi jika tempat dia berpaut itu sudah tiada lagi, dia akan turut tercampak.
Atau, seperti hantu raya dia akan merayau mencari tuan baharu. Begitulah modus operandi mat bodek untuk terus hidup. Mereka sentiasa laparkan sanjungan.
Sebelum berakhir, ingin saya jelaskan bahawa video yang tular tersebut tidaklah menjadi hal yang besar bagi saya sementelah pula mereka semua sudah saling bermaafan. Kes tutup.
“Kita yang turut menyibuk pun haruslah meminta maaf kepada mereka kerana sibuk mengutuk,” pesan kawan saya.
Astaga! Betul juga tu. Cuma bagi saya, teladan daripada kisah ini harus kita ambil dan wajib berwaspada agar tidak terpedaya dan tidak terikut-ikut menjadi begitu. Lebih-lebih lagi menjadi mat bodek.
Yakini keupayaan dan kebolehan kita dalam usaha mencari makan untuk hidup. Gunakan bakat yang dianugerahkan kepada kita dengan tekun untuk memajukan diri.
“Tapi membodek inipun suatu bakat juga, Ron. Bukan boleh dibuat-buat,” kata kawan saya.
Kami pun ketawa berdekah-dekah. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/kaki-bodek-takkan-ke-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuat Menipu Dulu Kes Telur Ayam Pun Dia Kaki Menipu Juga Terkenal Dengan Menipu Mana Punya Phd

Kuat Menipu Dulu Kes Telur Ayam Pun Dia Kaki Menipu Juga Terkenal Dengan Menipu Mana Punya Phd

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 149 hits
Banjir belum surut dah disembur air ADUN Pas teruk kena kecam SITI NUR ZAWANIDecember 2 2024Seorang wakil rakyat Pas menjadi sasaran kecaman ramai selepas memuat naik video beliau membersihkan sebuah rumah berlumpur yang sedang dilanda banj...
Bapa Amp Anak Sama2 Dituduh Khalwat Netizen Respon Mana Tumpahnya Kuah

Bapa Amp Anak Sama2 Dituduh Khalwat Netizen Respon Mana Tumpahnya Kuah

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 125 hits
Netizen respon kes nbsp khalwat anak beranak dengan pasangan masing masing apabila mengibaratkannya seperti pepatah mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi Memetik perkongsian dari Buletin TV3 ramai yang meninggalkan respon tersebut di ruanga...
Undian Mingguan Model Honor 300 Mana Pilihan Korang

Undian Mingguan Model Honor 300 Mana Pilihan Korang

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 100 hits
Minggu ini Honor memperkenalkan siri 300 yang terdiri daripada tiga model biasa Pro dan Ultra Ketiga tiga model ini dilengkapi dengan kamera selfie 50MP yang mampu merakam video 4K serta kamera utama 50MP dan kamera ultra lebar 12MP di bela...
Isu Bayi Meninggal Dibekukan Mana Satu Betul Statement Wan Chai Atau Kenyataan Media Hospital Bersalin Razif

Isu Bayi Meninggal Dibekukan Mana Satu Betul Statement Wan Chai Atau Kenyataan Media Hospital Bersalin Razif

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 242 hits
HOSPITAL BERSALIN RAZIF11 Disember 2024Kenyataan MediaHospital Bersalin Razif ingin memberikan penjelasan mengenai semua tuduhan yang tersebar di media sosial baru baru ini Pesakit ini yang mendakwa sedang hamil anak pertama telah datang ke...
Class Mana Yb Ni Sampai Speaker Geleng Kepala Fadhli Shaari Rci Bat

Class Mana Yb Ni Sampai Speaker Geleng Kepala Fadhli Shaari Rci Bat

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 120 hits
YB FADHLI SHAARI MACHANG Mempersoalkan fungsi dan peranan RCI yang kononya ada kepentingan politik adalah sesuatu yang sangat tidak wajar Hebat berbahas tetapi isi kosong dan tidak menunjukkan ketidak cerdikan pemikirannya
Di Mana Suara Majlis Peguam Dan Bersih Dalam Isu Titah Adendum

Di Mana Suara Majlis Peguam Dan Bersih Dalam Isu Titah Adendum

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 200 hits
Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum Isu Titah Adendum DYMM SPB YDP Agong ke XVI Al Sultan Abdullah yang memberikan kelegaan hukuman kepada DS Najib dengan menjalani hukuman tahanan di rumah bagi baki hukuman penja...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The British Museum A Cornerstone Of History And Knowledge

Dipanggil Temuduga Kerja Kerajaan Jangan Cuak Ca Ada Tips Untuk Korang

Thomas Arya Rindu Mengusik Kenangan Chord

Ringgit Rises As Markets Eye Us Tariff Moves

Court Maintains Peter Anthony S Conviction For Forgery

Is Kj S Keluar Sekejap Podcast Losing Its Appeal After An Alarming Slump In Viewership Detected